Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat – Hari ke 8

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat – Hari ke 8

Yeh tibalah hari yang dinanti-nantikan… aku akan umumkan berat aku now!

nah tengok sendiri

sebelum..

Tips Diet Atkin - Menu Diet Atkin

Selepas..

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

 

Berat Seminggu yang lalu : 65kg

Ukuran Pinggang Seminggu yang lalu : 30.5inc

 

Berat Hari Ini : 62kg

Ukuran Pinggang Hari Ini : 29.5inc

Jadi kesimpulannya memang diet Atkin ni berkesan.. aku dah kurang 3kg selama seminggu mengamalkan Diet Atkin ni.. semua menu aku dah shared dari hari pertama hingga semalam(hari ke7)

3kg dalam seminggu!! huhu sebelum ni sebulan aku senam robik baru turun 2kg huhu… bestnya..

Anyway pejalanan masih jauh.. masih banyak kg yang perlu dikurangkan. Okeh..

Baiklah bermulalah minggu baru…

Menu pertama minggu kedua aku ialah..

SARAPAN

Sarapan aku pagi ni agak best, aku bangun awal untuk masak makanan pagi & tengah hari hari ni hehe

menunya ialah NUGGET AYAM.. hah ni resepinya

1 ketul besar bahagian dada (potong kecil isi sahaja) (0 carb)

sedikit daun sup (0.2g carb)

sawi 2 batang ย (bhg daun shj) atau sayur-sayur lain (1.0g carb)

0.5inci cili merah (0.5g carb)

1 sudu kecil onion (0.5g carb)

Sedikit serbuk lada hitam & garam & perasa ayam tumix (+-1g carb)

Untuk sos : sos peri-peri Nandos & Mayo Kewpie (0.5g carb)

inilah singkatan resepinya dlam bentuk gambar

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

senang je.. blend ayam dlam blender kering pastu campo semua bahan & goreng macam goreng cokodok hehe.. & siap

Menu Makan Tengah Hari resepi Rendah karbohidrat

Tengah hari aku ialah Sup Ketam & Sayur Kangkung Goreng Udang & Ikan bilis

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

Resepi Sup Ketam Rendah Karbohidrat

Ketam (0 carb)

Perasa-perasa (1.0g carb)

Onion & bwg putih 1 sudu besar (1.0g carb)

Tomato 2 potong (1.0g carb)

Cili padi 2 batang

Perencah sup 1 sudu kecil (1.0g carb)

daun sup

Garam & lada hitam serbuk

Halia

Cara:

First rebus ketam, pastu tumis bahan tumis (bawang,halia,cili,& last perencah sup) dalam bekas lain & campurkan semuanya dalam ketam yang tengah rebus tadi, pastu tambah bahan-bahan lain (tomato,cili) & biar masak pastu masukkan daun sup ย dan siap…

 

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

 

 

Kangkung Goreng plak..

3 batang Kangkung +- 1cup (1.1g carb)

3 ekor Udang (0 carb)

sedikit ikan bilis (0 carb)

0.5inc cili merah (0.5g carb)

1 sudu besar bawang besar (1g carb)

Cara-cara… huhu tumis bawang, cili pastu masuk bilis pastu masuk udang & last baru masuk kangkung ..siap

 

Menu Dinner Atkinย 

Malam sori sangat aku tak snap pic.. aku makan awal malam ni 2 ketul ayam goreng kat kedai mamak ย haha.. senang.

 

Pastu balik umah aku wat cheesecake..

Jadi aku share resepi Cheese cake Rendah Karbohidrat kat Korang k.. ini dia

RESEPI CHEESE CAKE RENDAH KARBOHIDRAT

Bahan-Bahan:

250g Cream Cheese Philadelphia (10.3g carb)

Whipping Cream Anchor 100ml (3.1g carb)

17 tablet palsweet (1.02g carb)

3 biji telur ( asingkan putih & Kuning)

sedikit esen vanila

1 sudu besar jus lemon/limau kasturi (1g carb)

** Disebabkan cheese Cake ni xde tapak (selalu orang pakai biskut meri or oreo sebagai tapak) jadi aku letak dalam cup kecil2 senang nak kira sebagai satu hidangan

Cara-cara membuat Cheesecake rendah Karbo ni ialah..

1. Putar Cream cheese + gula 16 tablet atau sesedap rasa kalau korang guna yang jenis pasir tu pastu masukkan telur satu per satu, esen vanila & jus lemon. Putar dengan kelajuan sederhana.

2.Dalam bekas lain putar telur putih hingga berbuih2 (patut jadi ketal tapu ntah la nape aku tak jadi pun huhu…)

3.Campurkan kedua-dua adunan & kacau sebati & masuk dalam bekas & bakar pada suhu 150 selama +- 55 minit.

** Cara bakar bukan macam biasa tau, masukkan air dalam dulang (macam double boiler) pastu baru lak dulang kek.

Menu Diet Atkin- Resepi Rendah Karbohidrat

Ohya total carb untuk 1 cup ni ialah 2.6g sahaja… hihi.. boleh la makan sehari 1 or 2 cup huhu… tak la sedap sangat macam secret recipe tu tapi ok la dari xde.. dah giant sangat nak cheese cake.

sebab dah tak sabar aku sental jugak sebijik malam ni huhu…

anyways total carb aku untuk hari ni masih cantik k..14.5g carb ๐Ÿ˜€

Ini aku nak kongsi satu gula-gula yang boleh dimakan iaitu ECLIPSE & gula untuk minuman atau masakan iaitu Palsweet or Equal sebab sangat rendah karbo dan zero sugar.

Menu Diet Atkin- Resepi Rendah Karbohidrat

33 Comments

  1. wanda September 17, 2013
    • nabila September 19, 2013
  2. zanarita November 4, 2013
    • nabila November 9, 2013
  3. teratai November 27, 2013
    • nabila November 28, 2013
  4. Tiera January 14, 2014
    • nabila January 14, 2014
  5. ibu_anisah January 22, 2014
    • nabila January 22, 2014
      • Niza March 26, 2016
  6. NORIM February 13, 2014
    • nabila February 13, 2014
  7. tan June 9, 2014
    • nabila June 9, 2014
  8. Bali Tour June 29, 2014
  9. amirulradzi November 30, 2014
  10. nana December 8, 2014
  11. Uosn January 3, 2015
  12. mai January 12, 2015
  13. fyrus February 6, 2015
  14. Aina March 18, 2015
  15. izzati wong April 21, 2015
  16. juliah May 7, 2015
  17. anamirahmira June 8, 2015
  18. lisa October 24, 2015
  19. Syee Shahida April 8, 2016
  20. Atkins newbie April 23, 2016
  21. isma November 14, 2016
  22. isma November 14, 2016
  23. SUZILA ABAS October 11, 2017

Leave a Reply to Aina Cancel reply