Resepi Diet Atkins Fasa 1 atau Fasa Induction

Resepi Diet Atkins Fasa 1 atau Fasa Induction

Hari ni aku nak kongsi bebarapa resepi diet atkins khas untuk fasa 1 atau pun resepi diet atkin untuk fasa induction.
Ini adalah fasa ini yang paling penting dalam Diet Atkins.
Perkongsian ni juga kira aku buatkan buku resepi untuk diri sendiri dan keng Kawan K nanti aku akan update dari masa ke masa. šŸ˜€

Senarai Resepi Diet Atkins Fasa 1 atau Fasa Induction

(sila klik link Kat bawah ni untuk pergi ke pos mengenai menu tersebut k)

1. Resepi Pizza TelurĀ Atkins
2. Resepi Cheese Cake Atkins
3. Resepi Nuget Ayam AtkinsĀ – Recomended
4. Resepi Dumpling Atkins
5. Resepi Sup Ketam Atkins

6. Resepi Salad Ayam AtkinsĀ – Recomended

Meh kita cerita sedikit pasal fasa 1 diet atkin

Fasa satu Atkins adalah amat penting iaitu untuk membenarkan penyesuaian badan kita dengan cara diet ni. Dalam Diet Atkins ada 4 Fasa, Fasa 1, Fasa 2 , Fasa 3 dan Fasa 4.

Dalam Fasa satu ni kitaĀ akan buatĀ clean dietĀ  dalam 14 hari pertama iaitu makan makanan yang fresh bukan prosess food proses food tu contohnya mayonis, cheese, perasa-perasa, daging burger, sosej dsb.

Selepas 14 hari kita bolehlah kalau nak ambik prosses food tu tapi dalam had, xleh ambik byk sangat sebab kita masih dalam fasa 1 iaitu kita kena stay fasa ni sehingga dalam 10kg lagi nak capai berat idaman barulah boleh berpindah ke fasa 2 yang lebih fun n kepelbagaian makanan leh di ambil. Apa-apa pun fasa 1 ni kena kasik lepas dulu

Fasa 2 tu kita fikir nanti bila dah capai 10kg sebelum dapat berat yang korang targetkan tu.

k ini aku copy paste dari fbĀ group atkin Malaysia join situ best sebab ramai yang berkongsi macam-macam pasal diet ni.

k ni panduan diet atkins fasa 1

nak aku petik sebijik sebijik dari group tu n leh jadi panduan ni sangat bagus :

“Newbies asyik ty menu apa nk mkn…x fhm pinnedpost..xleh buka files..ada yg xnk buka n baca pon ada gak…okay la.. cth menu…sila baca, salin dan tampal kat peti ais msg2.. ni menu plg ringkas…

MENU FASA 1 INDUCTION CLEAN DIET 2MGU

1- TELUR AYAM / ITIK (2-4biji)
A) rebus
B) dadar
C) poached (pecah telur dlm air mendidih)
D) scramble (telur grg hancur)
E) sunny side up (telur mata kerbau)
F) kukus

2- AYAM /IKAN (2-4ketul)
A) goreng
B) panggang
C) grill
D) kukus
E) rebus

3- DAGING ( 1/2 – 1 pinggan)
A) goreng
B) panggang
C) gril
D) rebus
E) grill

4- udang @ ketam ( 1/4 – 1/2 pinggan)
(Spt di atas)

5- sayuran berdaun hijau (1-2 mangkuk)
A) sawi
B) kangkung
C) bayam hijau
D) bak choy
E) salad

6- brokoli / bunga kobis / cendawan tiram / celery (100g sehari)

CTH JENIS MASAKAN YG SELAMAT
(Jenis2 perencah yg bleh digunakan)

1- goreng / grill / panggang / golek

Perapan;
-kunyit
-garam
-lada [email protected] putih
-cili kering
-cili api

2- sup

Rencah;
-Sup bunjut
-Garam
-Lada hitam
-Rempah kasar
-udang kering
-ikan bilis (original)

3- sambal

Rencah;
– bawang (dihiris shj)
-halia (hiris)
-serai (ketuk)
-cili kering (original buat sdiri tnp cmpuran)
-asam keping
-belacan
-garam

4- gulai lemak cili api

Rencah;
-cili api
-bwg (hiris) @ x perlu bwg lgsg
-santan fresh @ santan kotak jenama KARA
-serai (ketuk)
-daun kunyit (koyak2 aje)
-garam

5- stir fry

Rencah;
-bwg (hiris)
-cili merah (hiris)
-cili api (bleh hiris @ tumbuk sb bleh mkn dgn jayanya)
-ikan bilis
-belacan
-udang kering

6- kari

Rencah;
-bwg (hiris)
-halia (hiris)
-serai (ketuk)
-rempah kari alagappas
– santan (fresh @ kotak jenis KARA)
– asam keping

7 – sambal belacan

Bahan;
-cili api
– belacan
– asam keping @ cuka

MENU SELAMAT LEVEL 10
(ni klu mkn kat luar or xde menu pilihan…)
– rendang
– grg berempah / celup tepung
– msak kicap
– msak merah
– gulai kurma

Nota : amek isi shj..kuah jgn amek…x perlu basuh kecuali iman x kuat..ye la kan..org jns iman x kuat ni..dia terasa je sket..lupa terus diet..abis dikautnye kuah2 tu smp ke kerak…

Ok…klu xnk pening2 kepala…mkn ni je…abis cite..makan 4-5x sehari atau setiap kali lapar..jgn skip2 mkn…jgn nk berlapar…dan jgn mkn 1 menu je tiap2 hr smp 2mgu….tolong mkn btul2…sayur jgn tinggal…

Air 1lit utk setiap 25kg berat bdn sdiri. So tlg kira… cth berat 100kg..bahagi dgn 25kg..dpt lah jumlah liter air yg perlu diminum per day.

Minum air kosong…x kira suhu bilik, suhu peti ais, ais, suam, panas… teh hijau slps 2mgu…

Utk kudap2an…

1- ikan bilis grg
2- ayam grg garing @ cekodok atkins
3- sawi @ bayam celup telur

Bertabahlah tuk 2mgu..semuanya utk diri sdiri..bukan utk org lain… semoga bermanfaat…

Tiada kejayaan tanpa perjuangan”

11 Comments

  1. ummiserin February 27, 2016
  2. Syera April 22, 2016
  3. Shaveena May 7, 2016
  4. pengat August 25, 2016
  5. Cik Seri October 20, 2016
  6. rosemawati October 27, 2016
  7. Qasturi November 22, 2016
  8. budakbarubelajar January 3, 2017
  9. Norlela Binti Yusop January 24, 2017
  10. Mohd Iejam March 26, 2017
  11. Sitikhadijah March 29, 2017

Leave a Reply