Tips Memilih Pakaian Wanita Gemuk

Tips Memilih Pakaian Wanita Gemuk @ Gempal

Semua wanita mesti nak kelihatan cantik dan kurus kan.. masalah betul kalau tersalah pilih baju, beli mahal-mahal tapi bila pakai tak sesuai pulak hadoi!! yay! itulah yang aku jugak sering alaminya huhu!! almaklumlah huhuhu…

Kalau ke Shopping mall xpe jugak boleh try dulukan, tapi camna kalau beli online punya.. tengok model pakai punyalah cun ..

Ini ada aku terjumpa pasal tips memilih baju agar nampak lebih slim dan tinggi gitu.. dah la gemuk, pendek pulak tu.. masalah benau ni!!

Jangan risau, walaupun badan tak berapa nak cun tapi kita masih lagi boleh bergaya dengan memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan kita.

ok tips memilih pakaian wanita gemuk atau gempal ialah

Pertama MEMILIH JENIS PAKAIAN untuk badan gemuk….

Elakkan memilih pakaian yang melampau longgar, macam omputeh kata ”

“Don’t Wear Anything That Makes You Look Like a Tent”

Camna tu look like a tent tu?

ha..macam pic kat bawah ni..

???????? kasia-struss-by-claudia-knoepfel-stefan-indlekofer-for-vogue-russia-september-2012-1

Says NO!! to pakaian macam kat atas tu ye!!

Pakaian yang melampau longgar, bukan dapat menyembunyikan kegemukan tetapi menampakkan lebih besar, jadi, pilihlah pakaian mengikut saiz badan korang sendiri, kalau dah saiz XL beli la baju XL, tak payah beli yang saiz XXL janji pakaian tu masuk cantik ke badan korang. Tapi AWAS jangan yang ketat pulak ye, kalau ketat lagi pulak menonjol kan… huhu

cuba korang tengok kalau kita pakai baju kurung ngan baju kurung moden, better kurung moden lagi nampak kurus tapi kalau kurung moden yang ketat pulak nampak benjolan-benjolan dah tak cantik pulak kan.. Kurung pahang juga lebih sesuai berbanding kurung pesak.

Tips ke Dua ialah PEMILIHAN FABRIK Untuk badan gemuk..

-Jangan pilih jenis kain yang melekat di bandan .. nanti nampak banyak benjolan pulak!

– Jangan juga pilih jenih kain yang stretchy tau yang leh tarik-tarik tu, sama gak ini akan menampakkan benjolan lemak korang lebih ketara

– Pilihlah kain yang tidak stretchy dan tak melekat dibadan seperti jenis kain cotton dan cotton canvas.

Tips Memilih Pakaian Wanita Gemuk

Memilih Design Baju

– Bagi yang free hair, pilih colar bentuk V untuk menampakkan leher lebih panjang.

– Jika baju jenis berbutang atau jaket, pilihlah yang single breasted , double breasted adalah tidak sesuai untuk yang berbadan gemuk.

Tips Memilih Pakaian Wanita GemukMemilih skirt atau seluar 

– Skirt jenis A adalah paling sesuai kerana dapat meyembunyikan bahagian bawah yang besar dan menampakkan kerampingan pada bahagian pingang

– Seluar pulak jangan yang ketat sgt better pilih yang jenis kaki besar (wide-leg ).

Memilih Skirt Wanita GemukMemilih Seluar Wanita Gemuk

 

Memilih Kasut untuk wanita gemuk

Kasut adalah sangat peting, kita selalu melupakan soal kasut dalam penampilan harian tetapi kasut juga boleh menjadi titik tumpuan. Bagi yang berbadan gempal dan pendek, pemilihan kasut amatlah perlu di beri perhatian jika tak mahu korang kelihatan lebih pendek dan gemuk.

– Pilihlah kasut yang sama warna dengan seluar untuk menampakkan kaki lebih panjang selain memakai high heel.

– Bagi yang ingin memakai boots, pilihlah boots yang pendek, yang tidak melebihi paras betis korang. Ini bukan sahaja untuk yang gemuk tetapi juga kepada mereka yang bertubuh kecil dan pendek, apatah lagi kaki pendek. Jangan bermimpikan untuk memakai boot yang lebih tinggi dari betis kerana akan menampakkan kaki lebih pendek.

Memilih Kasut Wanita Gemuk

 

Memilih Aksesori

Jangan kata aksesori hanya memberi serabut, kadang kala aksesori seperti rantai akan memberi image yang kita lebih tinggi atau rendah.

– pilihlah rantai yang panjang menjutai akan memberi effect kelihatan anda lebih tinggi.

– Beg dan aksesori yang lain sebaiknya adalah bersaiz yang besar jadi tak lah kelihatan kita ni terlalu besar. Jadi janganlah membawa beg kecil atau perhiasan yang kecil.

 

Alright , That All yang aku dapat kongsikan,

aku dapat info ni dari web ni..http://makinbacon.hubpages.com/hub/plussizewomenclothes

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.