Pakaian Musim Luruh ke Korea Selatan
Hari ni aku nak kongsi persiapan aku untuk ke Korea Selatan or Seoul pada penghujung Oktober ini… insyallah aku akan ke sana selama 11hari 10 malam…. eeee.. xsabarnya tinggal sebulan lebih je lagi aku nak leh merasa musim luruh di Korea.
Anyway banyak gak persediaan yang aku buat untuk menghadapi musim luruh di Korea nanti. Pakaian musim luruh di Korea Selatan yang sesuai adalah …
First aku ingat kalau bawak Winter coat pun dah cukup tapi setelah beberapa reseach yang aku buat didapati musim luruh di Korea adalah dalam lingkungan 9-19 darjah celsius tetapi pada malam hari leh cecah hingga 5 darjah celcius. Tambahan pula apabila menghampiri musim sejuk nanti dalam bulan 11 nanti lagi lah sejuk… Menurut pelajar kat sana cakap kesejukakan akan bermula dari pertengahan oktober seterusnya (peak season) sebab dalam hujung bulan 11 mula lah musim sejuk.. jadi be prepare….
Baiklah kita lihat barang barang yang aku dah beli…
1) Long John – Long John adalah wajib kalau pakai ni tak lah perlu pakai berlapisan baju lagi.. aku pilih yang tahan hingga -ve darjah celcius sebab nanti klau ada rezeki nak kemana-mana pula musim sejuk tak payah beli lagi.. jenis aku beli ni memang sesuai untuk musim luruh dan musim sejuk. Kalau dah pakai Long John ni tak pakai winter coat pun takpe dah kalau waktu siang, baju plak tak perlu yang tebal sangat dah..
Meterial yang aku beli ni ialah jenis cashmere ada juga yang jenis wool. yg i aku beli kat Rofina, kena lak time aku pegi tu tgh promosi, klau beli item over rm200 ada les rm50. Jadi aku dapat Long Jonh ni dengan harga RM154 sahaja walau harga asalnya RM179.
2. Benda ke dua ialah Winter Coat.. sebab aku beli Long John hanya 1 helai jadi hari yang aku tak pakai, hanya berserah pada winter coat je la untuk mengekalkan kepanasan.. hehe.. tengok la kalau ada budget lebih ingt nk beli gak long john yang murah satu lagi buat backup. Winter Coat lak aku beli kat sini..Nieta Winter Sonata dengan harga RM150. ada juga yang harga lebih murah kat lelong.com tapi tak berkenan lak.
satu lagi member aku kasik.. dia pegi last year ada dia hadiahkan aku 1 jaket.
3) ke 3 plak aku beli boots… budget first dlm RM60 je sebab survey2 dalam harga tu dah ok tapi bila gi shopping terbekenan yang harga RM120 lak.. hadoi over budget lak.. tapi sebenarnya aku lebih berkenan yang jenama Aldo.. memang cun abis la.. RM260 tapi xbeli pun la..mimpi ja la
inilah rupanya boot aku.. yang penting masa try ia sangat selesa dan tak berat.. that all.. sebab kat sana kena jalan banyak sebab tu aku tak beli online walau online lebih murah.
4.) seterusnya aku beli Sarung Tangan & Stokin
Sarung tangan aku pilih yang ada touch screen.. means nanti tak payah bukk sarung tangan leh touch screen tablet aku.. yes ini sangat peting!
aku beli kat Winter Time dengan harga RM38 tapi jumpa kat Rofina jenama Cosas United lagi comel dengan hanya RM29. jadi aku beli 2 walau pun plan nak beli 1 je…
Stokin lak sebab Rofina ada Sales sempena merdeka, beli 1 RM25, 2 RM39 jadi aku rembatlah 2 jugak…
5) Aku beli gak snow cap.. saje je yang ni.. nanti tak payah pakai tudung pakai ni ngan scaf/mafla je.. style sket hahaha.. kasik demo posing sket.. huhuhu dasar gila glemer…
6) last sekali aku beli beg yang leh compresskan udara tu untuk kecilkan saiz winter coat aku & anak buah aku sebab bekas tu leh muat 3 winter coat.
that ALL…lain-lain aku akan pakai apa yang ada je cam legging & blouse/t-shirt sebab dah ada long john dah tak risau dah.. hehe 😀
***WAJIB BACA INFO KAT BAWAH NI k!!
Kat atas ni ialah persediaan aku sebelum ke korea.. now aku dah balik dari korea & ada sedikit perubahan k… ini untuk musim luruh ye.. mengikut pengalaman aku di Korea Selatan selama 11 hari 10 malam ( 28 oktober – 7 november 2013) suhu antara 3 darjah celcius hingga 17 darjah celcius. waktu pagi selalu antara 5 darjah celcius pastu tengah hari dlam belas2… malam memang sejuk giler siap kuar asap dari mulut… anyway ini sugestion aku untuk korang yang akan ke Korea pada musim luruh…
1. Long John… xperlu!! jangan bazir duit beli long john untuk musim luruh ke Korea.. maybe musim sejuk akan berguna kot
2. Winter Coat : Yes!! Wajib!! wajib bawak 1 je.. xpayah lebih buat berat beg nanti pastu beli yang bundle dah cukup.. beli kat bundle harga dalam rm10 je. kalau yang macam aku beli ni dah rm150, klau yang jenama rm400-500 . jadi cadangan aku beli je kat bundle.. pastu kat sana baru beli lagi 1 or 2 sebab harga kat sana dalam rm30-60 je!!! kat sana lagi macam2 fesyen santek santek…
3. Boots.. kasut ber tutup memang wajib & stokin lebih sket sebab banyak berjalan tapi teserahlah nak jenis apa.. kalau kasut sport lagi seseuai sebab lebih selesa cuma agak kurang bergaya la.. diaorang kat sana pun bayak yang pakai kasut sport berbading boots. stokin bawak la lebih sket dalam 3-4 helai untuk mengelak kaki busuk dah asyik tertutup je hehe.. tapi stokin kat sana sangat murah k… 1 rm3 camtu je.. comel2 lagik
4. Stokin adalah wajib tapi sarung tangan sangat tidak wajib!! kalau nak spare bawak je 1 yang nipis2 dah kot tak tahan. diaorang kat sana pun x pakai sangat sarung tangan. jadi kalau xnak bawak pun boleh
5. Snow Cap or topi.. tak perlu!! musim luruh xpayah bawak topi-topi la… diaorag kat sana xpakai topi pun.. mafla pun klau rasa nak bawak je 1 kalau xnak pun xpe, beli kat sana pun boleh… ini terserah… nak bawak boleh.. tak bawak pun boleh…
6. Vacum Bag.. tak perlu sngat tapi ikut suka la…
ha itu lah…. pandangan aku sebelum & selepas.. teuk dada tanya selera hehe…
sis, kat mane you beli boots tu ye… i tgh cari winter boots, budget dalam rm100 ke bawah la kalau boleh..tp susahnya nak cari..suggestion please…?
Yg sy beli tu boots biasa ja bukan winter boot, sbb sy pegi musim luruh jdi xpayah pkai winter boot, winter boots tapak dia lain sket, kat kedai jual brg2 winter mmg ada cam winter time, universal traveler, cosas united & rofina
oooh…macam tu…ok2.
thanks a lot… 🙂
assalamualaikum dear…nak tanya..beli vacuum bag tu kat mana ye?
Yg sy beli tu kat winter time.. tapi kat daiso japan pun ada, lagi murah
Salam,
Nak tanya pasal vacum bag tu kan..Nanti kat korea nak pack balik malaysia macamana ye?
kena pakai vacuum jugak ke macamana? mana nak cari vacuum kat sana kan.
saya selalu tertanya2 soalan ni..tapi belum dapat jawapan lagi
thanks ye 🙂
Hahaha tahu xpe… sy pun terfikir msa nk beli ritu time balik jenuh nk cari vacum kan… hihihi nasib la klau leh pinjam yg guesthouse punya, klo x jawabnya xde la hahaha sebab nk compress memang kn pkai vacum
leh tau tak..
kesesuatu lokasi nak kene pergi station mana, exit mana.. naik apa?
Smua tu da kat page visit korea, pastu kat sana naik subway je, cuma masa awal2 tu kena fahamkan rangkaian subway tu. Klau nk senang install app kat hset search korea subway @ google play pastu pilih `subway navigation’ yg ni offline, klau xde internet pun leh guna. Mmg sgt mbantu sy kat sna ari tu. Cuma mesti tahu tempat yg nk pegi tu turun line brapa & exit pintu mana yg tu leh cari kat page visit korea.. confirm x sesat
thanks , info yang sangat membantu , tak banyak blog yang review pakaian yang perlu, sangat blurr , thanks sis 😀
Autumn 2014, insyaallah thn ni sy pergi. sy pula dh mula survey n beli sket2 pakaian di Uniqlo & H&M sbb mereka tengah habiskan stock musim winter. so pd sy mane yg murah & ikot kesesuaian sy akan beli. Cuma boots saje belum lg tp rasenye sy pakai knee hingh sneakers aje kot.
Thanks..tengah cari info untuk pegi korea autumn nie. nasib ada terang pasal pakaian, x der la saya beli apa2 yg x penting nnt hihi
Superb…dgn tips ni mmang berguna jimat preparedration sya…I see u auntum in November 2014…hihihi
Yeke?sy 27 oct-7 nov 2014,.jumpe kat sana,.hehe
Salam sis,boleh tahu tak kat korea awk shopping kat mana yg murah2 tu? Untuk winter coat stokin semua tu?
stokin tu merata-rata diaorg jual tepi-tepi jslsn je kat area dongdaemun, myeongdong,area shopping kat ewha women university pun banyak jugak. yang winter coat tu kat dalam shopping2 mall kat Dongdaemun banyak n cantik2, kat underground shopping myeongdong pun banyak jugak. underground shopping myeongdong tu kat lorong subway station kat kedai2 kat myeongdong pun banyak.. huhu
Woahhh… serious la winter coat kt korea hanya bermula dr rm30.. wow! Convert to RM jd rm30??!!!
yup btol la lebih kurang tu je sana pakaian winter mmg murah2
Salam sis..kalau pergi dalam 6nov ke 15nov tu kire still masih musim luruh kan..so ikot panduan sis tu je la kan..
yup last year still musim luruh tapi maybe dh nk penghujung kot
Sis boleh bgi nama mana bundle utk i cari set utk winter ni.
salam. tq for ur info 🙂 insyaallah xd apa2 aral melintang saya nak ke korea mid october ni. time tu autumn juga kalau x silap. boleh kasik link mana2 bundle jual winter coat x
Bagus info ni. Preparation nak ke Korea jadi lebih mudah.
🙂
Salam sis… Nak tnya… Sya insyaallah akan pigi sna dlm 24- 30 nov… Rasanya… Perlu ke tak sya bli long john tu…? Dan.. Apa pkaian yg sesuai ek?
thanks info 🙂