Resepi Nasi Briyani Udang

Resepi Nasi Briyani Udang Daun Ketumbar Oleh Chef Kamarul

Resepi Nasi Briyani Udang Daun Ketumbar Oleh Chef Kamarul

29 Disember 2012 yang lalu aku ke Bengkel Aura Wanita 2012 bersama Aman Palestin dibawakan oleh RTM Perlis dalam bengkel tu kita orang di hidangkan dengan Demo Masakah Live oleh Chef Kamarul yang rancangan masakan kat Tv tu kalo tak salah rancangan Babas kot.. huhu (aku pun xpenah tengok)

Kita orang juga berpeluang  merarasa hasil masakan chef Kamarul, aku bagi 4 star la kat nasi briyani Udang Chef Kamarul ni sebab kewangian kurang memberangsangkan hihihi…

Okey disini aku nak kongsing Resepi Nasi Briyani Udang bersama beberapa keping pic yang aku sempat snap.

Resepi Nasi Briyani Udang

Cadangan hidangan : 10 Orang

Bahan Bahannya :

3 Cawan Beras Basmathi (basuh & toskan)

3 1/2 Cawan Air

1 Cawan Susu Cair

1 Sudu Besar Susu Pekat

8 Ekor Udang Besar (500gm)

50gm Rempah Briyani (jadikan pes)

2 Sudu Besar Minyak Sapi

4 Biji Bawang merah ( dihiris)

3cm halia (dihiris)

4 ulas Bawang Putih ( dihiris)

1 Sudu Besar Air Mawar

3-4 Ketul Rempah Kasar (campuran bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih)

1 Tin Kecil Puri Tomato

1 Tangkai Kecil Daun Ketumbar

1/2 Cawan Kacang Gajus

1/2 Cawan Kismis

Garam secukup rasa

Cara-Cara Resepi Nasi Briyani Udang :

Resepi Nasi Briyani Udang

1. Panaskan periuk & masukkan minyak sapi. Tumis bawang merah, halia, bawang putih dan rempah kasar hingga wangi.

2.Masukkan rempah briyani dan tumis seketika.

3.Kemudian tuangkan puri tomato dan kacau rata.

4. Masukkan udang, biar separuh masak, angkat dan ketepikan.

Resepi Nasi Briyani UdangResepi Nasi Briyani Udang

5. Masukkan beras dan kacau rata.

6.Tuangkan air, susu cair, susu pekat, dan garam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam periuk nasi bersama Udang dan biarkan sehingga nasi masak.

7. Taburkan daun ketumbar, kismis, kacang gajus, air mawar sebelum dihidang.

Resepi Nasi Briyani Udang

OK DONE… SELAMAT MENCUBA & KONGSIKAN HASIL KORANG ok.. (saya sendiri pun tak cuba lagi hihihi)

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.