RESEPI BUBUR ASYURA - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

RESEPI BUBUR ASYURA – Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

RESEPI BUBUR ASYURA – Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

 Hariasyura adalah pada 10 Muharram. Pada tarikh tersebut ramai yang bergotong royong membuat bubur asyura. Aku ni tak pandai sangat tentang sejarah-sejarah dan hukum agama ni tetapi setahu aku tidaklah wajib buat bubur asyura pada 10 muharram ini ada pendapat mengatakan ia hanyalah bidaa’h iaitu tiada dalil sah yang menyatakan ia patut di lakukan kebenarannya… tak tahu lah

Pada pendapat aku bubur asyura ni lebih sebagai adat je.

Pada tahun ini pejabat aku tidak ketingalan membuat bubur asyura. Oleh itu di sini aku ingin berkongsikan resepi bubur asyura dan cara membuat bubur asyura step by step.

Aku tak suka pun bubur asyura  ni bukan sedap sangat pun tapi mungkin ada yang suka bolehlah cuba.

Resepi Bubur Asyura yang aku nak kongsi ni untuk ramai orang. Kita orang berjaya mengisi 60 bungkusan bubur asyura.

Okey kita terus ke Resepi Bubur Asyura

Berikut adalah bahan-bahannya

Bahan Utama Resepi Bubur Asyura

5 Kilo Tepung Beras

7 Kilo Santan

7 Kilo Air ( sama banyak ngan santan)

2.5 Kilo Gula Putih

3 Kilo Gula Merah ( kalo taknak kaler agak coklat gelap kurangkan sikit)

1-2 Senduk Garam ( secukup rasa)

2 Gengam daun pandan

 

Bahan-bahan Ramuan Bubur Asyura

– Bahan bahan ini bergantung kepada koranglah nak letak apa selain dari yang aku nyatakan kat sini korang leh letak buah nangka, durian, kacang tanah dan lain-lain yang korang rasa nak letak.

– Kuantiti jugak ikut suka lah nak letak banyak mana dalam resepi ni kita orang letak lebih kurang 1 basin kecil (3 Liter).

berikut bahan-bahannya :

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Jagung

Pisang – di potong serong

Kacang Kuda – Rebus dan buang kulit

Kacang Tanah- Rebus

Ubi Keledek – potong dadu & rebus

Kacang Merah – (beli yang dlm tin je)

Kacang Hijau – direbus

Cara-Cara membuat Bubur Asyura Step by Step

 

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

1.Masukkan tepung beras ke dalam bekas tambah air sikit demi sikit (air bukan yang 7 kilo tu tapi dlm 1 jar je untuk larutkan tepung, air yang 7 kilo tu kita masuk dalam kawah nanti) . kacau sehingga larut tetapi jangan terlalu cair atau pekat (bancuhan adalah seperti penyediaan tepung goreng pisang-rujuk pic kat bawah ni)

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

2. Sementera itu panaskan kawah atau periuk & masukkan 7 kilo santan bersama 7 kilo air.

 Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Kacau santan hingga mendidih & sementara tu bolehlah menghiris jagung

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

setelah mendidih baru masukkan tepung

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

lepas tu kacau sehingga campuran santan & tepung tidak berketul barulah di masukkan pulak gula putih dan gula melaka yang dah di cairkan ( gula putih tak payah cairkan lah :D)

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

 

kemudian kacau hingga semua larut & sedikit pekat. Masukkan Garam dan Masukkan bahan-bahan ramuan resepi bubur asyura seperti dinyatakan di atas kecuali ubi keledek dan pisang sebab dua-dua bahan ni lembut jadi kena masuk last sekali setelah semua ni hampir masak.

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

 Kacau dan kacau sehingga bubur asyura ni jadi pekat & rasa kalau macam tak masak lagi tapi pekat sangat bolehlah tambah air sikit lagi & kacau lagi hingga hampir masak.

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Sementara tu leh la potong pisang korang sebab kalau potong awal-awal takut lebam

RESEPI BUBUR ASYURA - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

RESEPI BUBUR ASYURA - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Apabila telah pekat masukkan pisang & ubi keledek dan kacau lagi hingga masak. Nak tahu bubur asyura ni masak atau tak leh ceduk sikit & kalau ia tak melekat pada pingan atau sudip korang maknanya telah masak macam gambar kat bawah ni dia dah tak melekit kat cawan tu.

Resepi Bubur Asyura - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

 Kalau dah camni bolehlah sediakan bekas yang sesuai untuk di agihkan. tapi api kawah jangan padamkan nanti keras lak. sambil tengah kacau sambil tu la di ceduk ke dalam bekas. Lakukan sehingga habis baru padam api.

RESEPI BUBUR ASYURA - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

 RESEPI BUBUR ASYURA - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Inilah hasilnya Bubur Asyura kami…. 😀 masa yang diambil adalah dari jam 9.00pagi-11.00pagi – lebih kurang 2 jam je. Selesai sudah.

RESEPI BUBUR ASYURA - Cara Membuat Bubur Asyura Step by Step

Krew Bubur Asyura 2012 … muka aku xde…huuuuuuu x aci!

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

4 Comment
Orang Selatan December 10, 2016
| |

Ikut suka hati Banyak atau sedikit

Dinsmanmy Mydin October 6, 2016
| |

Ini bubur Asyura versi mana ni... Sebab tidak guna rempah pun... Hehe

Jannah April 20, 2014
| |

Salam, By the way, bubur asyura punya ingredients tu, santan dan air berapa ml(s) ??