Trip Bercuti Ke Bandung

Tips Bercuti Ke Bandung – Membeli Tiket Ke Bandung

Trip Bercuti Ke BandungLangkah Pertama Untuk Tips Bercuti Ke Bandung adalah dengan membeli tiket ke bandung. Kalau tak ada tiket camne nak pegi kan?

So bukak Website Air Asia atau MAS dan boleh juga mengunakan perkhidmatan KLM tapi KLM ini penerbangan ke Jakarta Syarikat Penerbangan Belanda.

Tapi bukan terus beli ye.. tunggu…

Tunggulah ada promosi low fare macam Air asia selalu mengadakan BIG SALE jadi langanlah news letter dari Air Asia dan Malaysia Airline ini untuk mendapatklan undate terkini bila ada jualan murah tiket untuk Tips Bercuti Ke Bandung.. bukan hanya untuk ke Trip Bercuti ke Bandung tetapi juga untuk Trip Bercuti Ke Luar Negara yang lain mahupun Trip Bercuti Ke dalam negara.

Selepas mendaftar News Letter itu pastikan sentiasa membuka email kerana Air Asia Atau Malaysia Airline ini anak update melalui email sentiasa. Bagi yang ada Handphone yang boleh ber internet/3G silalah daftarkan email ke Telefon anda bagi mendapatkan update terkini. inilah masanya menggukan sepenuhnya teknologi.

Mestilah sentiasa alert kerana Big Sale Air Asia ini berlaku kejap je contoh ini hanya untuk 1 hari sebab tu mesti selalu pastikan jangan terlepas peluang dah tu nak beli tiket karang punyalah siksa sebab bukan kita sorang je nak bercuti ye… faham-faham la semua berebut-rebut…

Trip Bercuti Ke Bandung

Bagi Trip Ke Bandung Fieza yang lalu fieza telah dapat tiket dengan harga hanya RM 20 tetapi campur tolak dengan tax, lugage dsb jadilah lebihk kurang RM150 seorang sebab fieza memang beli lugage yang besar untuk trip balik iaitu 45kg sebab kot kot terbeli  banyak barang hehe..

Ini Resit Fieza untuk trip yang lalu, Bayaraan boleh dibuat menggunakan Maybank2u ataupun Kredit/Debit Card ye… xde masalah

Trip Bercuti Ke Bandung

Okeh habis bab beli tiket lepas ni nak booking hotel pulak..

Summarynya..Membeli Tiket Untuk Trip Bercuti Ke Bandung

  1. Bukak Web Air Asia & MAS  kemudian langgan News Letter
  2. Sentiasa bukak email untuk menerima update terkini dari News Letter Tersebut
  3. Beli Tiket Murah & bayar guna maybank2u atau kredit atau debit kad.
  4. Pastikan beli baggage yang lebih untuk trip pulang untuk mengelakkan kena cas tambahan

-Done-

Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

3

1 Comment threads
1 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
2 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
ella

Hye fieza. Akk nk tahu hotel yg murah dan dekat utk jln2 shopping. Kt Bandung..