Tempat Untuk Ber Shopping di Bandung

Wah memang semua ke Bandung untuk bershopping gitu… sangat murah Bershopping di Bandung bagi korang yang tercari-cari lokasi yang sesuai untuk bershoping mari tengok sini..Nak Bershopping pun bukan pakai redah je tengok & kaji dulu dimana hendak di tuju sebab banyak sangat tempat shopping Di Bandung ni boleh dikatakan setiap kawasan boleh di kira tempat shopping di Bandung antara tempat yang ramai orang pergi ialah seperti, Jalan Dago, Pasar Baru, Cihampelas, Toko Tiga, Cibaduyut dsb. okeylah mari kita pergi satu per satu tempat shopping ni untuk lebih kenal tempat shopping di bandung ini.

PASAR BARU

Banggunan 11 tingkat termasuk tingkat parking. Menjual kain ela, baju sulam, kain sulam, telekung, jubah, kain batik. Kain-kain sulam yang kat malaysia ni diaorang jual sampai ratus kat sini hanya dalam RM25-30 je tau tapi kena pandai tawar-tawar la sampai diaorang bagi harga yang di inginkan.

Tempat Untuk Shopping Di Bandung

Tempat Untuk Shopping Di Bandung

Telekung & tudung juga sangat banyak & pening aku tengok setiap tingkat boleh habis 1-2 jam kalo bejalan & nak abiskan 1 banggunan ni memang 1 hari pun belum tentu habis tapi aku ambil tourist guide yang di sediakan secara percuma oleh pak supir aku jadi aku hanya pergi ke selected kedai je la memang kejap je aku shoping dalam 2 jam gi tu je dah balik tapi abis dekat 3 juta di sini huhu! lagi senang kalau ada tourist guide ni sebab dia dah tahu kedai yang mana murah untuk beli tudung, telekung, jubah, kain ela dsb cakap je korang nak beli apa dia akan bawakan ke beberapa kedai & korang bandingkan lah harga. memang betul murah sebab aku cuba gak tanya dekat kedai yang dia tak sugest memang banyak berbeza juga. jadi dah save masa shopping.

lepas shopping aku kasik gak rp20K dekat guide tu sebagai tip susah payah ngankat barang2barang aku yang dah tak muat tangan.

Ada lagi aku nak citer pasal Pasar baru ni. Telekung yang kerawang-kerawang penuh tu diaorang jual Rp150K (Rm50) yang ni kalau kat mesia mau ratus-ratus, yang harga RM70-80 di Malaysia sini dalam RM20 gitu je.. kain pun sejuk. telekung yang colurfull pun ada comel2 je sesuai untuk hadiah kat kengkawan n sedara harga RP30K = RM10. Selaian tu jubah jubah juga murah sangat memang sangat jauh beza la dengan malaysia.

Baju kot juga leh dapat dalam RP150k kain elok & selesa. Kalo nak tempah kot & baju kurung pun boleh gak, tourist guide aku sugest kedai nama Vogue, baju-baju yang di tempah boleh siap dalam 2-3 hari je & diaorang hantar ke hotel.

Factory Outlet 

Factory Outlet memang sangat merata-rata di bandung ni, sepanjang jalan Dago, Cihampelas, Jalan Riau , Pasteur & ada lagi beberapa yang korang leh nampak je kat jalan-jalan mana yang korang lalu… memang bandar Factory outlet la jugak haha..

Factory Outlet memang sangat banyak dan pening jugak kalau nak pergi tiap-tiap satu sebulan pun tak abis shopping haha tapi pandai-pandai la pilih kedai yang terbaik. anyway nanti fieza informlah mana Factory Outlet yang okey..

Antara brand yang boleh pilih pula ialah Hugo Boss, Burberry, Versace, Timberland, Nike, Manchester United (MU), Armani, DKNY, Old Navy, Billabong, Quicksilver tapi kebanyakannya t-shirt je agak pening jugak nak memilih sebab diaorang selit-selitkan dengan brand yang aku pun tak kenal maybe brand indon kot & ade gak aku beli seluar tracksuit brand Convest tapi kat tag dibahagian dalam yang ade letak saiz tu nampak cam kesan gunting made in indonesia.. hurmm ntah lah nak kata ori ke tak?? ade sesapa leh jawab ke? anyway kualitinya ok memang berbaloi la dengan harga hanya rp69K @RM23.00.

Bagi perempuan lak antara brandnya Zara, MNG, Esprit, Gap, TopShop, DKNY, Gucci, Armani, Miss Selfridge, Nike, Old Navy, Victoria Secret , Guess dsb… nyum nyum tapi yang latest design cam xde je banyak tee je la yang leh dapat harga diantara Rp 50-150K (RM 15-50) kalau cam dress or blouse yang cun-cun harga antara Rp250K-Rp400K (RM85 -130) tapi cam biasa diaorang selit selitkan dengan brand indonesia sendiri.

Jalan Dago Factory Outlet

Jalan Dago adalah tempat yang wajib pergi kalau datang ke Bandung sebab memang kawasan himpunan kedai-kedai Factory Outlet sepanjang Jalan Dago boleh didapati lebih kurang 10 Factory Outlet. Barangan Branded boleh didapati diantara harga Rp50K – Rp200K atau dalam RM 15-RM50 manakala jeans Guess & Burberry boleh didapati dlm harga rp200K++ atau bersamaan RM70++

Antara FO yang  di Jalan Dago ialah Grande Fashion Gallery Outlet , Victoria, Glamour, Episode, Jetset, Blossom, Raffles City,  House of Donatello.

Suruh je pak Supir atau teksi korang drop kat mana-mana & jalan lah sampai semput untuk setiap satu Factory Outlet yang di sepanjang Factory Outlet Jalan Dago ini. Bagi fieza ari tu kita orang menghabiskan sepetang jugalah itu pun fieza tak masuk semua, cuma dalam 5 Factory outlet gitu.. baju & harga lebih kurang ja antara Factory Outlet Jalan Dago ni tapi sebab first time pegi jadi ronda je lah…

Tempat Shopping Di Bandung

Jetset factory Outlet Jalan DagoJetset Factory Outlet Jalan Dago 

Tempat Shopping Di Bandung

Ohya barangan ini adalah barang reject jadi korang tengok betul-betul la bila nak beli sebab takut ada yang senget ke koyak ke tapi memang bestla sebab brand-brand mahal leh dapat dengan harga antara RM 30-50 je. satu lagi jangan le caya diaorang cakap leh dapat dengan harga Rm10 xdenye brend yang mahal-mahal memang x jumpa la harga tu selalu starting paling murah Rp 50k atau Rp69 itu hanya T-shirt ye.. kalo Rm dalam RM 18-RM20 macam fieza cakap tadi kalau nak baju yang style-style harga di antara RM80-RM130 jadi siapkan saku korang secukupnya kalo betul2 nak shopping branded item kat sini. tapi kalau nak dibandingkan dengan harga normal memang sangat berbaloi baloi la..

Sebelah Jetset juga ada restoran sushi sib baik la aku xmakan kat sini sebab hubby aku cakap time dia nak bayar mamat yang buat sushi ni pakai sarung tangan untuk buat sushi ok la tapi bila dia tekan cash mesin & ambil duit pun ber sarung tangan tu la jugak & dapur pun agak kotor huhu.. memang betul la sese tengah tempat tu di sini agak tidak mengamalkan kebersihan.

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Episode Factory Outlet Jalan Dago

Tempat Shopping Di Bandung

Grande factory Outlet Jalan Dago

Wah berposing pulak anak n bapak ni.. hehe..

Di Grande ni ada lak kedai untuk lepak jadi bapak-bapak yang bosan nunggu mama shoping leh lepak lu sambil minum kopi hehe…

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

bagi yang nak order ini menunya ya.. Nasi Goreng Pataya, Nasi + Ayam bakar, goreng atau penyet dengan harga hanya Rp15K = RM3

Tempat Shopping Di Bandung

Ini pulak tukang jual jalanan memang bersepah tau kat bandung ni! tapi awas jangan sesekali tawar-tawar tapi tak jadi ambik tau nanti dia follow je kemana korang pergi. Kalau berkenan tu tawar lah harga lebih dari separuh dari yang diaorang jual tau!

Tempat Shopping Di Bandung

Semacam lak dia tengok aku ambil gambo dia hihi.. dah la xnak beli barang gambar ambik lak tu huhu..

Okeh cukup dulu Factory Outlet.. bagi yang nak beli kek & Brownies best di Dago ialah Amanda. Pelbagai jenis Brownies ada tapi last day kot baru beli coz nak bawak balik sebagai buah tangan. Brownies ni tak tahan lama yang kukus tahan 3 hari &  Bakar 5 hari je tau jadi better beli hari last la baru fresh.. selalu orang beli yang original je tapi kalau nak yang perasa lain sikit apa salahnya. Lagi satu ada gak brownies kering cam biskut kering tu tapi ini brownies ramai gak beli sebab yang ni tahan lama la kot. Best gak brownies Amanda ni sangat lembut & yummy.. ;p

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Habis pasal dago kita ke 2nd Jalan yang penuh Factory Outlet iaitu Jalan Riau.. sini pun lebih kurang Jalan Dago gak sebab sangat penuh dengan Factory Outlet

Jalan Riau

Sini banyak factory outlet yang best-best dan murah antara yang best ialah Heritage, Summit, The Secret, For Men, & Cascade.

Macam kat factory Outlets Jalan Dago gak, Factory Outlet Jalan Riau ni juga terletak berdekatan & hanya jalan kaki je nak ke satu sama lain. Factory Outlet Jalan Riau ini bukanya agak lewat iaitu jam 10pg tempatan.

Hurm.. Pening bangat di factory Outlet Jalan Dago sebab pakaiannya sangat Classy & Branded yang gila-gila punya memang ada perbezaan dari segi jenama & koleksi di factory Outlets Jalan Riau berbanding Factory Outlet jalan Dago. Terdapat jenama seperti Versace, CK, Chanel, Dior dsb yang membuatkan aku naik gila 2minit. 😛

Ini Pic my hubby @ The Secret, luas gak Factory Outlet The Secret ni ada bahagian wanita, lelaki & baby.. Baju Ed Hardy 0pun ade beb! tapi di a xminat baju cengitu hurm…

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

My baby dapat si Lala teletubies tu best la dia hehe bleh mama & abah bershopping dengan tenang.

Ini plak heritage.. sini pun naik gila plak ada 3 tingkat hadoi la.. sebelah Heritage bersambung dengan Shopping mall Cascade lak, di Cascade memang naik gila lagi sebab baju2 sangat cantik & style baru tapi harga agak mahal la tapi dia nyer brand memang best2. Sehelai dua leh la tangkap kat sini kalau banyak-banyak uhuk uhuk semput.

Kalau ada banyak masa jalan-jalan lah ke Factory Outlets yang lain di sekitarnya.

Sikit je citer pasal Jalan Riau tapi Factory Outlet dinyatakan di atas tu wajib pergi tau sebab sangat-sangat best!!

Toko Tiga

Toko Tiga adalah tempat untuk beli Jeans seperti Levi’s & Lee. Memang original & murah harga dalam Rp200-Rp500 (RM70 – 170) kat tingkat atas juga ada baju & Jeans tapi di tingkat bawah la best sebab Levi’s.

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Rumah Mode

Rumah mode kat Jalan Sukajadi. Rumah Mode adalah Factory Outlets yang paling besar di bandung, terbahagi siap ada kedai makan lagi kat situ & pintu masuk yang exclusive.

Sangat best kat sini sampai boleh habiskan 3-4jam jadi paling kurang spend la 3 jam untuk di Rumah Mode ok.. banyak gak brand seperti Factory Outlet yang lain tapi di sini banyak pilihan sepeti Guess, Top Shops, Forever 21, Victoria Secret dsb..

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Ade jugak cakap Brand besar seperti Versace, Dior, Channel & yang besar2 adalah tiruan hanya brand seperti DKNY, Adidas,MNG, Zara, Guess gitu je yang betul2 ori reject hurm.. tapi melalui pengalaman aku betul jugak kata-kata ni sebab ada gak aku jumpa T-shirt Gucci saiz XL pun kecil je dengan harga RP50K tak logik kan.. apa-apa pun Bandung memang best & bershopping la sampai pengsan hihi!

DSE Factory Outlet

Sini juga Factory Outlets yang best & murah tingkat 1 barang ladies & baby, tingkat 2 For Men & Tingkat 3 Tingkat Offer memang best jugak kat sini

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Bali Heaven Factory Outlet

Bali Heaven factory outlet juga salah satu factory Outlet yang stand Alone Cam Dse tapi best gak barang-barang di sini ada Jeans Guess yang best, T-shirt & baju-baju macam factory outlets yang lainnya. kelebihannya di sini juga terdapat kerja tangan orang Indonesia. tak sempat nak snap pic kat sini sebab Dhia buat perangai da…

Bali heaven ni terletak di jalan Pasteur kalau tak salah aku lah.

Tempat Shopping Di Bandung

Cibaduyut

Cibaduyut ni kawasan untuk mereka yang suka akan barangan kulit, kasut & beg. aku tak pun pergi kat sini sebab memang tak begitu berminat dengan barang kulit. Tapi mereka yang berminat dengan barang kulit silalah ke Cibaduyut ye..

 Cihampelas

Cihampelas atau Ci-walk aku tak begitu berminat just pergi je tak beli apa-apa pun sebab Jeansnya bukan original & ada juga yang ori tapi agak konfius & rasa cam masuk Hari-hari pun ada haha.. jadi kalau xcukup masa tu tak kesini pun tak apa.

Tapi menariknya kedai2 di sini memang cantik siap ade super heroes lagi.

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Tempat Shopping Di Bandung

Abah dhia beli gelang kat dhia last-last ilang camtu je haha.. ape da dhia ni

Banyak pulak cerita kalo tempat shopping ni.. ada lagi ni yang aku tak cerita penat pulak menaip dah berjela ni.. tapi ada lagi di Mall-Mall yang best seperti Paris Van Java, Bandung Super Mall, Bandung Electronic Centre, Bandung Indah Plaza. kalau ada masa terluang boleh lah gi melawat tempat2 cengitu untuk cari pengalaman tapi aku tengok harga lebih kurang aja dengan Malaysia ada yang lebih mahal pulak. macam kasut-kasut yang tak brand tepi2 tu pun diaorang jual Rp100-200 sedangkan kat Malaysia leh beli dengan RM10-20 je baju-baju pun sama.

Okeh nanti aku cerita tempat makan pulak di Bandung . Tempat Makan Di Bandung Memang best & murah, restoran hebat-hebat tapi harga biasa ja kalau nak di banding dengan Malaysia.. nanti aku cerita k.

44 Comments

  1. EJAN October 12, 2012
    • nabila October 22, 2012
  2. sizzling suzai October 15, 2012
    • nabila October 22, 2012
  3. diana October 21, 2012
    • nabila October 22, 2012
  4. Nura November 19, 2012
  5. Adila November 26, 2012
    • nabila November 26, 2012
  6. naimmah December 12, 2012
    • nabila December 12, 2012
  7. zaha December 19, 2012
    • nabila December 19, 2012
      • aina March 28, 2013
        • nabila March 28, 2013
    • tikah February 23, 2013
  8. razmeer December 28, 2012
  9. Don January 3, 2013
    • nabila January 8, 2013
  10. lysa January 13, 2013
    • nabila January 14, 2013
      • Sya March 12, 2013
        • nabila March 12, 2013
  11. effa January 14, 2013
    • nabila January 16, 2013
  12. adi dust February 2, 2013
  13. cikgu February 5, 2013
  14. Kita Holidays Travel&Tour March 11, 2013
  15. sherry October 25, 2013
    • nabila October 25, 2013
  16. nosya November 22, 2013
    • nabila November 23, 2013
    • Kirana November 19, 2014
  17. meyra December 28, 2013
  18. Nanie March 13, 2014
  19. ina November 5, 2014
  20. Kirana November 19, 2014
    • nabila November 20, 2014
    • mary tan January 18, 2015

Leave a Reply