Menu Diet Atkin- Resepi Rendah Karbohidrat

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat – Hari ke 8

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat – Hari ke 8

Yeh tibalah hari yang dinanti-nantikan… aku akan umumkan berat aku now!

nah tengok sendiri

sebelum..

Tips Diet Atkin - Menu Diet Atkin

Selepas..

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

 

Berat Seminggu yang lalu : 65kg

Ukuran Pinggang Seminggu yang lalu : 30.5inc

 

Berat Hari Ini : 62kg

Ukuran Pinggang Hari Ini : 29.5inc

Jadi kesimpulannya memang diet Atkin ni berkesan.. aku dah kurang 3kg selama seminggu mengamalkan Diet Atkin ni.. semua menu aku dah shared dari hari pertama hingga semalam(hari ke7)

3kg dalam seminggu!! huhu sebelum ni sebulan aku senam robik baru turun 2kg huhu… bestnya..

Anyway pejalanan masih jauh.. masih banyak kg yang perlu dikurangkan. Okeh..

Baiklah bermulalah minggu baru…

Menu pertama minggu kedua aku ialah..

SARAPAN

Sarapan aku pagi ni agak best, aku bangun awal untuk masak makanan pagi & tengah hari hari ni hehe

menunya ialah NUGGET AYAM.. hah ni resepinya

1 ketul besar bahagian dada (potong kecil isi sahaja) (0 carb)

sedikit daun sup (0.2g carb)

sawi 2 batang ย (bhg daun shj) atau sayur-sayur lain (1.0g carb)

0.5inci cili merah (0.5g carb)

1 sudu kecil onion (0.5g carb)

Sedikit serbuk lada hitam & garam & perasa ayam tumix (+-1g carb)

Untuk sos : sos peri-peri Nandos & Mayo Kewpie (0.5g carb)

inilah singkatan resepinya dlam bentuk gambar

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

senang je.. blend ayam dlam blender kering pastu campo semua bahan & goreng macam goreng cokodok hehe.. & siap

Menu Makan Tengah Hari resepi Rendah karbohidrat

Tengah hari aku ialah Sup Ketam & Sayur Kangkung Goreng Udang & Ikan bilis

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

Resepi Sup Ketam Rendah Karbohidrat

Ketam (0 carb)

Perasa-perasa (1.0g carb)

Onion & bwg putih 1 sudu besar (1.0g carb)

Tomato 2 potong (1.0g carb)

Cili padi 2 batang

Perencah sup 1 sudu kecil (1.0g carb)

daun sup

Garam & lada hitam serbuk

Halia

Cara:

First rebus ketam, pastu tumis bahan tumis (bawang,halia,cili,& last perencah sup) dalam bekas lain & campurkan semuanya dalam ketam yang tengah rebus tadi, pastu tambah bahan-bahan lain (tomato,cili) & biar masak pastu masukkan daun sup ย dan siap…

 

Menu Diet Atkins Resepi Rendah Karbohidrat

 

 

Kangkung Goreng plak..

3 batang Kangkung +- 1cup (1.1g carb)

3 ekor Udang (0 carb)

sedikit ikan bilis (0 carb)

0.5inc cili merah (0.5g carb)

1 sudu besar bawang besar (1g carb)

Cara-cara… huhu tumis bawang, cili pastu masuk bilis pastu masuk udang & last baru masuk kangkung ..siap

 

Menu Dinner Atkinย 

Malam sori sangat aku tak snap pic.. aku makan awal malam ni 2 ketul ayam goreng kat kedai mamak ย haha.. senang.

 

Pastu balik umah aku wat cheesecake..

Jadi aku share resepi Cheese cake Rendah Karbohidrat kat Korang k.. ini dia

RESEPI CHEESE CAKE RENDAH KARBOHIDRAT

Bahan-Bahan:

250g Cream Cheese Philadelphia (10.3g carb)

Whipping Cream Anchor 100ml (3.1g carb)

17 tablet palsweet (1.02g carb)

3 biji telur ( asingkan putih & Kuning)

sedikit esen vanila

1 sudu besar jus lemon/limau kasturi (1g carb)

** Disebabkan cheese Cake ni xde tapak (selalu orang pakai biskut meri or oreo sebagai tapak) jadi aku letak dalam cup kecil2 senang nak kira sebagai satu hidangan

Cara-cara membuat Cheesecake rendah Karbo ni ialah..

1. Putar Cream cheese + gula 16 tablet atau sesedap rasa kalau korang guna yang jenis pasir tu pastu masukkan telur satu per satu, esen vanila & jus lemon. Putar dengan kelajuan sederhana.

2.Dalam bekas lain putar telur putih hingga berbuih2 (patut jadi ketal tapu ntah la nape aku tak jadi pun huhu…)

3.Campurkan kedua-dua adunan & kacau sebati & masuk dalam bekas & bakar pada suhu 150 selama +- 55 minit.

** Cara bakar bukan macam biasa tau, masukkan air dalam dulang (macam double boiler) pastu baru lak dulang kek.

Menu Diet Atkin- Resepi Rendah Karbohidrat

Ohya total carb untuk 1 cup ni ialah 2.6g sahaja… hihi.. boleh la makan sehari 1 or 2 cup huhu… tak la sedap sangat macam secret recipe tu tapi ok la dari xde.. dah giant sangat nak cheese cake.

sebab dah tak sabar aku sental jugak sebijik malam ni huhu…

anyways total carb aku untuk hari ni masih cantik k..14.5g carb ๐Ÿ˜€

Ini aku nak kongsi satu gula-gula yang boleh dimakan iaitu ECLIPSE & gula untuk minuman atau masakan iaitu Palsweet or Equal sebab sangat rendah karbo dan zero sugar.

Menu Diet Atkin- Resepi Rendah Karbohidrat

Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

34

23 Comment threads
10 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
24 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
wanda

salam..kak,nk tya mmg eclipse mint je ke leh mkn?sy tgk everest mint lg rndh carb die..hehe

zanarita

Assalamualaikumwbt..adik.
akak nk copy paste resepi anda..boleh ke.
Akak bru je nk bermula diet atkins ni..

Doakan ye..~

teratai

salam sis…. nak tanya dlm seminggu diet atkins ni akk buat exercise ape? teruja la blh trun mcm ni…plis share kak…

Tiera

Salam kak, sy ni tgh atkins jgk. Palsweet ni akak dpt kak mana ye? sy try cari kat giant tp x jmpa plak kat bhgian mana dia letak.

ibu_anisah

salam sis,nak tanya..ada makan apa2 supplement tak masa mengamalkan diet atkins ni??? TQ

NORIM

Salam..akak nak tanya lau minum susu low fat(HL) boleh ke?

tan

salam. tempoh induction tu mksudnye ape ye?

nampak sedap
terima kasih atas resepinya ๐Ÿ™‚

amirulradzi

wooo …nugget tu nampak sedap ..nak try la..haha ..thanks ๐Ÿ˜€

nana

salam..nk tanya..resepi cheese cake rendah carbo tu..kalau kita x guna 17tablet palsweet..nak gantikan degan gula perang…bole ke n bpe spoon ya..?..tq2

Uosn

Psstt..akak,saya nak cuba juga lah resepi akak ni,mcm best je.Doakan saya berjaya menurunkan berat badan dengan cara diet dan contoh resepi diet akak ni.Thanks akak.

mai

Kewpie yang awak guna kaler ape?yg oren ada gula kan?

Pal sweet tu dah silap…sepatutnye jenis stevia

akak saya minta resepinya ya…

izzati wong

Nak tnya…Yg cheesecake tu bila masa nk masukkan whipping cream? Bahan2 ada tp bila msk cara2nya xda dsebutkan… Tq

juliah

assalamualaikum…
minta resipinye

salam sis nak tnya yg sos nandos tu apa2 pn blh ke?

lisa

klu masak xmasuk gula skit ke

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Sis.. Mcm mana kita nak tahu makanan kita consume tu berapa gm kalori ada dalamnya? ????

Atkins newbie

Salam. Tumpang tanya kt mana beli mayo kewpie tu?

isma

saya dah start fasa 1 atkin 09 nov 16. dari berat 96.6 pgi td timbang 93.7 (14 nov 16). mula2 turun byk tp ni dah slow. myb kna senam skit. tgh ketagih coklat ni…waaaa…..

isma

kt giant ada dik. cri yg pack merah.

SUZILA ABAS

ikan bilis fasa 1 lepas x ek?