Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger kecil je kan? sebab sebijik potong empat ni lagi kos efektif dalam rm50 gitu budget aku dan dapat 80 biji burger kecil.

Aku sediakan burger ni untuk jamuan akhir tahun di tadika Dhia.. Dhia sendiri yang request nak buat burger jadi aku usahakan lah jugak..

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi ni boleh je guna untuk burger biasa.. macam pic kat atas ni versi full hihi šŸ™‚

Okey terus kepada bahan-bahannya..

Bahan-bahan Untuk MenyediakanĀ Resepi Burger Ayam Cute ni…

Resepi Burger Ayam Cute

Daging Burger Ayam Giant atau Ramli (aku suka daging burger Giant sebab sedap dan murah berbanding jenama lain) ~ potong 4

Roti Burger ~ potong 4

Sos Cili

Sos Black Pepper

Mayonis

ButterĀ 

Cheese ~ potong 4

Iceberg Letuce ( yang ni wajib tau! tak de ni tak best burger korang)

Carrot & Kubis merah ~ optional

Lidi untuk cucuk burger korang supaya kekal bentuknya terutama sebab aku potong kecil jadi 4 memang kena cucuk dengan lidi

Minyak untuk goreng daging burger (lagi bagus grill,Ā tapi goreng cepat sikit- kalau bakar pakai butter ye! pastu tak perlu letak ape-ape dekat daging tau nanti hilang keaslian rasa plak macam ket kedai burger tu letak lada lah sos megi lah.. bagi aku x perlu sebab menghilangkan kesedapan daging burger je huhu tapi kalau korang suka boleh je guna…)

Baiklah.. kita ke cara-cara menyediakan Resepi Burger Ayam Cute

1.First sekali kita sediakan roti… letak butter sikit pada roti dan tekap pada pan dengan api perlahan.

2.Kalau korang banyak masa jangan masak lagi daging burger.. sediakan roti dan sayur – sayur dulu, lepas tu baru goreng/grill ini supaya bila letak cheese atas daging burger ia akan melt dekat daging tu.. hmmm yummy lagi huhu… tapi sebab aku buat banyak dan kesuntukan masa jadi aku masak je sekali jalan..

Resepi Burger Ayam Cute

3.Kemudian letak bahagian bawah roti kat atas pingan dan letak Ā iceberg lettuce, diikuti kubis dan carrot yang di potong halus dan di campurkan.. kemudian boleh letak lettuce yang di potong kecil jugaĀ lagi best.. Ā letak bahagian daun yang lembut kat bawah pastu kat atas letak yang bahagian keras dan crunchi dan di potong kecil bersama carot dan kubis merah. sebab aku kesuntukan masa pagi tadi x sempat nak potong lettuce lagi.. hmm šŸ™ ..

4.Kemudian picitkan mayonis

Resepi Burger Ayam Cute

5.Kemudian sediakan sos iaitu campurkan sos cili dan sos black pepper kemudian sapu pada daging 1 bahagian dan letak atas sayur yang telah di picitkan mayo tadi.

Resepi Burger Ayam Cute

6.Kemudian barulah letakkan cheese..

Resepi Burger Ayam Cute

7. Dan tutup dengan lagi satu bahagian roti yang telah di grill dan di sapu sedikit sos kemudian cucuk dengan lidi supaya bentuk burger tu kekal

Resepi Burger Ayam Cute

dan siap…

Resepi Burger Ayam Cute

maka siaplah 80 biji burger kecil dengan budget RM50 hehe…

 

 

 

Leave a Reply