Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum Korea

Hari ni merupakan hari ke 3 aku di Korea jadi aku nak kongsi Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum Korea Korea dan untuk artikel seterusnya aku akan sambung dari hari ke 3 jugak iaitu ke Chandeokgung palace dan seterusnya Namsan Tower dan Teddy Museum. Untuk artikel hari ke 3.1 ni aku akan tumpu hanya Tips untuk ke Gyeongbokgung Palace , Tips Untuk ke Gwanghwamun Plaza dan juga Tips untuk ke National Folk Museum Korea.

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

 

Alhamdulilillah we all dah melalui 2 hari di Korea yang penuh pengalaman yang baru dan sangat best now we all meneruskan perjalanan hari ke 3 di Korea. Paling tak tahan adalah kaki huhu memang sangat letih jadi pada korang yang nak ke Korea aku nasihatkan beli lah kasut yang SELESA sebab apabila tiada masalah untuk berjalan jadi aktiviti korang akan lebih lancar. Simpan je kasut kasut tumit tinggi tu kat rumah tak payah bawak datang sini..

Baiklah macam biasa terbabas sedikit waktu bangun pagi hihi.. Hari ni siap-siap dan we all jalan kaki ke Station “Dongdaemun History Culture Park” station  tak jauh pun dari Able Hostel memang lokasi yang strategik. Untuk pengetahuan korang Dongdaemun History Culture Park Station ni mempunyai 3 subway line iaitu Line 2 (Hijau), Line 4(Biru) dan Line 5(Purple) jadi untuk ke  Gyeongbokgung Palace just naik Line 5 dan turun di Gwanghwamun Station. dan masa yang di ambil adalah 6 minit je..

Untuk ke  Gyeongbokgung Palace boleh naik sama ada line 3 dan stop di  Gyeongbokgung Palace Station kemudian keluar ikut Exit 5 atau leh juga naik Line 5 dan stop di Gwanghwamun Station dan keluar ikut Exit 2 dan jalan sikit & listas jalan untuk ke  Gyeongbokgung Palace.

Ini ialah pic kat hadapan  Gyeongbokgung Palace

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

Aku memilih turun di Gwanghwamun Station adalah kerana 2 sebab iaitu sebab hanya perlu 1 transfer dan memang we all nak jejalan kat Gwanghamun Plaza sebelum start masuk ke Palace.

Sesapa yang tengok citer City Hunter mesti familiar Gwanghamun Plaza ni sceen di mana Lee Ming Ho baru sampai ke Seoul.

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace
Gwanghwamun Plaza

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace

Lepas bergambar kat Gwanghwamun Plaza we all pun berjalan masuk ke Gyeongbokgung Palace memang cun cun masa tu ada acara tugar guard memang penuh istiadatlah…

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

Pas upacara tu we all masuk ke dalam dan beli tiket Gyeongbokgung Palace 3,000won seorang. Kalau korang bercadang untuk melawat Palace-Palace yang lain, boleh beli tiket combo 10,000 Won. Kita orang just nk melawat 2 Palace jadi we beli berasingan. Tapi kalau korang bercadang nak ke Changdeokgung Palace baik beli yang combo ni just 10,000 won include skali ngan Secret garden di Changdeokgung Palace. We all kerugian 1,000 Won sebab beli berasingan.

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea
Kaunter tiket di Gyeongbokgung Palace

Untuk Tour Guide dalam Gyeongbokgung Palace ni tiada cas tambahan cuma tunggu ikut masa-masa yang dah ditetapkan kat hadapan pintu seblah kiri. Nanti masa beli tiket jangan lupa ambil segala macam map dan info2 jadi takde lah korang tercari-cari sebab Gyeongbokgung Palace ni agak luas. Untuk detail pasal ni korang leh klik sini Gyeongbokgung Palace

Tour Guide ada dalam Gyeongbokgung Palace  ni ada dalam Korea , English, Chinese & Jepun.

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

ni detail pasal free tour guide Gyeongbokgung Palace

Interpretation Services Offered
Tours depart in front of the Information Center at Heungnyemun Gate (흥례문).
Duration: 1hr – 1hr, 30min
Tour Schedule:
English: 11:00, 13:30, 15:30
Japanese: 10:00, 12:30, 14:30
Chinese: 10:30, 13:00, 15:00* Reservations are required for groups of 10 or more.
Group reservation: +82-2-723-4283Reservations in Chinese: +82-2-723-4268

Our tour start jam 11.00pagi dan berlangsung selama 1jam ++. Sepanjang Tour tu diterangkan lah sejarah-sejarah Gyeongbokgung Palace dan cerita mengenai setiap banggunan-banggunan dalam palace tu.. kenapa ada rupa ini .. kenapa rupa itu.. palace ni untuk queen , untuk king dsb la… dan dia ada citer la asal usul ondol sistem tu (pemanasan lantai).

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace

 

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace Seoul Korea

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace Seoul Korea

 

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

 

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

 

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea

 

Tips ke Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Plaza Korea
Terserempak dgn orang Malaysia jugak

Kitaorang juga diberi peluang untuk bergambar di lokasi-lokasi yang menarik dan lepas tu we all bebas untuk merantau ke segenap pelusuk palace. Kemudian we all ke National Folk Museum serta National Palace Museum of Korea yang terletak dalam kawasan yang sama cuma boleh juga masuk melalui Heungnyemun Gate iaitu satu lagi gate yang menghubungkan ke Gyeongbokgung Palace jugak.

Tips Untuk ke Gwanghwamun Plaza dan Gyeongbokgung Palace

Kat situ ada lah sejarah-sejarah tingalan raja dan enovasi peralatan-peralatan diraja dari dahulu hingga kini. Pastu ada satu kawasan diaorang buat ala-ala town zaman dahulu era 60-an.. 80-an.. macam pic bawah ni diaorang buat cam kedai-kedai zaman dlu.

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace

 

Tips Untuk ke Gwanghwamun Plaza dan Gyeongbokgung Palace

 

Tips Untuk ke Gwanghwamun Plaza dan Gyeongbokgung Palace

Pic kat bawah ni plak cafe yang old style.. we all lepak kejap minum kopi leh jugak memanaskan badan dan merehatkan kaki sebentar.. asyik berjalan je dari kul 9 pagi tadi sampai kul 1 petang dah time tu..

Tips Untuk ke Gwanghwamun Plaza dan Gyeongbokgung Palace

Tips Untuk Ke Gyeongbokgung Palace

Macam dah panjang pulak citer aku pasal Gyeongbokgung Palace ni jadi untuk cerita Chandeokgung Palace akan aku cerita untuk artikel hari ke 3.2 plak la ye..

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

3 Comment
shara November 2, 2014
| |

berapa bajet keseluruhan dlm 11 hari tu kat korea?... nk gi korea jugak hujung bulan ni 10 hari.

Ashiqin April 30, 2014
| |

Haiii! Bestnyaa pegi palace tuu. Korang pegi Korea under travel agency or sendiri? :D