Resepi Ayam Rose

Resepi Ayam Rose oleh Chef Kamarul

Resepi Ayam Rose oleh Chef Kamarul

Ini Resepi ke dua Chef Kamarul pada Bengkel Aura Wanita 2012 Bersama Aman Palestin hari tu. Iaitu Resepi Ayam Rose Indera Kayangan nama yang diberikan Oleh Chef Kamarul.

Resepi ni aku bagi 5 star sebab sangat sedap, rempah & daun kari terasa pada ayam memang best & sesuai dimakan bersama Nasi Briyani untuk resepi Nasi Briyani leh rujuk di artikel ni Resepi Nasi Briyani Udang

Okey kita terus ke Resepi Ayam Rose

Cadangan Hidangan : 10 Orang

Resepi Ayam Rose

Hmmm.. nampak sedap kan… memang sedap pun highly recomended!!!

Bahan Bahan Resepi Ayam Rose :

1 ekor Ayam ( potong 12)

1 sudu besar Serbuk Kunyit

2 sudu besar Serbuk kari ayam

2 sudu besar Cili giling

4 batang Serai (diketuk)

5 biji Bawang Merah ( dikisar)

5 ulas Bawang Putih (dikisar)

3 cm Halia (dikisar)

1 tangkai kecil Daun Kari

2 sudu besar Sos Tomato

1 Sudu besar Sos Tiram

1 sudu besar Gula Kabung

2 sudu besar Kerisek

2 biji Tomato (belah 4)

Garam secukup rasa

Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan Hidangan Ayam Rose :

Resepi Ayam Rose

1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan.ketepikan.

2. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan serai.

3. Kemudian masukkan pula bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau.

Resepi Ayam Rose

4.Masukkan Cili giling diikuti dengan serbuk kari ayam. Kacau sebati dan biarkan rempah masak. Masukkan sedikit air jika perlu supaya rempah tidak hangit.

Resepi Ayam Rose

Resepi Ayam Rose

5. Selepas itu, masukkan sos tomato, sos tiram, kerisek dan gula kabung. Masak sehingga rata ( perlahankan sedikit api)

6.Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama tomato dan gaul rata dan biarkan kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam. & Siap

Resepi Ayam Rose

Inilah hasilnya… Resepi Ayam Rose 😀

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.