Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan

Senarai Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan

Senarai Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan pada musim luruh & Musim Bunga…

Senarai Keperluan Untuk ke Korea

Seperti dijanjikan aku akan kongsi sengalanya tips-tips di Korea Selatan.. First entri aku nak cerita pasal senarai keperluan untuk bercuti ke Korea Selatan.. APa yang perlu apa yang tak perlu.. jangan memberatkan beg dengan item-item yang tak penting ok!! bawak benda yang penting je dah la nak beli luggage mahal giler… pastu kat sana nak mengangkut naik turun tangga lak huuu.. memang agak azab haha..

Okeh mengikut pengalaman aku di sana selama lebih kurang 10 hari & di 3 guest house.. inilah checklistnya.. for the info first guest house aku di Dongdaemun, Able Hostel, Pastu di Hanok Village, Haemil Guset House & last di Namsan Guest House Myeong Dong. dari 3 guset house ni inilah checklist cadangan aku untuk korang yang akan ke Korea..

 

Pakaian

Wajib bawak :

1-WInter Coat ( bawak 1 je.. beli kat bundle budget rm 10-rm20) – kat sna harga dlm rm30-rm60 je ok!!(kat dongdaemun/hongdae)

2-Kasut bertutup – tak kisah sama da boots or sport shoes.. iku korang lew.. (kat sana pun murah2 je kalau nk beli)

3-Stokin – bawak la klau byk pun xpe sebab tiap2 hari kena pakai stokin.. kalau xde beli je kat sana sebab memang melampau murah 1 rm 2-3 je

4-Legging – diaorang kat sana sumer pakai legging xpayah susah-susah bawak jeans yang berat tu.. save lagi luggage.. nak beli kat sana pun ok memang murah jew.. below RM10 ok!

 

Tak wajib :

1- Long John : memang tak perlu ok!! kalau rasa nak pakai long john + baju tanpa winter coat memang x support.. kena pakai winter coat gak.. jadi baik pakai winter coat je & baju kegemaran korang.

2-Sarung tangan : tak perlu.. klau nak bawak la 1 yang nipis nipis Tapi klau pegi time winter waib la bawak ye

3-Snow cap : tak perlu.. diaorang kat sana jarang pakai topi nanti nampak pelik lak haha

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan
Suasana di Korea Selatan

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan

 

Bahan Makan & Keperluan memasak

1- Minyak masak – wajib ni nk tumis2 & masak

2-Sardin – bleh wat roti sardin.. wat kuah lempeng dsb..

3-Telur ( kat sana telur sebijik rm 1) cara untuk bawak telur ialah balut dengan tisu & kertas pastu masuk dalam tupperware.. alhamdulillah semua telur ku selamat sampai ke guest house tanpa sebarang kerosakan hehe..

4-Serunding (sedap jugak makan serunding ngan nasik segera beli kat sana ngan kimchi & seaweed) nikmat tul rasanya hehe

5-Ikan bilis ( goreng panas2 ngan bawak & cili kering..bleh gak wat nasik goreng)

6-Bawang putih & bawang besar

7- Perencah nasik goreng/bihun goreng/mee bandung dsb.. ikut la menu korang

8- Megi haha menu paling senang

9-bihun/megi/tepung/spegeti – ikut la apa yang korang nk msk

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan
Bahan Makanan yang aku bawak untuk 3 org selama 10 hari.. all done hehe

 

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan
Bekalan pagi kitaorang

Tak perlu bawak

1-kuali – tak perlu k sebab selalunya guest house yang sediakan dapur mesti dah ada periuk belanga.. jadi check dengan guest dulu keperluan yang disediakan

2-Periuk nasik – tak perlu.. beli je nasik segera diaorg tu letak dlam microwave 2-3 minit sedia dimakan.. sedap lak tu harga 1 mangkuk 1300won= rm4

3-pisau,sudu,garfu, pingan – tak perlu gak.. guest house selalu dah sedia sumer ni

4-Pencuci pingan – tak perlu.. diarg yang sediakan

 

Toiletries

Wajib

1- Towel – guset house jarang sediakan towel, kalau ada pun kecik je jadi bawak k!

2- berus gigi – sesetengah ada yang sediakan .. ada jugak yang tak.. jadi baik bawak

3-keperluan peribadi cam pencuci muka dsb

 

Tak perlu bawak

1- Sabun mandi – diaorg selalu dah sediakan shower cream or sabun

2- Shampoo  – dah disediakan bnyk lak tu jadi xyah risau la conditioner ada yang di sedia, ada yang x jadi ikut korang la..

3-Sabun basuh – guest house yang ada mesin basuh selalu akan sedia sabunnya sekali.. huhu xyah risau dah

4-Ubat gigi – akan disediakan oleh guest house

5-hair dryer- disediakan oleh guest house

 

Transportation

Wajib pakai T-Money okey sebab kalau cash lagi mahal.. pakai T-money lagi murah.. sepanjang we all kat sana 10 hari kos T-Money ialah KRW 45,000 seorang bersamaan lebih kurang RM150 la termasuk airport transfers dan keseluruhan perjalanan yang mengunakan subway & bus. yang tak masuk just tiket KTX & subway di Busan.

Kos beli T-Money ialah KRW3000 & leh top-up  bermula KRW 5000 hingga KRW50,000. satu perjalanan kos lebih kurang krw900- krw2000. yang mahal sket airport transfer je krw4500 klau tak salah. memang jimat la menda ni. macam touch n go le lebih kurang. beli & top up kat mesin dia, tapi last guna nanti leh amik balik cash kat kedai serbanika di airport. klau nak beli barang pun leh guna gak menda ni

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan

Selain itu sangat digalakkan untuk download APP android/Iphone “Subway Navigation”. sepanjang aku kat sana memang aku pakai app ni memang sangat membantu untuk tahu nak transfer dekat mana dan masa perjalanan untuk ke sesuatu lokasi.
image

 

Tukaran Mata Wang

Boleh tukar di Malaysia separuh atau tukar disana juga.. risau gak kot diaorang tak terima tapi okey je siap rate yang lagi bagus dari Malaysia. First aku tukar kat Mid Valley dapat rate 3.1, pastu aku tanya di Dongdaemun 3.0. aku tak jadi tukar pastu aku gi Itaewon lak.. lagi la murah 2.8 je diaorg nak amik. pastu aku tukar di Honyen(Namdaemun) Underground Shopping Centre dapat 3.25.. huhu lebih tinggi dari malaysia ok. jadi kalau korang yang kehabisan won leh la gi tukar di situ sebab situ banyak tempat tukaran wang asing tanya la diaorg punya the best rate dlu k!!

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan

Keperluan Bercuti Ke Korea Selatan

 

okeh setakat ni dlu perkongsian aku.. nanti kalau da tambahan aku akan tambah.. selamat bercuti!!

 

Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

45

24 Comment threads
21 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
24 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
aima

jelesnye tgk fiza n friends….nk gi sgt2…huhu

aima

insyaallah…next year spring season(mybe during april)..aima n little sis akn visit korea…hope jd knyataan la…

excel842001

Byknye bwk mkanan… haha
T-money sy ade lagi 29500won…..
Huhuhu

aida

saya suka membaca pengalaman u ini tapi
bole tanya..?
katalah kita ni bukan la orang yang boros berbelanja …ikut keperluan saja atau biasa2 saja..
agak2 bape budget utk duit poket selama 10 mlm itu…?
kena bawak DSLR camera ke? tak bole pakai handphone utk amik pic ke ?

terimakasih kerana sudi menbalas saya.

fiza

nak tanya…jalan guna tourist or jalan sendiri. Dah biasa ke disana. Makanan halal susah nak dpt ke disana?

Kalau tempah guesthouse area maner yang mudah nak pegi jln2 n dekat dgn subway? klu stay kat itaewon mudah x? igt ak stay situ sebab bnyk tmpt mknan halal kan

kalau pegi musim luruh, perlu bawa ker winter coat semua?

Salam. Saya nk p bulan 6 nnt. Apabyg perlu di bawa time tu ya. Musim apa kt sana?

ayient

salam. kalau pegi sana perlu ke fasih berbahasa? ada kesukaran tak nk berinteraksi kt sana?

siti

salam,sy nk tnya klu g sn dlm bln 12 sesuai x?..rsnya tgh musim salji kn..

Nur86

kalau nak guna microwave kat sana tu kena mintak kebenaran dulu ke?
senang ke nak guna ade english manual ke?

Nor fatimah

Dear i nak gi korea 6/1/15-11/01/15 …lenjan jek x gune tour guide…communicate cmne ek kt sane…boleh ker beli brg n kurangkn hrge…

masitah

Salam…nak tnya boleh keep bawa beg besar dalam ktx atau keretapi? Tk

Farah

Hai sis ? Saya nak ke korea winter nanti ni . Ni nak tya , boleh tak suggest kan guest house yg baik ? Saya keliru nak pilih yang mana satu . Kalau boleh , suggest kan tempat sis pergi hari tu ? Hahaha . Dengan nak tya lg ni , em . Bole tak survive kat sana even tak master dlam korean language ? Okethanksss 🙂

PGL

dear nabila..insyaallah sy akan pegi diz coming 19th..bajet utk shopping rm1500 ckup tak…hehehhehe..risau aih..

yunus

agak2 lau gi sorang bahaya x??
lau sesat macam mane??
ade x kenalan kat sane yg boleh kenalkan kat sye??
language cm mne?? olau x reti bahase korea mcm mane

Ainis

Saya plan nak pegi April next year in shaa allah, mcm pakaian tue, nak kena bawak winter coat jugak ke? Atau sweater jer sudah cukup?

liza

sama lah saya akan pergi bulan 4/2016 juga…. 5 orang/.// harap dimudahkan..ni nga cek cuaca cos bawak mak takut sejuk sangat…..

assalamualaikum. sy nk tny. may nnt sy akn ke sana dgn ibu dan anak sy (1t 10b), dgn group trip. sy nk tny, perlu ke bw winter coat dan cuaca sana sejuk tak time tu. yg ke tower tu, jenuh tak nak naik tangga. maklumla, bw baby kan. agak2 suggested x bawa stroller dr malaysia?

ika

kalu pergi awal bln 2 cuacanya mcm mana ye…

ika

Sory saya nak pergi awal bln3..saya bercadang nk bawa periuk nasi n beras skali agak2 ok tak..dan cuaca mcm mana time tu ye..

Wan

Salam. Saya nk tya di korea tu awk guna hp mcm mana? Guna sim kad msia atau korea

umi shahirah

kalau ke sana with one do you prefer sendiri ke by agent?

Zul Amsyar

Hai sis…Sya nak ke korea 17-22 november ni..nak tny ,,ada tak kedai cenderahati yg best2 dan murah??area Changgyeonggung-ro, Jongno-gu…and Nak tny..ada francais shop tak area tu??ataupun market??Thank You sis ????????

Zul Amsyar

Bolh tak pkai yes 4g internet pocket wifi kat korea??just tny ????????

saya nk pegi awal disember ni…apa persediaan pakaian…nk tnye lg bole x bawa nasi impit segera yg dh d rebus…takut kastam sana x lepas..