Resepi Butter Chicken

Resepi Butter Chicken

Resepi Butter Chicken

Resepi Butter Chicken

Selalu kita makan butter prawn.. tapi hari ni terasa nak makan butter chicken la plak.. nape eh fames pulak butter chicken sekarang ni.. terus rasa teringin nak masak haha..

Okey aku buat cara simple dan senang ikut bahan yang ada ja

sebenarnya ada banyak cara nak masak, ada yang suka berkuah ada yang suka jenis kering tapi yang aku buat ni jenis yang kering sebab nak letak cam sarang burung yang kat atas tu itu yang sedap sebenarnya.

 

Okeh bahan-bahan untuk memasak resepi Butter Chicken ialah

Butter : 1 ketul 250g jenis ikut suka haha

Ayam 2 belah dada (boneless)

Susu Cair 1 cawan

1 biji telur (di pukul guna garfu) (boleh guna telur masin jugak utk ala-ala Chinese style)

3 biji telur kuning sahaja (yang putih leh guna sapu muka buat masker huhu)

secawan tepung gandum untuk goreng ayam

daun kari 3-4 ranting

2-3 biji cili padi potong kecil

Minyak untuk goreng ayam

garam & gula

 

Haaa senang kan bahan-bahannya.. tak payah pening pening senang je sebenarnya!

 

Cara Masak Ayam Goreng

Resepi Butter Chicken

1.perap ayam dengan 1 sudu besar sebuk kari,gula, garam

2.celup telur dan tepung & goreng kekuningan

tapikan kalau korang jenis tak suka ayam salut tepung ni buat je cam aku ni bantai semua aku gaul perap ayam pastu goreng hahaha…

 

Cara Masak kuah Resepi Butter Chicken

Resepi Butter Chicken

panaskan 2 sudu butter pastu masak cili padi dan daun kari pastu  masukkan susu cair kacau kejap dan masuk ayam gaul2kan dan angkat dalam pingan

 

Cara Masak Telur Sarang untuk Hiasan atas Resepi Butter Chicken (sebenarnya yang ni yang paling best tau)

Resepi Butter Chicken

caranya ialah :

  1. sediakan telur kuning yg 3 biji tu kacau2 sikit
  2. Panaskan lebihan butter tadi (setelah ambik 2 sudu untuk masak ayam tadi selebihnya kita guna untuk ni) seeloknya masak dalam kuali atau periuk yang dalam supaya permukaan minyak jadi dalam sebab nanti kita nak telur tu jadi garing dan kena kacau laju-laju.
  3. Kacau butter tu jangan berenti sampai mendidih (betul-betul panas) kacau laju-laju secara pusingan – INI STEP PALING PENTING – angkat bekas telur tadi setinggi yang boleh dan tuang paling halus yang boleh jadi cam bertali gitu sambil kacau periuk laju-laju sampai habis telur tu di tuang , dlm periuk masih di kacau dan massukkan cili padi dan daun kari dan kacau sampai sampai kekuningan ( jangan sampai hangit lak ahah)
  4. tapis telur tu & biar seketika sampai minyak semua turun dan bolehlah di letakkan di atas pingan ayam tadi

sedap ni gaul-gaul dengan Nasik nyum nyum!!

  • siap … 😀

Resepi Butter Chicken

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

4 Comment
nurain March 3, 2016
| |

atkins boleh buat nie ker? heehehe

ummiserin February 26, 2016
| |

tida boleh bayang la part buat step terakhir tu,,,pusing laju2