Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah

Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah

Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah

Hidangan 2-3 Orang

Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah ni khas untuk korang yang lebih kurang aku gak.. aka pemalas nak masak susah-susah..

asal ade perencah je mesti buat huhu!..  hari ni aku buat bihun goreng pakai perencah adabi je tapi ada la tambahan sikit bahan-bahan.

Hasilnya yummy puas ati jugak la hehe.. tak caya.. boleh try tengok hehe!

Tanpa membuang masa jom aku kongsikan bahan-bahan untuk menyediakan Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah ni..

Bahan-Bahannya ialah…

1 belah dada ayam– buang isi dan potong dadu ~ boleh jugak guna daging atau udang

1 cawan taugeh

separuh bungkus bihun yang di rendam dalam air selama lebih kurang 2-3 jam atau kalau nak cepat rendam beberapa minit dalam air suam je haha (macam aku buat aku rendam dalam air suam coway dalam 10 gitu je kot huhu)

1 sudu besar cili boh atau cili giling (kalau nak pedas..  kalau tak nak x payah letak pun xpe sebab kita dah pakai perencah adabi)

4 biji bawang putih

sedikit daun bawang dan daun sup

2 batang fish cake

separuh peket kecil perencah bihun goreng adabi (boleh je habiskan satu peket tu kalau suka)

sedikit kicap cair dan garam sebagai perasa dan juga lada sulah

Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah

simple je kan.. tak payah sos tiram or sos dan sebagainya.. kalau korang ada sos tiram dan sos cili perencah adabi tu tak payah letak pun xpe tapi sebab umah aku xde jadi aku guna peket tu terus huhu

Okey Cara-cara untuk menyediakan bihun goreng ni ialah..

ohya sebelum aku start meh aku citer sikit sebenarnya aku suka bihun goreng yang garing. oleh itu cara aku masak ni adalah untuk menghasilkan bihun goreng yang garing dan bukanlah jenis yang basah-basah tu okey.. sesetengah suka jenis basah-basah kan…

Okey Cara-caranya ialah…

Macam banyak pulak nombor kat gambar cara-cara nak goreng bihun ni kan.. haha ntah lah camna jadi banyak ni 😛

Okey..

Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah

  1. gambar no 1 hingga no 3 : Pertama seperti gambar ber no 1 aku goreng ayam dengan 1 senduk minyak hingga ayam masak  sikit kemudian gorengkan bersama fish cake sekali hingga ke-dua dua item tu kegaringan dan kekuningan, kemudian angkat dan ketepikan seketika
  2. gambar no 4 hingga no 7 : Tumis cili hingga masak (guna minyak goreng ayam dan fish cake tadi ye!) kemudian masukkan bawang putih dan kacau-kacau (jangan sampai bawang hangit ye nanti pahit plak bihun korang) kemudian tuang secawan air, kemudian masukkan perencah bihun goreng adabi dan kacau kacau seketika.. masukkan garam dan lada sulah kemudian gaul sebati dan tambah air sikit lagi jika perlu untuk elak hangit dan kekeringan
  3. Gambar n0 8 : masukkan bihun yang telah dilembutkan berserta taugeh dan ayam dan fish cake yang telah di goreng  tadi.
  4. Gambar no 9 : gaulkan sebati semua barang dalam kuali tu menggunakan 2 batang sudip.. tambah kicap cau dan garam secukupnya dan rasa
  5. Bila bihun dan sebati dan cukup rasa.. kuatkan api kemudian gaul lagi hingga bihun kegaringan menggunakan 2 sudip
  6. Tutup api dan taburkan daun bawang dan daun sup untuk meningkatkan lagi aroma bihun korang.. dan bleh lah di hidang bersama telur gulung atau terus makan je huhuhu…

Resepi Bihun Goreng Senang dan Mudah

 

Leave a Reply