Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

First ku nak ucapkan.. SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri to korang sumer coz today dah 2nd Day Raya, xde keja pagi ni aku nak kongsi satu resepi Biskut Raya @ Resepi Kuih Raya yang Sangat Senang!! ye tak caya? oh tambah lagi Kuih raya ni bukan kuih raya paling senang dan simple tapi paling sedap… bagi aku inilah Biskut Raya yang paling senang & sedap.. bukan saja masa Hari Raya malah kalau waktu-waktu biasa puan boleh try buat sebab ia senang dan tak menjemukan macam biskut raya yang lain.

Sebenarnya aku baru je dapat discover resepi ni sedangkan aku dan pernah order biskut Raya Jejari Roti Coklat ni telah aku rasa dari tahun lepas, budak-budak opis aku pun memang suka order kat sorang kawan kepada kawan kita orang ni, memang ramai yang order dan repeat order berkali-kali walau selepas raya. Tapi sangat pelik juga sebab takde nama biskut raya ni, jadi susah bebenar la aku nak cari resepi or what ever last last teka punya teka terpikir pulak aku nak celup kat air, sekali memang sebenarnya ia adalah sepotong roti yang dibakar rangup !!! yes finally aku telah mendapatkan resepi yang sangat berharga ni..

Jadi tak baiklah kalau aku simpan sorang-sorang jadi aku mahu berkongsi dengan korang semua terutama yang pemalas macam aku leh cuba sebab sangat simple & murah Resepi Biskut Jejari Roti Coklat ni. Ohya Nama Biskut Jejari Roti Coklat ni aku yang letak haha.. tak tahu la aku kalau ada nama sebenar bagi biskut ni.. jangan tersalah dengan biskut jejari coklat yer.. Biskut Jejari Roti Coklat ialah bukan Biskut Jejari Coklat dan tiada kena mengena langsung hihi  harap maaf la korang ye…

Wah panjang pulak intro ni, jom kita mulakan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat niiii

 

Bahan-Bahan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat ada 3 je tau!! diulangi hanya 3 bahan iaitu…

Biskut Jejari Roti Coklat

Dalam Resepi Biskut Jejari Roti Coklat yang aku buat ni aku telah mengunakan

1 pek besar roti High 5 ( sebenarnya aku telah cuba 3 jenis roti iaitu Gardenia,High 5 & yg x berjenama tapi dalam semua ni aku tgk paling crispy ialah High 5 Sure Value ni sebab strukturnya yang berongga-rongga yang cantik)

1 pek Nestum Original (pek yang harga RM3++)

500gm Coklat Masakan (aku beli Beryls ni 1kg, aku cuma guna separuh ja. sebenarnya beryls ni bukak coklat masakan haha tapi sedap)

 

okeh kita ke cara-cara menyediakan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat :

1. Gunakan Gunting, potong bahagian tepi2 roti pastu potong panjang2 pastu potong dua plak, dalam sekeping roti leh jadikan 7×2= 14. 14 biji ye korang! jadi 1 pek besar roti dlm 200 biji gak la leh dapat. aku kira kosnya dalam RM15 gitu ja

2. Bakar roti : roti yang di dipotong tu aturkan atas dulang cam nak buat kuih raya tapi rapat-rapat pun boleh bukan nak melekat. tapi jangan lapis banyak-banyak plak nanti dia tak sekata lak. ( aku dah try huhu nak cepat tapi last2 ada yang tak rangup)

bakar pd suhu 120 darjah c dlm 15 minit. tp cek dulu la dh btul2 roti tu jd rangup x dulu ye! jgn smpai itam lak kang! kuning2 gitu je nanti kaler roti tu. macam pic bawah ni roti yang telah dibakar

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

3. Ok bila dah abis semua roti dibakar leh la mula mencelup lak. First cairkan coklat masakan dengan cara double boiler iaitu masukkan coklat dalam mangkuk pastu letak dalam periuk berisi air & rebus sambil mengkacau coklat tu hingga cair.

4. Pastu leh la mencelup.

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

 

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

5. Pastu terus letak dalam mangkuk berisi nestum & golek golekkannya & siap lah

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

Inilah dia Resepi Biskut Jejari Roti Coklat… hehe… senang je kan

berikut ialah gambar ringkssan resepi ni..
Biskut Jejari Roti Coklat

64 Comments

  1. eqa September 18, 2013
    • nabila September 19, 2013
  2. eqa September 19, 2013
  3. rehka October 11, 2013
    • nabila October 11, 2013
  4. nurul November 26, 2013
  5. miasyakira April 16, 2014
  6. ira May 3, 2014
  7. ZATY May 18, 2014
  8. nabila May 26, 2014
  9. ila May 26, 2014
    • nabila May 27, 2014
  10. sue May 30, 2014
    • nabila May 30, 2014
      • shakirah June 2, 2014
      • Mily July 5, 2015
        • nabila July 6, 2015
  11. miera edora June 18, 2014
  12. S.Sharini July 4, 2014
  13. lola July 5, 2014
  14. mamamia July 7, 2014
  15. fadz July 15, 2014
  16. Acuan Biskut July 18, 2014
  17. rozie shah July 19, 2014
  18. aida July 19, 2014
    • nabila August 7, 2014
  19. shikin July 26, 2014
  20. nur October 4, 2014
  21. suraidah March 11, 2015
    • nabila April 5, 2015
    • march4me June 18, 2015
    • hajar July 4, 2015
  22. iefa May 11, 2015
  23. Bella May 14, 2015
  24. nurul_nuyue June 4, 2015
    • nabila June 22, 2015
  25. Umairah Zahra Chocolate June 14, 2015
  26. Suku bangsa sungai June 19, 2015
  27. Kak Dee July 3, 2015
  28. normaliza85amiz July 7, 2015
    • nabila July 7, 2015
  29. azura July 7, 2015
    • nabila July 8, 2015
  30. maimuna July 11, 2015
    • Nabila Fieza July 11, 2015
  31. maimuna July 11, 2015
    • Nabila Fieza July 11, 2015
      • mai July 12, 2015
  32. maimuna July 12, 2015
  33. keri July 13, 2015
  34. Yan July 13, 2015
    • Nabila Fieza July 15, 2015
  35. cikedib July 14, 2015
  36. Eida July 14, 2015
  37. Wawa July 14, 2015
  38. nuinui November 15, 2015
  39. Aboy January 8, 2016
  40. Nia June 26, 2016
  41. aisyah June 27, 2016
    • Nabila Fieza June 27, 2016
  42. Ix_fix December 8, 2016
    • Nabila Fieza December 13, 2016

Leave a Reply