Tips Percutian Budget Ke Langkawi Tips Bercuti Ke Langkawi MURAH

Memandangkan artikel aku pasal ke Langkawi agak hot kat web page ni jadi, sempena aku ke Langkawi pada 3 hari yang lalu aku nak kongsikan sedikit di sini almaklumlah yang artikel sebelum ni sudah 3 tahun usianya mungkin sesetangah harga dah berubah.AKu nak focus Tips Bercuti Ke Langkawi MURAH.

Seperti artikel aku sebelum ni, kalau korang first time ke Langkawi jangan lepaskan peluang untuk join Island Hopping or Pulau Payar or Kilim Geoforest Tour tak pun korang leh join Sunset Cruise.. untuk maklumat lajut leh melawat ke kaunter-kaunter yang menyediakan perkhidmatan ni di area jetty Langkawi atau di Pantai Chenang.

Selain itu jangan lepaskan peluang untuk ke Underwater World, Oriental Village naik Cable Car dan yang terkini di Oriental Village leh naik Duck Tour sekali.. jap lagi aku citer detail pasal Duck Tour k. Disebabkan aku dah penah naik cable car jadi percutian ke Langkawi aku kali ni, aku tak naik pun Cable Car tapi for first timer aku sugestkan silalah naik sebab korang akan menikmati pemandangan yang cantik kat atas tu..

Selain itu jangan lepaskan peluang juga untuk ke Makam Mahsuri, Wild Life (Bird Paradise) atau leh juga ke Telaga Tujuh atau Temurun Water Fall dan juga Telaga Air Hangat jugak okey.

Kalau nak melawat-melawat sejarah leh ke Galeria Perdana orPusat Budaya Kraf untuk tengok cara canting batik.

Paling best sila lah ke Pantai Chenang untuk aktiviti pantai seperti naik Jet ski, banana & Para Sailing atau lepak lepak mandi pantai sebab pasir kst pantai Chenang memang best ..

Eh tersasar pulak kepada tips -tips budget baiklah aku citer pasal macam mana untuk mengurangkan kos yang tinggi untuk melawat ke Pulau Langkawi..

Hahaha takder la ape sangat tapi inilah yang paling penting untuk memastikan kos yang paling minumum akan diperolehi ketika bercuti ke Langkawi  ialah…..>>>> Pilihlah tarikh yang tidak ada kena mengena dengan waktu cuti sekolah!!!! Jumaat, Sabtu & Ahad pun tiada masalah pada bukan musim cuti sekolah. Tapi kalau boleh datang masa bukan weekend adalah lebih digalakkan.. antara kebaikannya ialah korang boleh tawar menawar dalam segala hal di Langkawi terutama kepada tiket tiket seperti Island Hopping, Jet Ski, sewa kereta dan sebagainya yang melibatkan agensi-agensi kecil. kalau tiket cam Underwater world semua tu memang tak dapat nak elak la.

-Sebagai Informasi, kebiasaan sewaan kereta Vios/Waja/Sentra/Pesona pada musim cuti sekolah ialah antara RM80-RM120 tetapi pada musim bukan cuti sekolah korang try mintak kurang hingga RM50-RM60 je sehari. Kalau kereta cam kancil or viva hanyalah RM40 sehari. Pada musim cuti sekolah diaorang cas RM60. bayangkan betapa korang jimat selama 3 hari di sana? pada musim cuti sekolah selalunya sewa kereta pada hari terakhir akan di cas 1 hari tetapi kalau bukan musim cuti, diaorang kira seperuh harga. Contoh aku ke Langkawi baru baru ini pada JUMAAT, SABTU & AHAD, sewa kereta kita orang hanya di kira JUMAAT dan SABTU RM40 x2 dan ahad hanya RM20. jadi kos sewa kereta hanya RM100 untuk 3 hari di sana.

-Satu lagi yang pasal tiket cam Jet Ski , Para Sailing kat Pantai Chenang pun kalau pandai tawar musim bukan cuti sekolah akan dapat jimat banyak, cam hari tu kita orang tanya untuk Jetski diaorang cas RM20 je untuk setengah jam. selalunya diaorang cas sampai RM60. Ini lah kelebihan datang pada bukan musim cuti.

-Kelebihan lain ialah tak perlu Q panjang-panjang untuk naik Cable Car, juga harga makanan dan barang-barang jualan akan lebih murah.Tips Bercuti Ke Langkawi Murah

Okey kali ni aku ke Langkawi selama 3 hari 2 malam… . Sebenarnya aku ke Langkawi kali ni hanyalah semata-mata nak bawak Dhia rehat-rehat sebab aku tinggalkan dia lebih kurang 24 hari masa kursus Intensif di USM hari tu.. sian Dhia.. memandangkan agak kekangan budget, kali ni aku memang mengunakan seminimumnya budget untuk ke Langkawi selama 3 Hari 2 malam. aktiviti aku kali ni banyak santai n layan pantai kat Chenang, nk booking Malibest tapi sudah full book walau masa tu aku check 2 bulan b4, hmm terpasa la ke Lagura Baron.. tak jauh ngan pantai cuma tak betol betol buka pintu nampak pantai cam kat Malibest hari tu…

Percutian aku ke Langkawi 3 hari 2 malam aku kali ini menelan belanja RM1,000.00 untuk 2 orang suku ( suku sebab enterance fee untuk Dhia semuanya free just makan je perlu kira) kos itu all include … memang kita orang ke sana berbekalkan ngam ngam RM1,000.00

Berikut ialah perbelanjaan aku di sana…

1.Tiket Ferry (Kuala Perlis- Langkawi)  RM18 X 2 trip X 2 Orang = RM72

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

2.Sewa Kereta (Kancil ) RM 40 X 2.5 Hari = RM100

3.Minyak Keta = RM25

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

(Gambar from Google coz lupa snap pic keta sewa)

4.Hotel 2 Hari + Tax = RM280

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

5.Tiket Masuk Under Water World RM30 x 2 org = RM60

(budak kat pic bawah ni masuk free je sebab blom cukup 3 tahun hahaha..

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

6.Tiket Duck Tour @ Oriental Village RM38 x 2 org = RM70 (diskaun RM6)

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

7.Makan untuk 3 hari (sekali makan utk 2 orang antara RM20-RM40)= RM180

8.Shopping budget iaitu just beli Chocolate Pepero 4 kotak + kain batik utk mak = RM150.00

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

9. Naik Keta Kuda di Oriental Village = RM10

9.Lain-Lain Perbelanjaan kecil = RM50.00

TOTAL = RM997.00

Di Langkawi makan agak mahal terutama di area Pantai Chenang sebab terlalu ramai Pelancong asing. Jdi budget budget jugak tapi makanan memang akan terlebih jugak tak kan nak makan nasik ngan ikan bilis je kot kan.. mesti nak gi makan seafood bagai kan.. jadi pandai-pandai la membuat pilihan makanan.

Aku cadangkan korang letak la seorang dalam RM 20- RM30 sehari untuk seorang bagi kos makan, kalau ter kurang tak pe leh masukkan ke budget shopping hehe… Anyway ini ialah antara harga makanan aku untuk 2 orang ketika di Langkawi hari tu, makan kat kedai Mamak paling murah iaitu RM19.80 untuk 2 orang, Makan kat restoran Seafood dengan ikan siakap seko + sayur we all kena RM43. Makan tengah hari kat restoran ala thai aku amik lauk Keli besar masak cili, sayur & ayam seketul RM25. Pastu makan kat restoran Thai di Kuah we all kena cas RM 35 untuk Green Curry, Nasik Goreng Thai & Nasik Putih + 3 Teh O Ais. Selainnya we all makan Mc D sebab best sana takde Tax hehe… bestt…

Okey disebabkan ini kali pertama aku naik Duck Tour ni jadi aku nak citer siket pasal Duck Tour tu.. Duck Tour tu ialah suatu service lawatan menaiki sebuah kereta yang boleh berjalan di darat dan juga di dalam Laut dengan harga RM 38 seorang.. anda akan di hiburkan dengan alunan music sepanjang perjalanan di samping bunyik enjin yang agak kuat hehe.. oh ya perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam.. kira berbaloi jugak la..

Kenderaan ni diaorang parking betul-betul sebelum pintu masuk ke Oriental Village..

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

Tips Percutian Budget Ke Langkawi

sepanjang perjalanan duck Tour korang leh tengok la bot-bot mewah yang parking kat port Awana Porto Malai kot kalau tak salah huhu.. klau tak salah lokasi la.. tapi memang cantik permandangan kat situ.. kat port tu jugak la klau korang nak merasa naik Sunset Cruise. Kalau nak try Sunset Criuse lak menarik jugak korang akan berpeluang tengok sunset dan sekali makan malam kat atas boat (5.00pm-8.00pm) aku tak join pun sebab kekangan budget.. jadi naik Duck Tour pun cukup lah hahaha..

Oh ya nak tambah sket pasal hotel dan lokasi penginapan.. hotel lebih murah kat area Kuah, klau yang kat Chenang memang agak mahal walau pun hotel yang tak seberapa tetapi aku tetap pilih Chenang sebab suasananya yang best dari awal pagi sampai la lewat malam.. klau korang nak best lagi tak payah sewa keta, sewa motorsikal kat Chenang leh merempit plak… selain tu area Chenang senang untuk dapatkan pelbagai kemudahan within walking distance.. klau nak amik hotel kat Chenang, area yang berdekatan dengan Underwater World adalah lokasi paling best sebab semuanya tertumpu kat situ.. ada Cenang Mall, restoran-restoran Seafood, McD, Pizza, KFC, Makanan arab dan macam macam lah…

Hokey sampai disini saja citer aku pasal Langkawi untuk kali ni…harap harap dapat membantu sedikit sebanyak untuk Tips Bercuti Ke Langkawi MURAH

29 Comments

  1. alea May 20, 2014
  2. nabila May 26, 2014
  3. bumilangkawi May 29, 2014
  4. Linda June 16, 2014
  5. mommy The Safiya's July 14, 2014
  6. Bang chik November 7, 2014
  7. Lawrence Fabian J. December 15, 2014
  8. Liza January 1, 2015
  9. maria January 6, 2015
  10. bakers burn January 18, 2015
  11. diyanarazim February 4, 2015
  12. Azreen February 14, 2015
    • shima February 19, 2015
  13. latifah suleiman June 11, 2015
  14. iwaninasir July 24, 2015
  15. ProtonClub Blog September 26, 2015
  16. herna October 3, 2015
    • Nabila Fieza October 6, 2015
  17. CPBH October 8, 2015
    • Nabila Fieza October 10, 2015
  18. tasya July 18, 2016
    • Nabila Fieza September 9, 2016
  19. drshimamd October 16, 2016
  20. Amin November 6, 2016
    • Nabila Fieza November 14, 2016
  21. Amin November 11, 2016
  22. Cher December 31, 2016

Leave a Reply