Resepi Diet Atkins – Menu Rendah Karbohidrat 7 hari diet

 

Dah setahun aku tinggal diet ni.. huhu berat aku dah naik sampai 62kg… huhu hari ni bertekad untuk memulakan diet aku kembali untuk mencapai berat idaman 52kg.. jadi aku mesti turunkan 10kg! Chaiyok chaiyok!

Sorry lah maybe aku akan hardcore sket dalam 2 minggu petama ni coz my target 30hb ni utk kenduri kawen my sis in law… aww akak pun nak cun gak k!

Okey insyallah aku akan kongsikan apa yang aku makan start hari ni k..

ni berat aku sebelum start nanti aku report after 7 days huhu harap2 ada perubahan.. 😀

Berat : 62kg
Chest : 90cm
Waist : 77cm
Hip : 100cm
Tarikh :11 Ogos 2014

Hari Pertama

Sarapan

4 gelas air (minum secara berterusan sikit dari jam 8pg -11pg)
1 biji telur rebus

Total carb : 0.6g dari telur

Makan tengah hari
4 gelas air lagik
1 biji telur rebus

Total carb : 0.6g dari telur

Ni ha my lunch.. xkuar opis pun rehat 🙂 maybe malam ni baru makan best2 sket huhu..

Makan Malam

image

image

2 gelas lamonade (no sugar ok)
2 gelas air kosong
2 piring Grill chicken salad

Total carb : 14g
+- 1g dari mayo
+- 4g dari tomato ( aku makan dlm 3/4 biji tomato)
+- 2g dari serbuk kari & cili
+- 4g dari 3/4 biji lemon ( minuman & hirisan dlm salad)
+- 3g dari 1/4 onion

Keseluruhan carb hari ni ialah : +- 16g ???? ( maksimum pengambilan sehari adalah 20g)
Total pengambilan air : 16 gelas = 3.8L

Resepi Grill Chicken Salad
Suku ekor ayam
Setengah sudu kecil cili serbuk/paprika
Setengah sudu kecil rempah kari
Secubit garam
Sedikit hp sos (letak xpe xletak pun xpe)
Sedikit kunyit ( guna utk basuh ayam)
1biji tomato
Suku biji bawang india

Cara untuk membuat resepi grill chicken salad ni ialah…

1. Pangang ayam guna grill pan atau letak dalam kuali dengan sedikit minyak & tutup api perlahan je tau paling pelahan yang boleh.. alihkan 2-3 kali supaya x rentung. Bakar lebih kurang 30-40 minit. Oh ya amik bahagian isi ye senang nk potong.. aku pakai bahagian dada pastu aku potong dua supaya jadi lebih nipis & cepat masak.

2. Potong bawang & tomato kecil kecil.. boleh tambah sayur sayur lain cam kubis.. salad.. brocoli… mengikut kesukaan. Tomato tidak digalakkan ambil dengan byk ketika induction atkin ni.

3. Bila ayam masak potong kecik2 & perahkan sepotong lemon pada ayam & gaul sebati.
4. Kemudian campokan sayur dalam ayam & ratakan campuran
5. Hidangkan bersama mayo or salad dressing… nak gaulkan smua skali siap2 pun boleh kalau nak makan segera. Kalau nak bawak bekal baik asingkan dulu ayam, sayur & mayo.

Ok bawah ni ada photo step by resepi grill chicken salad…

image

Hokey selamat hari pertama..

12 Ogos 2015

Hari ke dua diet atkin

Hari ni aku mulakan dengan segelas air lemon yg di biarkan dalam peti sejuk ( air detox)
Cara nak buat air detox ni senang je.. cuci lemon kemudian potong nipis masuk bekas letak aor & simpan dlm peti sejuk semalaman.. esok leh minum…. sebekas ni slalu aku minum untuk 2 hari. Dlm balang ni aku letak 2 bijik lemon.

Bleh jugak tambahkan hirisan timun, pudina & apple hijau & ada juga yg letak kayu manis.. tapi malas plak aku rasanya lemon ni pun dah sedap. Yang bestnya air ni x menjadikan aku sakit perut walau minum banyak. Air ni sesuai bangat time diet atkin ni sebab diet atkin ni akan menyebabkan korang sukar membuang.

image

Sarapan Pagi
3 gelas air
1 gelas vit c aku pakai jenis flavettes sugar free
1 biji telur rebus

Total carb : 0.6g dari telur

Makan Tengah Hari
6 gelas air
1 biji telur rebus

Total carb : 0.6g dri telur

Makan Malam
3 gelas lamonade
1 gelas air
2 ketul Ayam grill

Total carb
Bahan perap +- 1g
Tomato 1/2 bji +- 3g
Bawang besar 1/5 biji +- 3g
Lemon +- 4g

My hubby yg wat ayam grill ni .. jadi aku hadap jelah je hehe.. aku makan ayam ni ngan tomato & onion & mayo tpi xbyk la
image

Hokey jadi total carbo utk hari ni
12.2g
Total liter air : 3.3L

Hari ke tiga… 13 ogos 2015

Sarapan Pagi
1 botol air mineral besar (1.5L)
Tak makan huhu sebab ari ni ada jamuan kat mahkamah (pej seblah)

Tengah hari
1/2 L
Kuah laksa bersama telur & ulam
Ayam masak merah ( ayam je)
Rendang itik ( sikit je xtahan tgk cam best)
Salad kubis & carot + mayo makan bersama daging kambeng pangang… terbaiklah A+
image

image

Makan Malam
Sup daging – makan kat kedai
1 gelas air sejuk

Pastu gi shopping2 rasa cam teringin benda2 manis jadi aku beli cream cheese & gula equal caranya ialah campokan 1 pek kecil equal & 1 sudu besar cream cheese & gaulkan sebati… kalau nak keraskan sket masukn kejap dln peti ais tapi aku bantai terus je huhu…
image

image

Pastu aku telan lagi 2 gelas air

Manakala total carb hari ni agak tinggi malas plak aku nak kira huhu cam terlebih plak…
K la bye utk hari ni… moga esok diet aku berjalan dengan lebih baik ????q

14 Ogos 2015
Hari ke Empat

Sarapan Pagi

Air lemonade 1 gelas
Air kosong 1 gelas
Ayam goreng 1 ketul
Ikan bilis 1/cwn
Timun 5 potong

Pagi ni Ada Meeting diaorang buat Nasik lemak ayam & bilis jadi aku makan bilis & ayam jelah

image

Makan Tengah Hari

Air 1.5L ( 1 botol mineral besar)

Makan Tengah hari ni lagi dugaan ada jamuan 2 pejabat hari ni mahkamah syariah Kangar & Jabatan Bantuan Guaman (JBG) first kat mahkamah syariah kantoi makan sate 6 cucuk huhu pastu makan kuah laksa semangkuk.. ok lagi… pastu gi jbg plak kantoi besar besaran aku bantai plak 2 cup dadih coklat & 2 potong kek coklat 🙁 memang rosak dah diet aku… huhuhu.. sorry ye

Nextweek dah xde raya insyallah aku akan start diet secara serius esok & seterusnya huhu… tapi esok da kenduri plak hadoi… moga aku bertahan…

Makan Malam

4 Comments

  1. Nabila Fieza August 12, 2015
  2. JO December 16, 2015
  3. ummiserin February 26, 2016
  4. Norlela Binti Yusop January 24, 2017

Leave a Reply