Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

Resepi Ayam Kukus Rendah Karbohidrat – Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat – Hari ke 7

Resepi Ayam Kukus Rendah Karbohidrat

Abis hari ni maka cukup lah seminggu aku mengamalkan Diet Atkin.. untuk tahu berapa berat aku korang tengok posting aku yang akan datang iaitu Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat – Hari ke 8

ok tak nak cerita panjang, kita terus ke menu aku…

SARAPAN

takde yang special, hanya 2 biji telur rebus & snack keju 2 slice

total carb : 1.4g carb

LUNCH

Hari ni makanan yang sangat sedap, hubby aku masak ayam steam

simple dan sedap, ayam tu penuh rasa tau..

Menu Diet Atkins Resepi Rendah KarbohidratBahan-Bahan:

1/4 biji tomato saiz kecil (takleh makan banyak coz tinggi carb) (3g carb)

3 biji bawang putih jangan buang kulit, just cuci je (letak je xyah makan k!)

2 inci bawang besar india

Brocolli & Cauliflower dlm 1 cawan (4g carb)

Bell Pepper 2-3 hiris (1gcarb)

sedikit perasa macam tumix ke sesedap rasa ke.. secubit je tau!

pastu garam sikit & black pepper seed

Cara:

sangat senang.. campur semua bahan termasuk ayam yang dah dilumur sedikit garam, black pepper & perasa. masuk dlm bekas yang tahan panas pastu letak dlam periuk kukus & kukus dalam 30minit-45minit dengan api sederhana.

**try la memang sedap sebab ayam tu memang tak rasa cam rebus huhu memang sedap la haha… semua rasa akan masuk pada ayam & akan ada kuah sikit nanti sebab dari sayur dan ayam yang bercampur. Kalau suka pedas letak la 1-2 biji cili api.

 

 

Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

1

1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Zack

macam sedap plak ayam tu. esk nak try