Resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai

Resepi Nasi Goreng Tom Yam ala Thai

Resepi Nasi Goreng Tom Yam ala Thai

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai

Meh hari ni kita masak nasi goreng tom yam ala thai… aku memang suka nasi goreng tom yam ni sebab pedas dan tak bosan bila makan hahaha… paling sesuai nak masak Nasik goreng tom yam adalah dengan mengunakan seafood berbanding ayam dan daging kerana kesedapannya akan lebih mengancam hihi

Okeh kita pergi kepada bahan-bahan untuk memasak resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai ni…

Bahan-Bahan :

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai

2 Cawan Beras Wangi Thai – masak nasi ( selalunya beras ni agak lembut jadi sukatan air selalunya sama banyak dengan beras)

7-8 ekor udang sederhana besar (suka ati nak letak banyak mana) – buang kulit

4 ekor sotong sederhana – potong bulat2

1/2 biji bawang besar atau 3-4 ulas bawang merah- potong nipis sesuka hati

2-4 biji cili padi – diketuk sikit (mengikut kesukaan)

4 ulas bawang putih- cincang halus

1-2 batang serai – potong kecil kalau suka kalau malas nak asingkan potong besar2 macam aku buat tu tapi kalau nak telan sekali potong kecik

2 helai daun limau purut (wajib ni nanti tak bau tom yam kalau tak letak ni)

Sayuran mengikut kesukaaan di sini aku guna carot & kubis

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar pes tom yam

sedikit minyak ikan thai , gula , garam & lada sulah

 

Cara-Cara Memasak Resepi Nasi Goreng Tom Yam ala Thai :

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai

-Tumis bawang.. masukkan cili & serai & kacau sebentar… kemudian masukkan sos tiram, cili , pes tom yam kacau kejap dalam kuali (tambah sedikit air jika perlu)

-Masukkan udang & sotong & kacau sampai udang & sotong masak..( tambah air supaya tak kering & hangit)

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai

-Bila sotong & Udang masak, masukkan sayuran & kemudian nasi

– kuat kan api sikit & gaul Nasi hingga sebati (selalu aku pakai 2 senduk senang nak gaul & tujuan kuatkan api supaya nasi kering sebab tadi ada kita tambah air ketika masa pes tadi).. tambah perasa & sos ikan

-kemudian perlahankan sedikit api & masukkan daun limau purut dan kacau-kacau lagi supaya Nasik masak dengan cantik dan sedikit kegaringan.

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Ala Thai

nak ala thai lagi tambah secubit daun sup+daun bawang & bawang goreng  dihiris halus ketika menghidang

dan.. siap!

 

 

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.