Tips Untuk Ke Namsan Tower Seoul Korea

Tips Untuk ke Namsan Tower atau Seoul Tower dan Teddy Bear Museum

Tips Untuk ke Namsan Tower atau Seoul Tower dan juga ke Teddy Bear Museum. Ini merupakan artikel ke 3 untuk hari ke 3 aku di Korea korang leh rujuk 2 artikel aku sebelum ni untuk tgk aktiviti aku untuk hari ke 3 aku di Korea ni aku dari pagi aku ke Gyeongbokgung palace–> National Folk Museum Korea–> Changdeokgung palace & Secret Garden—> Namsan Tower & Teddy Bear Museum Seoul.

Tips Untuk Ke Namsan Tower Seoul Korea
Namsan Tower Seoul Korea

Okeh artikel 3.3 ni aku akan citer lebih lajut mengenai cara untuk ke Namsan Tower atau dikenali juga sebagai Seoul Tower. Tips Untuk ke Namsan Tower.

Kalau korang menaiki Subway, silalah naik Subway line 4 dan stop kat Myeongdong Station pastu keluar ikut Exit 3.

Lepas naik tangga exit tu ke arah kiri kat depan tu ada 7-e dan depan sikit ade Pacific Hotel.

Jalan ke simpang kiri sebelah Pasific Hotel tu terus je jalan sampai macam selekoh ke kiri nampak ada signboard n tangga di seblah kanan jalan, lintas jalan dan naik tangga tu hingga atas dan ke kanan terus lagi jalan sampai la korang akan nampak bangunan untuk naik Cable Car seblah kanan, kat situ banyak keta parking & taxi.

 

 

Tips Untuk Ke Namsan TowerTips Untuk Ke Namsan Tower

Pastu pergi ke bangunan tu & beli tiket untuk naik Cable Car ke Namsan Tower. Beli tiket pergi balik harga 6,300 won seorang.

Memang agak jauh menapak ni dah tu naik tangga n berbukit sket memang penat… aku ingatkan lepas dah naik Cable car tu dah sampai la kat Namsan Tower tu tapi rupanya kena jalan lagi sikit.. nak ke tempat kunci kunci tu pun kena naik tangga lagi.. aiyooo dah la seharian jelan kat palace tadi sambung panjat bukit pulak memang rasa nak pengsan dah kitaorg time ni…

Orang memang ramai kat tempat kunci tu nak bergambar kat kerusi cinta tu pun berjam tunggu bosan betul la ramai orang couple couple lagi tgh bercinta hhaha dah tu yang gi cari kunci lama diaorg lagi.. macam macam la mood memang kureng dah masa ni sebab we all terlalu letih…

Tips Untuk Ke Namsan TowerTips Untuk Ke Namsan Tower

lepas posing posing dan menikmati permandangan kat tempat kunci kunci di Namsan Tower tu we all turun ke dalam banggunan untuk ke Teddy Bear Museum Seoul, Korea.

Namsan Tower Teddy Bear Museum Seoul

Tiket 15,000 won seorang boleh lah meredakan keletihan dalam tu santai-santai jejalan tgk teddy bear pelbagai ragam.. diaorang buat cerita dengan Teddy Bear tu dari zaman dahulu Korea kemudian zaman jajahan dan selepas jajahan dan kemudian pembangunan bandar bandar besar di Seoul cam Myeongdong, Dongdaemun dan sebagainya.. memang unik dan menarik. Pastu ada sambungan plak kat Teddy Bear Museum 2 , guna tiket yang sama.. enjoy jugak la sambil tgk sejarah Korea melalui karektor Teddy Bear di Teddy bear Museum Namsan Tower Seoul Tower ni.

Tips Untuk Ke Namsan Tower

Namsan Tower Teddy Bear Museum Seoul

Namsan Tower Teddy Bear Museum Seoul

Keluar dari Teddy Bear Museum di Namsan Tower ni mula la mengigil kat luar sebab sangat sejuk masa tu dalam jam 9 malam gitu.. dah tu sempat lagi beli aiskrim hahaha nikmat woo makan aiskrim di kala suhu 5 darjah celcius hahaha.. sambil makan ais krim sambil we all menapak meninggalkan Namsan Tower Seoul Tower ni… Fuh memang penat.. x sabar nak balik bilik..

Tips Untuk Ke Namsan Tower

Maka tamatlah hari ke 3 we all di Korea.. Esok we all akan ke Nami Island pulak.. hoyehh.. mesti simpan tenaga untuk menapak lagi!!!

Okey kita jumpa lak esok untuk cerita pasal Nami Island dan Petit France

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.