Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging : Step by Step Cara Membuat Karipap Pusing

Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging

Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging

Hari ni sempena bulan puasa ni aku nak kongsi resepi karipap pusing inti kari daging pulak inti karipap ni aku letak kentang & daging… aku tak suka keledek sebab tu selalu memang pakai 100% kentang, kalau yang suka keledek try campurkan keledek & kentang 50-50, ok jugak rasanya lagi variasi.

Okeh aku teruskan ke Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging yang aku nak kongsikan ni.. Resepi ni leh buat sehingga 30 biji karipap tapi bergantung kepada saiz juga .

 

Bahan-bahan bagi Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging : Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging 6-7 biji kentang di cuci & di potong dadu

RM 10 daging di rebus & di potong kecil

600-700gm tepung gandum

2.5 sudu besar penuh kari daging/ayam

Minyak dalam 1.5-2 cawan ( guna untuk adunan )

beberapa biji bawang putih

sedikit daun sup

garam & gula

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging :

Persediaan Awal :

1. First rebus daging dulu, daging ni ikut la kalau nak kurangkan atau nak tambah pun boleh ikut kesedapan korang la, bagi aku RM10 ni dah ok dah, dah leh gigit daging dalam setiap biji karipap dah hehe.. air rebusan jangan buang nanti nak guna masa menumis.

2. Sementara tunggu daging masak, kupas ubi kentang & potong dadu. Kemudian rebus kentang ni. setelah masak/empuk, toskan air.

3. Apabila daging pun epuk, toskan juga air tapi simpan air ni. Potong atau koyakkan daging kecil-kecil.

Cara Membuat Inti Karipap iaitu Inti Kari Daging :  

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, kemudian masukkan kari daging dan kacau pastu masukkan air rebusan daging tadi lebih kurang 1 cawan dah la.

2. Masukkan ketang & daging & kacau lagi sehingga sebati, last sekali baru masuk daun sup , kacau lagi & tutup api. kejap je masak inti ni sebab semua barang dah masak.

Inilah rupanya Inti Karipap Kari Daging ni

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

Cara membuat Kulit Karipap Pusing : Step By Step Cara Membuat Kulit Karipap Pusing :

Tak susah nak buat karipap pusing ni, cuma kena faham step by step cara untuk uli doh Karipap Pusing ni. Okeh kita start dengan penyediaan doh Karipap dulu. Doh Karipap Pusing ni kena buat dua jenis, satu dicampur dengan air garam dan satu lagi di campurkan dengan minyak panas atau mentega panas.

1. First bahagikan tepung kepada 2 bahagian tapi bahagian air garam kasik lebih sket. macam pic kat bawah ni, yang bekas besar tu aku campur air garam & yang dalam mangkuk tu aku campur minyak panas.

Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging

 

2. Masa untuk menguli tepung, kita mulakan dengan yg dalam mangkuk kat atas tu, yang ni aku letak minyak panas. Boleh jugak guna mentega panas caranya ialah panaskan minyak kemudian semasa masih panas curahkan pada tepung( bleh rujuk gambar kat bawah ni)

lepas tu kacau guna sudu, kang terbakar lak tangan korang, dah rasa cam ok tinggalkan sebentar agak-agak minyak dah tak panas sangat baru uli guna tangan agak-agak la kasi semua tepung terserap minyak jangan terlalu lebik, asal dia tak melekit & boleh dibentuk bulat2 , kalau keras sangat pun nanti pecah-pecah pulak. yang sedang-sedang ajer.. kalau terlebik tambah tepung dan kalau macam keras je tambah la minyak sikit. berikut adalah gambarnya..

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

 

3. Setelah siap yang adunan minyak ni, tinggalkan sebentar, kita uli yang perlu di campurkan dengan air garam lak. aku letak lebih kurang 1 sudu besar garam dalam gelas yang aku guna ni.

Bagi adunan air garam ni,  just campur air dan uli hingga lembut dan tak melekit, tapi jangan keras sangat nanti mudah pecah dan susah nak bentuk.Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

4.Langkah seterusnya ialah langkah yang paling penting dalam mengediakan Karipap Pusing ni, langkah ini yang akan menunjukkan macam mana untuk membezakan karipap biasa dan karipap pusing.

okeh kita terus ke acara membuat karipap pusing. sekarang kita dah selesai menyediakan 3 adunan iaitu tepung inti, tepung adunan minyak dan tepung adunan air.

tepung adunan minyak tadi di bentukan bulat-bulat lebih kurang besar duit 20 sen lama or buah melaka gitu. Kemudian balutkan dengan adunan air dan bentuk bulat-bulat macam gambar kat bawah ni :

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

aku berjaya menghasilkan 15 biji bulatan ni yang akan menjadikan 30 biji karipap pusing, sebiji ni akan di potong 2 ok mari kita lihat camana nak potong dua tu?

1. gelek satu kali kasi panjang ( rujuk gambar ke 2 kat bawah)

2.gulung (gambar 3&4)

3.gelek lagi sekali(gambar 5)

4.gulung lagi sekali (gambar 6)

5.kemudian potong dua tengah-tengah (gambar 7) dan jadilah 2 bahagian macam gambar last tu

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

lepas tu ambil 1 belah dan gelek pastu balik-balikkan dan gelek sehingga nipis ( jangan la terlampau nipis agak-agak la asal nanti goreng tak pecah) ha yang ni ingat bahagian yang berlapis-lapis tu bahagian luar, bahagian dalam tak lapis tau. bahagian luar tu la nanti akan menampakkan putaran-putaran lapisn antara adunan minyak dan adunan air.

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

baiklah masukkan inti pastu kepilkan kedua-dua belah dengan memicit sedikit dan mula lah memintal. Cara untuk pintal ni ialah mula-mula picit dengan jari telunjuk dan ibu jari (gambar 3) pastu naikkan dengan ibu jari dan anjak sikit pastu picit lagi hingga ke hujung. ( rujuk gambar kat bawah ni)

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

Okeh dah siap… ngam ngam je inti dan tepung ni.

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari dagingpastu dah leh goreng.. panaskan minyak hingga betul-betul panas kemudian goreng hingga kekuningan.

okeh apakah kelebihan karipap pusing berbanding karipap biasa? yes karipap pusing lebih rangup kerana ada lapisan-lapisan.. itu je… lain nya tak tau lak aku..

Resepi Karipap Pusing Step by step inti kari daging

 

Selamat mencuba, harap maaf kalau ada tersilap salah kasi info anyway sebarang soklan leh komen kat bawah k!!

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

4 Comment
Azie June 13, 2016
| |

Cuma nk kongsi, kulit karipap oil doh tu too oily, sama dg doh luar tu, terlalu lembik kurangkan air, inti pula jgn terlalu basah nti karipap tax cantik. Kena byk practice klim , just guna tepung biasa insyallah, dapat. PRATICE MAKES PERFRCT. Just to share..

sun June 3, 2016
| |

Resepi okey...ada rupa tpi x lengkp. x letk tpung ubi or jagung tkut kulit trbuka.

mashi December 15, 2014
| |

waaa...dah lama cari resepi ni.thanks for sharing. sangat bermanfaaat.