Feri ke Pulau Pinang

Naik Feri ke Pulau Pinang

Feri ke Pulau Pinang

Feri ke Pulau Pinang

Ha entri kali ni lain sikit.. sku nak cerita spesifik kepada tatacara menaiki feri ke pulau pinang.

Mesti ramai diantara korang yang tidak pernah menaiki feri ke Pulau Pinang. Selalunya kita hanya menaiki jambatan Pulau Pinang sebab higway PLUS menghubungkan terus ke Jambatan Pulau Pinang.

Tahukah korang naik feri pun boleh kalau nak ke Pulau Pinang best jugak naik feri ni sekali sekala cuma tak tahannya sebeb nak kena tunggu agak panjang ketika sedang menunggu feri menyebabkan lebih ramai yang gemar menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

Kos tambangnya sama ja kalau menggunakan Feri atau Jambatan.

Minggu lepas, aku ke USM dengan menaiki bas, dah lama tak travel camni best jugak rasanya jadi tanpa merugikan pengalaman aku telah mengambil beberapa gambar di lokasi feri ke pulau pinang dan aku nak cerita lah sikit-sikit pasal feri pulau pinang ni.

Bagi yang menaiki kereta atau motorsikal cara untuk anda nak naik feri ke pulau pinang ialah dari highway tu follow ke Butterworth bila telah keluar je ikut signboard ke Ferry. Bagi yang menaiki bas turun je bas memang ada laluan untuk ke Feri Pulau Pinang sikit je jalan kaki.

Feri ke Pulau Pinang

Tipsnya kalau bercadang nak naik feri jangan lah datang masa orang balik kerja. pilihlah masa yang sesuai untuk mengelakkan Q yang terlalu lama.

Yang jalan kaki xde masalah.

Kenderaan hanya untuk motorsikal dan kereta je tau! harganya sama ja dengan tol di Jambatan Pulau Pinang. Yang berjalan kaki pun kena juga tambangnya RM 1.20.

Harga jalan kaki ialah seorang RM1.20..sediakan duit syiling kalau tak leh tukar kat kaunter jangan risau!

Feri ke Pulau Pinang

 

 

lepas tu masuk ke tempat menunggu.

Feri ke Pulau Pinang

 

Tunggu turn Feri yang seterusnya.. apabila feri tiba, orang jalan kaki akan di beri keutamaan keluar dahulu.. kemudian baru diikuti kereta dan last skali motorsikal. Manakala time nak masuk lak keutamaan kepada kereta kemudian motorsikal dan last baru orang yang jalan kaki.

Feri ke Pulau PinangFeri ke Pulau PinangFeri ke Pulau PinangFeri ke Pulau Pinang

 

Feri yang aku naik ni feri kecik, satu tinggkat je, kebanyakan feri ke Pulau Pinang ni 2 tingkat dimana Tingkat atas hanya pejalan kaki dan tingkat bawah hanya motorsikal dan kereta.

Feri ke Pulau PinangBeginilah keadaan di dalam feri yang aku naik tu, pejalan kaki duduk di tengah manakala kereta di tepi kiri dan kanan. Boleh duduk dalam kereta dan matikan enjin atau tak matikan enjin ikut suka korang lah.. kalau nak jalan-jalan sekitar pun boleh jangan terjun laut sudah!.

Feri ke Pulau Pinang

 

Beginilah permandangan dari atas feri, hampir seluruh Pulau Pinang Korang nampak, banggunan komtar, Tune Hotel dan sebagainya yang aku pun xtahu la huhuhu…

Feri ke Pulau Pinang

 

dalam lebih kurang 15 minit, tibalah ke Pulau Pinang. Iaitu Jetty Pulau Pinang. Bagi yang menaiki kereta keluar je amik kiri (one way pun huhuhu) pastu terus sampai nampak higway untuk tujuan seterusnya nak ke town atau nak ke area Bayan lepas sana.

Bagi yang nak ke Padang Kota dekat je dari Jetty ni tapi kena U turn balik lah terus je nanti nampak la Padang Kota tu.

Feri ke Pulau Pinang

 

Berikut ialah laluan pejalan kaki. Bagi yang nak ke KOMTAR, Chowrasta, Muzium leh menggunakan perkhidmatan bus shuttel free je. tapi untuk tempat tertentu je la.. sebab aku takut kelewatan aku naik teksi je ke USM huhu abis RM25  T_T..

Begitulah cerita aku hari ini… Selamat Naik Feri Ke Pulau Pinang !

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.