Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup Atau Resepi Ayam Pop Corn

Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup Atau Resepi Ayam Pop Corn


Hari ni cuti jadi kena buat breakfast utk Dhia.. dah lama tak buat pop corn chicken dhia favourite jadi hari ni aku try buat cara lain sikit. Ape yang lainnya? iaitu aku guna nestum untuk salut Ayam goreng tu. Selalunya pakai tepung gamdum + serbuk kari sikit tapi check dapur serbuk kari dah habis plak jadi aku try pakai nestum… hmmm lagi rangup lah.. Dhia pun suka 😍 

Aku tak de niat pun share tapi sebab menjadi jadi aku share la ye cuma xde ls pic step by step.. tapi jangan risau x susah pun sebenarnya..

Baiklah kita ke Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup Atau Resepi Ayam Pop Corn

Bahan bahan untuk menyedikan Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup atau Resepi Ayam Pop Corn ialah….

2 belah dada ayam – hiris keluar isi ayam dan potong dadu .. tulang dada tu pun jgn buang nnti kita salut tepung sekali n goreng 

3 ulas  bawang putih

1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus

Sedikit garam halus

1 cawan tepung gandum – tambah sedikit garam dan perasa sama dgn perasa yg diguna utk perap ayam

1 cawan nestle nestum original

2 biji telur – pecahkan dalam bekas ber asingan dan pukul guna garfu menjadikan 2 bekas telur la kan😊

Minyak untuk goreng

Sedikit perasa seperti serbuk kari atau serbuk perencah megi atau mamee monster atau jika suka pedah leh campo jugak serbuk cili- guna untuk perap ayam

Ok tu je barangnya.. mudah je selongkar dapur mesti ada

Okey cara cara untuk menyediakan Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup atau Resepi Ayam Pop Corn…


1. cuci isi ayam dan potong dadu.. tulang dada yg dah di keluarkan bahagian isi tu pun jangan buang kita buat sekali sedap tau jadi cam rangka ayam la.. lagi pun masih ada isi isi dekat tulang tu…

2.Perap ayam bersama bawang putih yang ditumbuk, serbuk lada hitam , garam dan serbuk perasa seperti serbuk kari(dlm 1 sudu kecil) atau perencah megi atau perencah tom yam atau boleh guna perasa mamee monster tu pun boleh.

3. sebut kena perap mesti ingat lama kan.. xde la kejap je.. dalam 15min pun boleh sementara korang nak sediakan telur dan tepung biarkan ayam tu je kejap.

4. Sementara tu, sediakan tepung dan nestum kemudian sediakan telur 2 bekas ber asingan.. ini bermakna korang akan ada 4 bekas kat depan korang okey susun ikut turutan…

Mula mula mangkuk telur diikuti mangkuk tepung , kemudian mangkuk telur dan mangkuk nestum.

5. celup ayam dlm telur pertama kemudian golek di dalam tepung kemudiab celup lagi sekali dalam telur dan golek di atas nestum. boleh letak dulu dlm pingan sehingga siap baru di goreng atau terus je goreng lepas celup nestum..

6. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng kekuningan dan angkat ke atas kertas atau tisu supaya minyak lebihan di serap…  makan panas panas bersama sos , mayo or dip cheese… 😊

kelemahan resepi ni ilah bila sejuk dah tak garing… 🙁 jadi hanya sesuai makan panas-panas hokey.. selamat mencuba resepi yang sihat ni hehe 😛

Leave a Reply