Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus

Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus

(Menu untuk 2-3 Orang)

Lama tak update web ni sibuk apa pun tak tau haha.. okey hari ni aku nak kongsi 2 resepi serentak sebab aku buat semalam dua-dua resepi ni sekali iaitu Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus . Tetiba pulak rasa nak makan nasi goreng sardin teringat masa muda-muda dulu buat masa camping pengakap je tu pun cikgu aku yang buatkan kita orang makan je haha.

Semalam aku pun buatlah Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus  cara aku sendiri. okey meh aku cerita Resepi Nasi Goreng Sardin dulu..

10

Bahan-bahan untuk menyediakan Nasi Goreng Sardin ialah…

Resepi Nasi Goreng Sardin

nasi ~ dari  2 cawan beras biasa (aku pakai 1 cawan beras herbaponi faiza)

1 tin sadin saiz sederhana Ayam Brand

2-3 biji bawang merah

2-3 biji bawang putih

separuh biji carot

sedikit kubis

2 biji telur

3 biji cili padi ~ di tumbuk (atau lebih ikut kesukaan boleh juga guna cili besar)

sedikit daun bawang

sedikit lada sulah

kicap cair dan garam sebagai perasa

Okey kita pergi kepada cara-caranya pulak k… cara cara menyediakan Resepi Nasi Goreng Sardin…

2016-11-16-00-13-43

1.Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga agak layu.

2.Masukkan sayur dan gaul layu jugak

3.Masukkan isi sardin yang di relaikan kasar, kemudian masukkan telur 4.masukkan nasi 5. dan barulah kacau bersama ~ kuatkan api sedikit dan kacau kacau kacau lagi kemudian tambah kicap cair dan garam serta lada sulah gaul-gaul sehingga agak garing nasi tersebut mengikut kesukaan korang

(kalau korang tak suka nasik yang garing boleh masak sardin dahulu baru masuk nasi dan telur)

6. akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api…. siaplah Nasi Goreng Sardin versi aku ni hehe…

Resepi Nasi Goreng Sardin

Baiklah, lepas tu untuk melengkapkan menu dinner aku, aku buat telur bungkus pulak…. Jom resepi seterusnya ialah Resepi Telur Bungkus

sebab tu dekat tajuk aku letak Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus.. hehe jom kita buat telur bungkus pulak!

Resepi Telur Bungkus

next… bahan bahan untuk menyediakan Resepi Telur Bungkus ialah…

Bahan-Bahan Kulit :

2 biji telur + secubit garam + secubit kunyit ~ pukul bersama

Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus

Bahan-Bahan inti :

sepotong dada ayam- di potong dadu

(boleh juga guna daging cincang atau ayam cincang)

sedikit cendawan butang

sedikit carot potong dadu

sedikit kubis potong kecil

(sayur-sayur ni ikut kegemaran boleh juga guna kacang panjang atau mix vege yang ada kacang pis,carot & corn tu sedap juga rasa manis-manis jagung)

2 biji bwang putih

2 biji bawang merah

sedikit daun bawang dan daun sup di potong kecil

1 sudu besar sos black pepper

2 sudu besar sos cili

sedikit lada sulah,garam dan gula

(berhati-hati letak garam takut ter masin, kalau korang guna sos tiram garam x perlu. tapi aku tak pakai sos tiram jadi aku letak garam sikit je ok)

Resepi Nasi Goreng Sardin dan Resepi Telur Bungkus

Baiklah kita ke cara-cara menyediakan Resepi Telur Bungkus

cara-cara:

Resepi Nasi Goreng sardin dan Resepi Telur Bungkus

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah.. (sebenarnya aku termasukkan sekali sayur haha tapi sepatutnya x payah lagi tau!)
  2. Masukkan ayam atau daging cincang dan gaul hingga ayam masak.
  3. Masukkan sayur dan cendawan
  4. Gaul-gaul hingga agak empuk sayur korang tu boleh kuatkan api sedikit untuk mengaringkan
  5. Masukkan Sos lada hitam dan sos cili dan jika suka boleh masukkan lada sulah ~ kalau belum masin leh masukkan garam dan secubit gula
  6. kacau-kacau hingga masak kemudian masukkan daun bawang dan daun sup & tutup api dan letak tepi kejap untuk proses buat kulit telur pulak

Cara-cara membuat kulit Resepi Telur Bungkus

Resepi Nasi Goreng sardin dan Resepi Telur Bungkus

1.Kacau dulu telur bersama sebut kunyit dan secubit garam menggunakan garfu, kemudian panaskan kuali dengan 1 sudu minyak di atas api sederhana

2.Bila kuali dan panas, masukkan telur dan angkat kuali dan putar-putarkan kuali agar telur rata dan nipis melekat pada kuali kemudian perlahankan api hingga telur masak.

3.Tutup api dan letakkan inti di tengah telur tersebut, guna sudip dan lipatkan kiri dan kanan telur seberti gambar no 4&5

5.tekan sedikit kulit telur tersebut seperti gambar no 5 untuk memudahkan lipatan seterusnya.

6.buat kaedah yang sama no 5 untuk lagi sebelah

7.Telangkupkan pingan di atas kuali dan dengan pantas telangkupkan kuali di atas pingan dan siap….

~boleh hias dengan sos dan mayo jika suka

Resepi Nasi Goreng sardin dan Resepi Telur Bungkus

Resepi Nasi Goreng sardin dan Resepi Telur Bungkus

Maka siaplah menu makan malam aku semalam… Nasi Goreng Sardin dan Telur Bungkus atau telur bungkus cendawan..

Resepi Nasi Goreng sardin dan Resepi Telur Bungkus

 

Leave a Reply