Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup – Cara Buat Kuih Siput

Resepi Kuih Siput Rangup – Cara Buat Kuih Siput

Hari ni aku nak kongsi resepi tradisional plak.. aku memang suka wat kueh siput ni sejak sekolah dulu tapi yang bosanyanya buat resepi kuih siput adalah masa untuk menyiputnya lah memang makan masa… agak menguji kesabaran melainkan korang buat ramai ramai.

Barang-barang buat kuih siput plak korang bleh tengok je kat dapur barang-barangnya adalah basic masakan biasa di rumah tak payah beli macam-macam & kos yang murah je rasanya kos untuk resepi kuih siput mengunakan 1 kg tepung tu tak sampai RM10 kot.. Lau korang nak jimat bleh lah buat kuih siput pada musim perayaan nanti k.. Oh ya untuk 1 kg tepung ni bleh hasilkan lebih kurang  3 balang kecik or 2 balang besar.

Okey membebel plak panjang-panjang jom kita buat resepi kuih siput rangup ni..

Bahan-bahan untuk Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup

1 Kg Tepung Gandum

250g Majerin- di cairkan & sejukkan sebentar

3/4 Cawan udang kering (di cuci & goreng tanpa minyak)

1 Sudu Jintan Manis

1 Sudu Jintan Putih

4 Ulas Bawang Putih

1 biji telur

Santan 1/2 cawan ( aku pakai separuh kotak tu )

2 Sudu rempah kasri daging/ayam

2 Sudu serbuk cili

1 Sudu serbuk ketumbar (boleh jugak pakai yang biji tapi blend sekali dengan bahan kisar)

Air ( dibancuh bersama garam secukup rasa)

Beberapa Tangkai daun kari

 

Okey Cara Memasak Resepi Kuih Siput Rangup :

1. Blend udang+Jintan+bawang (blend tak halus sgt)

Resepi Kuih Siput Rangup

2. Ayak tepung ke dalam bekas, tapi simpan sikit dalam separuh secawan tepung untuk tambahan & untuk guna masa buat siput nanti.

3. Tambahkan rempah, serbuk cili & serbuk ketumbar & gaul sebati

Resepi Kuih Siput Rangup

4. Tambah bahan kisar & gaul lagi

Resepi Kuih Siput Rangup

5. Masukkan mentega & gaul lagi kemudian masukkan santan dan kemudian air yang telah di bancuhkan bersama garam.

Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup

6. Mulalah menguli sampai doh menjadi lembut  tambah air atau tepung jika perlu

Resepi Kuih Siput Rangup

7. Ok dah jadi cenginni jom lah menyiput lak… Ok ada caranya untuk buat kuih siput ni ye leh rujuk pic bawah ni.. caranya ialah ambil secubit kemudian letak pada acuan kuih siput ni & guna ibu jari & pusing secara bulatan (separuh bulatan). untuk melancarkan pembentukan, celup jari dalam tepung & tabor tepung pada acuan supaya ianya tak melekat & lancar.

Resepi Kuih Siput Rangup

Dulang pun perlu di taburkan tepung agar kuih siput tidak melekat dengan dulang & antara satu sama lain

aku makan masa dalam 2-3 jam jugak la nak buat ni sorang-sorang huhu …bosan giler nak abiskan sekilo tepung

Resepi Kuih Siput Rangup

8. Dah abis menyiput jom goreng plak lau ada yang melekat-lekat tu jangan risau masa dalam kuali nanti ia akan bercerai bila di kacau-kacau. Api plak jangan terlalu kuat eh sederhana je masak ler sampai garing tapi sebelum tu jangan lupa taburkan bersama daun kari & biarkan daun kari garing bersama kemudian sejukkan & leh lah di simpan bersama daun kari sekali.

Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup

 

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

1 Comment
nour amy syarmimi July 2, 2016
| |

serai x bubuh ka?