Tips Diet Atkins – Menu Diet Atkins – Hari Pertama

Tips Diet Atkins – Menu Diet Atkins – Hari Pertama

Yess seperti yang dijanjikan aku akan berkongsi lah tentang diet aku yang dijangkakan bermula 19 ogos 2013 iaitu semalam…

alhamdulillah aku dah selesai 1 hari berdiet. Jadi meh aku cerita sikit pengalaman my first day Tips Diet Atkin.

First bangun tido aku timbang berat badan & ukur lilit pinggang… huhu dengan berbekalkan penimbang yang baru rupanya penimbang lama dah rosak.. berat aku sebenarnya 65kg jadi target aku menjadi bertambahlah.. aku target nak mencapai 45 kg iaitu mesti kurangkan 20 kg !!! hohoho 20KG diulangi!!!

Tips Diet Atkin - Menu Diet Atkin

 tak pe lah camtu aku kena bertekad untuk lost 20kg okey!! yesss jom mula menu diet atkin aku..

Ok Menu aku semalam ialah….

Menu Diet Atkin Pagi 

Tips Diet Atkin - Menu Diet Atkin

Telur rebus 1 biji ( sepatutnya 2 baji tapi sebijik je available semalam hmm..)

Jumlah karbohidrat di ambil : 0 g Carb

 

Menu Diet Atkin Tengah Hari

Tips Diet Atkin - Menu Diet Atkin

1 Ekor Ikan Keli Goreng (0 Carb)

1 Ekor Ikan Kembung (0 Carb)

1/2 Cawan sayur taugeh + Kuchai + Bawang ( +- 2g Carb)

1 Cawan daun Selom (+- 2g Carb)

 

Jumlah Karbohidrat di ambil : 4 g Carb

 

Menu Diet Atkin Malam

Tips Diet Atkin - Menu Diet Atkin

Salmon grill  (0 Carb)  ( aku hanya makan separuh dah kenyang)

Sawi 2 batang  (2 g Carb) ( aku makan daun hijau je)

2 keping Lettuce Iceberg (0.4g Carb)

1 sudu besar Mayo Kewpie Merah (0.1 Carb)

 

Jumlah Karbohidrat di ambil : 2.5 g Carb

Total Karbohidrat hari ini  ialah 6.4g Carb (below  maximum 1 hari 20g carb)

Total Air : 3.6L

(Tips untuk minum air banyak ialah minum sikit-sikit tetapi berterusan & bersedia untuk ke toilet hehe..)

Okeh tamat sudah satu hari pertama Diet Atkin aku…

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa rasa lapar atau letih.

12 Comments

  1. Nisa January 22, 2014
    • nabila January 22, 2014
  2. miza October 20, 2014
  3. ♚⇨miss_uzma⇦♚ December 4, 2014
  4. Uzma December 4, 2014
  5. Uson January 20, 2015
  6. Aida May 28, 2015
  7. Chris February 23, 2016
  8. Chris February 23, 2016
  9. Fifah May 12, 2016
  10. balkiz January 9, 2017
    • Nabila Fieza January 17, 2017

Leave a Reply