Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak akan suka hehe.. dan fav aku gak tau! sedap weh!! serius x tipu!

Pau Goreng Cadbury

Okey nak buat kuih ape ye? Aku letak namanya Pau Goreng Cadbury.. tapi bukan betul-betul pau ok.. cuma nampak je cam pau.

Okeh bahan-bahan untuk buat Resepi Pau Goreng Cadbury ini ialah

1…. 2 bungkus roti paket besar

2…. 1 pek coklat Cadbury Dairy milk 165gm (pek besar)

Pau Goreng Cadbury

ye itu je… dan minyak untuk goreng hehe lupa lak..

baiklah cara-caranya untuk menghasilkan pau goreng Cadbury ni ialah…

Ohya jangan lupa sediakan gelas yang sesuai untuk bentuk pau kita tu k!

Cara-caranya…

1.Patahkan coklat Cadbury korang kepada macam pic kat bawah ni.. tapi aku sugest korang buat 2 ketul je cadbury tu untuk setiap biji sebab kalau letak 4 ketul macam aku letak ni cam over plak.. bila makan sampai comot comot abis baju aku. So ikut resepi ni korang pakai 2 ketul je tau! kalau nak pakai 4 ketul jugak, beli 1 pek besar roti je hokey!

kalau guna 2 ketul cadbury akan hasilkan 18 biji pau.. dan kalau pakai 4 ketul cadbury setiap biji korang leh hasilkan 9 biji pau je. Tapi seriosly aku sugest pakai 2 ketul je la. sama je rasa lagi pun utk elak coklat melimpah ruah bila makan k!.

Pau Goreng Cadbury

2. Langkah kedua ialah ambik 2 keping roti, 1 letak atas pingan yg ratakemudian letak cadbury dan lapiskan lagi 1 keping roti atasnya.

Pau Goreng Cadbury

3. Langkah ketiga sila rujuk pic bawah ni ye.. tekap cun2 jadi bulat dan makesure cadbury korang duduk tengah-tengah roti baik punya. Lepastukan tekan gelas dan pusing pusing sampai terpisah antara roti yg dlam gelas dan di luar gelas.

Pau Goreng Cadbury

Pau Goreng Cadbury

4.Seterusnya jangan goreng lagi tau.. kena simpan dlu dalam freezer dulu k! Ini supaya roti tu jadi keras sikit dan tak makan minyak bila kita goreng nanti. Letak dalam Tupperware dan simpan je dlm freezer (tempat beku tau!) bila nak makan baru goreng.

Pau Goreng Cadbury

5.Okey last sekali bila dah semalaman dalam freezer bolehlah keluarkan dan goreng.. cara nak goreng.. make sure minyak dah panas betul-betul & api kecil je. sebab pau ni goreng kejap je nak kasik effect garing je. balik balikkan kekuningan.

Hokey selamat makan!

Ps: makan panas2 tau.. jgn simpan sbb nanti dh x crunch almaklumlah roti je. Sebab tu lepas buat simpan dlm tupperware and letak tempat beku. Bila nk makan baru keluarkan n goreng. 😘

Pau Goreng Cadbury

Pau Goreng Cadbury

Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

  Subscribe  
Notify of