Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar – Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar

Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar – Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar

Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar - Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar

Yess.. aku telah mewujudkan 1 categorie baru iaitu under nama ” DIET ” huhu… kenapa?

memandangkan berat aku telah mencecah 62kg sekarang, aku tidak lagi dapat berdiam diri dan bersabar & aku mesti menguatkan usaha sehingga berat aku kembali ke pangkal jalan iaitu around 50kg. Sebelum ni paling berat pun dalam 55kg ja, tapi now dah melampau sampai 62 kg sejak 3 tahun ini memang aku kurang menitik beratkan soal berat.

Semua ini bermula sejak aku mula bekerja, maybe suasana di office yang menyebabkan aku cepat lapar & kurang aktif dah asyik duduk kat meja je pun… jadi aku dah tak boleh berdiam diri dah… aku akan memulakan suatu program diet iaitu Program Diet Atkin .

Last 3 bulan yang lalu aku dah ke kelas senam robik dan telah mula skip makan malam, tapi hasilnya kurang memberansangkan. Aku hanya turun 4 kilo after that naik balik lagi 2 kilo setelah aku stop gi kelas senam robik tu.  Ada jugak kawan-kawan aku yang mengambil ubat-ubat dan produk-produk macam herba life nampak mereka agak berkesan. Tetapi semua tu memerlukan modal dan pengambilan yang berterusan.. tak ke rugi namanya huhu

Finally lepas raya ari tu aku pun tengah belek-belek fb skali tgk sorang frenz aku upload pic badan dia, katanya baru 2 minggu dah kurang 4-5kg… mak aih!! tergejut la aku & tanya dia cakap dia wat atkin diet. Aku memang tahu atkin diet ialah diet protein iaitu mengelakkan makanan dari karbohidrat dan hanya makan protein. No nasik & roti la jawabnya… sanggup ke???

Aku pun join la 1 group kat facebook ” Kelab Diet Atkin (Malaysia)” pastu baca-baca la posting-posting diaorang kat situ.. wah baru lah aku mula tertarik & rasa macam nak cuba Atkin Diet ni.

Okey aku nak cerita serba sedikit pasal Diet Atkin ni. Aku pun belum abis lagi study pasal diet ni, nanti apa-apa info akan aku ceritakan dalam post aku yang akan datang K! anyway apa yang aku tahu now ialah. Diet Atkin ni ialah meninggalkan Karbohidrat atau paling maksimum hanya mengambil 20g karbo setiap hari sahaja.

Ok apa tujuan mengelakkan dari Karbo ni?

ok basic kimia masa skolah dulu aku blajar

sugar+sugar+sugar+sugar ==>Karbo

Karbo+karbo+karno+karbo ====>Fat

Fat+Fat+Fat+Fat ===> Fat tepu

okey kat atas tu konsepnya, apa kata kita terbalikkannya…

FAT>>Karbo>>Sugar>>>TENAGA!!! (tenaga untuk makan utuk berjalan dsb yang diukur dalam unit KALORI!!!!!)

inilah dia tujuan Atkin diet, menukarkan kembali karbo dan gula yang kita makan berlebihan sebelum ni untuk menjadikan ia tenaga atau kalori.

Keadaan sekarang, kita makan banyak kalori berlebihan jadi semua tu akan bertukar jadi lemak sebab kita tak guna. Untuk mengunakan balik lemak-lemak yang disimpan tu, kita tak payah makan karbo & sugar la. bila kita tak makan karbo & sugar, lemak-lemak akan pecah semula menjadi tenaga dan kita pun menjadi kurus…

tapi tak la semudah tu, kalau kita tak makan mati pulak kang… huhu mesti bermaya,mengantuk dan sebagainya.

Jadi dalam Diet Atkin ni, kita ambil Protein, protein berasal dari Asid amino, takde kena mengena dengan karbo & sugar. Asid amino membentuk peptida & last skali protein. Protein tak mudah jadi lemak macam karbo tapi ia jadi muscle , sebab tu orang yang wat body builder ambik protein banyak-banyak. Tapi kita bukan nak bina muscle, kita nak guna protein sebagai tenaga dan memecah lemak degil menjadi tenaga juga. Proses ini dinamakan “ketosis”.

untuk detail pasal tukar tukar ni leh tgk kat sini.. http://thesmarterscienceofslim.com/calorie-quality-factor-4-efficiency/

Okeh cukup la aku citer banyak ni nanti pening pulak bila masuk bab kimia organik ni haha… aku pun dah lupa sebab dah lama tinggal study. Anyway ini yang aku faham mengenai atkin diet ni la.. jadi logik la apa yang di perkenalkan dalam atkin diet ni & no wonder la pasaipa ramai yang kurus dengan mengamalkan diet cara Atkin ni. Malah artis-artis pun banyak mengamalkan teknik pemakanan mengikut konsep atkin.

Bukan tak boleh makan nasik terus, cuma masa permulaan ni sebulan dua aku memang nak stop nasik sampai badan aku betul-betul mencapai tahap yang di inginkan pastu baru leh makan balik tapi kena kawal kuantitinya lah.

Ohya satu lagi, step mula-mula kita perlu stop karbo terus adalah bertujuan untuk mengecilkan saiz perut kita… sebab tu lah kita elakkan makan karbo dalam proses permulaan ni. Bila perut dah kecil, kita tak rasa nak makan banyak lagi…

Aku juga pernah baca KENAPA KITA MENGANTUK LEPAS MAKAN ? KENAPA KITA LAPAR SELEPAS SEKETIKA WALAU TELAH MAKAN DENGAN BANYAK? jawapannya ialah karbohidrat atau gula. bila makan karbo or gula, kita sangat rasa kenyang tapi bila kandungan gula kita menurun, mulalah kita akan rasa lapar itu ialah kesan semulajadi badan kita lagi pun secara amnya kan gula dan karbo cepat hadam berbanding daging… bila kita makan daging, kita akan rasa lambat lapar semula.. Kebenarannya akan aku buktikan apabila aku start Atkin diet ni .. nanti akan ku buktikan…. hehe

Hmmm.. mesti nak tahu dah tak leh makan karbo, apa ja leh makan???

banyak sebenarnya leh makan iaitu…

AYAM

IKAN

DAGING

UDANG

KETAM

SOTONG

TELUR

ULAM HIJAU

SAYUR HIJAU

AIR KOSONG

kat atas ni ialah menu utama makanan para pendiet Atkin… jadi takde la masalah lapar… itu la diet ni bukan berlapar k!! KENA BANYAK MAKAN!! makan banyak makanan yang betul, dan tinggalkan makanan yang salah..

Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar - Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar

ok lah banyak pulak aku membebel cukuplah setakat ni untuk entri hari ni, nanti aku update lagi dan aku janji nanti aku akan kongsikan pemakanan aku setiap hari, atau sekurang-kurangnya aku akan ringkaskan dalam seminggu..

Aku tak start lagi tau diet ni, Isnin baru nak mula (19 Ogos 2013) dan terget aku ialah pada 13 Oktober 2013 aku akan pakai baju kebaya pos kat sini k!!! insyallah hope semua nya menjadi kenyataan… nantikan entri aku seterusnya.

ok chow!!

p/s: nk prepare barang-barang diet iaitu nk beli stok daging,ayam& telur banyak-banyak pastu nak cari penimbang digital hehe… 😀

gambar menu-manu yang best yang boleh dimakan…

Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar - Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar - Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar Tips Diet Mudah Tanpa Kos dan Tidak Lapar - Tips Kurus Senang , Murah dan Tak Lapar

12 Comments

  1. Aniez October 29, 2013
    • nabila November 2, 2013
      • Amy November 3, 2013
        • nabila November 3, 2013
          • Amy November 8, 2013
          • nabila November 9, 2013
  2. NurulHelwana Paimon November 4, 2013
    • amira March 18, 2015
  3. julia July 2, 2015
  4. hydenhyzen July 21, 2015
  5. dein saiden October 4, 2015

Leave a Reply