Trip Tips Bercuti Ke Langkawi

Trip Bercuti ke Langkawi

Di sini saya ingin kongsikan tips-tips untuk Trip Bercuti ke Langkawi melalui pengalaman saya..

1)Booking Tiket Hotel/Resort

Dalam Trip Bercuti ke Langkawi saya telah memilih Malibest Resort, apa yang best tentang Malibest Resort ini adalah kerana ia terletak betul-betul tepi pantai & terdapat bilik yang terletak di atas pokok. Memang sangat cantik Permandangan laut dari atas pokok.. walau bagaimana pun hanya terdapat 5 bilik resort yang terletak di atas pokok ini jadi, siapa cepat dia dapat lah jawabnya.. saya telah menempah 3 bulan sebelum tarikh Trip Bercuti Ke Langkawi saya dan alhamdullillah saya berjaya mendapatkan bilik di atas pokok ini dengan harga RM180.00. Turun tangga je terus bleh terjun laut, air pun cantik & Pantai yang bersih.

Trip Ke Langkawi

Trip Ke Langkawi

kalau nk bermain permainan air dan sebangainya menapak je ke hadapan pantai tu boleh bermain Banana Boat & Jet Ski Perkhidmatan Island Drop & Island Hoping juga, harga pun lebih kurang saja.

ini website baron group ,Malibest termasuk di dalam Baron Group ni jugak

http://barongrouphotels.com/

Bagi yang nak tgk review bagus ketak leh ke

http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g298283-d648765-Reviews-Malibest_Resort-Langkawi_Langkawi_District_Kedah.html#REVIEWS

kat tripadvisor ni ada dekat 300 review pasal Malibest resort ni, ada yang baik ada yang buruk dan ada yang average.. jangan lupa research dulu k..

2)Dapatkan Maklumat tempat- tempat menarik di Langkawi untuk di lawati

Info Tempat- tempat di Langkawi menarik search saja dekat Uncle Google.com, macam2 yang keluar xde masalah cuma kekadang tu maklumat yang didapati tak sama dengan keadaan sebenar, dalam Trip bercuti  Ke Langkawi saya yang lalu saya telah tersalah pilih satu tempat iaitu ke Crocodile Farm, menyesal betul ke situ, dah lah kena  bayar tiket masuk, dalam tu x best langsung, lokasi pun agak jauh dari Malibest Resort.

Trip Ke Langkawi

Antara tempat Lain yang tak best ialah Muzium Padi, hidup segan mati tau mahu orang cakap hurmm JANGAN PERGI tau! kalo pergi memang spoilkan Trip Ke Langkawi je

Anyway tempat yang Best ialah

  • Oriental Village Langkawi – ada mini zoo & yang paling best Cable Car ler hehe (WAJIB PERGI) sini kena banyak bersabar sikitlah, sebab memang beratur panjang utk cable car.. tapi bila dah dapat naik best! Permandangan yg cantik, pastu kat atas skali ada sikit kena jalan lah utk ke tempat yg view cantik tu.
  • Makam Mahsuri Langkawi- Best jugak, sebab ada rumah mahsuri ( kena bayar RM3), rumah-rumah kampung yang cantik, selain tu ada satu tempat tu ada orang yang boleh lukis potret dengan harga yang sangat berpatutan. (WAJIB PERGI)
Trip Ke Langkawi

Makam Mahsuri Langkawi

 

Trip Ke Langkawi

Trip Ke Langkawi

  • Under Water World Langkawi- Rasanya semua orang tahu tempat ni, berdekatan Pantai Chenang je. (WAJIb PERGI)

    Trip Ke Langkawi

    Under Water World Langkawi

  • Telaga Air Hangat Langkawi – best jugak, cuma hari tu ada renovation diaorang nk siapkan tempat Jakuzzi, rasanya sedikit masa lagi mesti lagi best.

    Trip Ke Langkawi

    Telaga Air Hangat Langkawi

  • Galeria Perdana Langkawi – Bahan-bahan sejarah & hadiah-hadiah Tun Dr Mahathir Mohamad. ( kalau rombongan sekolah selalu orang ke sini)
  • Komplek Budaya Kraf Langkawi – barang-barang kraf tangan langkawi & hadiah-hadiah cendera mata boleh lah di beli di sini. Selain itu boleh jugak blajar lukis batik.
  • Taman Legenda Langkawiterletak dekat dengan Jetty Langkawi, rasanya sesuai di lawati ketika mula-mula tiba di langkawi kerana di sini complete tempat-tempat menarik di Langkawi di kecilkan menjadi monumen yang comel-comel.
  • Telaga Tujuh Langkawi – Air Terjun yang best & tinggi tapi kena menapak naik tangga kecil jadi sesapa yang sakit lutut tidak di galakkan hehe.. tapi memang best bermandi manda di sini dengan water fall

3)Aktiviti

  • Island Hoping ke Pulau Dayang Bunting, Beras Basah & eagle Feeding
  • Pulau Payar – Coral la semestinya di samping pantai yang sangat bersih & clear
  • Sungai Kilim Langkawi – menikmati pemandangan alam semula jadi yang nyaman

Ok saya cerita sedikit mengenai Island Hoping iaitu aktiviti wajib bagi mereka  yang pergi bercuti ke langkawi Trip ke langkawi. Trip ini boleh di booking awal melalui hotel atau di jetty pun ramai yang menawarkan service ini dengan harga yang ok cuma kekadang kalau melalui orang tengah ni harga mahal sedikit. Tapi harga adalah lebih kurang dibawah:

Harga Bot Persendirian = RM250-RM280 (max 8 orang)

Harga Kongsi = RM30 per Person

Keuntungan sewa bot persendirian adalah tidak terhad pada masa, free nak lepak kat mana lebih lama. dalam masa keseluruhan 4 jam.

Tiket ni kena lekat kat baju baru leh naik bot tau naik dekat Awana Port

Trip Ke Langkawi

Trip ke Langkawi

First Pulau Dayang Bunting – Disini kena berjalan sedikit untuk ke tasik Dayang Bunting tapi suasana sangat nyaman. Di Tasik Dayang Bunting bolehlah berkayak atau naik bot kayuh ni..

Trip Ke Langkawi

Lepas Pulau Dayang Bunting, kita akan ke Pulau Beras Basah pula lebih baik stay lama sket di sini ikutkan diaorang kasi 1 jam tapi kalo bot private minta diaorang datang dalam 1 setangah jam atau 2 jam sebab Eagle Feeding tu kejap pun dah cukup.

Pulau beras basah tempat untuk mandi-mandi & main permainan air tetapi harga agak mahal sedikit berbanding di Pantai Chenang almaklumlah dah dekat Pulau.

 

Trip Ke Langkawi

Trip Ke Langkawi

Pulau Beras Basah Langkawi

Kemudian ke Eagle Feeding – Bagi Helang Makan

Trip Ke Langkawi

dan balik ke jeti awana tetiba je ade orang print gambar candid kita dekat plate & jual 1 RM10.. ok gak buat kenangan Trip ke Langkawi hehe

Trip Ke Langkawi

4) Booking Kereta Sewa

kalau musim cuti memang harga naik 2-3 kali ganda & susah nak dapatkan kereta yang di idamkan jadi baiklah booking awal tambahan pula kalau pergi ramai-ramai silap2 dapat van buruk pulak hehe.

berkenaan harga keta sewa lak, kalau bukan musim cuti viva leh dpt dlm rm40 satu hari n rm50 utk satria or iswara or wira, manakala rm60-70 utk vios, sentra.

musim cuti  biasanya lebih mahal lah viva pun leh cecah rm70 & time lima sampai rm100+.

5) Last skali adalah pergi ke Jetty Kuala Perlis & Beli Tiket dengan Harga RM12.00 seorang & mulakan percutian anda..

~Selamat Bercuti~

 

18 Comments

  1. azlin February 5, 2013
    • nabila February 5, 2013
  2. azura March 22, 2013
    • nabila March 22, 2013
  3. Anugerah Homestay Melaka April 9, 2013
  4. tini April 24, 2013
  5. norafifahrohaizad May 7, 2013
    • nabila May 7, 2013
      • norafifahrohaizad May 7, 2013
        • nabila May 7, 2013
          • nabila May 7, 2013
  6. Amie September 3, 2013
  7. nadiah October 1, 2013
  8. yana October 17, 2013
    • hasliana November 13, 2013
  9. qnie52 November 11, 2013
    • nabila November 11, 2013

Leave a Reply