Resepi Nasi Goreng Cendawan

Resepi Nasi Goreng Cendawan

Menu untuk 2-3 orang

Resepi Nasi Goreng Cendawan dan Bilis

Minggu ni minggu nasi goreng.. semalam nasi goreng sardin hari ni kita buat Nasi Goreng Cendawan pulak.. Nasi Goreng Cendawan dan Bilis

ok tak nak cerita panjang kita terus kepada menu aku hari ini Resepi Nasi Goreng Cendawan. Nasi Goreng cendawan ni lebih sesuai kalau korang masak dengan ayam atau udang tapi sebab kat umah ade bilis dan nak ada cita rasa nasi goreng kampung jadi aku guna ikan bilis pada kali ni.. nanti aku kongsi guna ayam or udang plak …

Baiklah Bahan-Bahan untuk menyediakan Resepi Nasi Goreng Cendawan ialah…

2 cawan beras ~masak menjadikan lebih kurang 1 mangkuk penuh nasi

1 cawan ikan bilis ~ di goreng dan di tumbuk kasar

beberapa ekor ikan bilis ~cuci dan cam pur air dan lenyekkan jadi paste ikan bilis

1 mangkuk sederhana cendawan ~ dibasuh bersih & toskan kemudian di goreng (rujuk gambar)

2-3 biji telur (optional x letak pun xpe)

2 bii bawang merah – hiris nipis

2 biji bawang putih – cincang

2 biji cili merah atau beberapa biji cili padi ~ di potong halus atau di tumbuk

sedikit daun bawang dan daun sup (kalau suka)

kicap cair & garam & lada sulah & sos ikan jika suka

Resepi Nasi Goreng Cendawan

seterusnya cara-cara menyediakan Resepi Nasi Goreng Cendawan….. Cara-caranya ialah…

Resepi Nasi Goreng Cendawan

1.Panaskan minyak ~(saya guna minyak goreng ikan bilis dalam 3 sudu gitu..)

2.Tumis bawang merah, bawang putih dan cili

3.Masukkan paste ikan bilis, garam, lada sulah dan biarkan bahan-bahan tumis agak garing.

4.Masukkan Nasi, Cendawan yang telah di goreng dan ikan bilis yang telah di goreng dan di tumbuk dan gaul sebati

5.Kuatkan api dan terus mengaul sampai nasi bercampur gaul dengan sebati dan garing-garing~ saya suka guna 2 sudip masa ni sebab senang nak gaul masa api kuat kalau lambat takut hangit plak kan haha!

6.Tambah kicap cair dan sos ikan jika korang suka dan gaul lagi dan boleh lah rasa dah cukup rasa atau tak

7.Bila dah secukup rasa perlahankan sedikit api tolak nasi ke tepi seperti pic no7 tu bagi ada ruang bulatan di tengah kuali dan pecahkan telur di tengahnya

8.kemudian kacau kacau sikit telur tu kemudian gaulkan bersama nasi.. kuatkan kembali api dan kacau kacau sehingga masak dan nampak kengaringannya..

9.dan siap…

Resepi Nasi Goreng Cendawan Resepi Nasi Goreng Cendawan

Leave a Reply