Fuhh sudah hari ke-4 tak sabar aku nak timbang berat & ukur pinggang…
apa yang aku rasa pagi ni macam longgar sikit la kain aku pakai datang keja ni.. hmm ntah la tak berani lagi nak timbang, kena tunggu seminggu iaitu pada hari ahad ni… xsabarnya
harapnya apa yang aku harapkan akan menjadi kenyataan la, kurang-kurang leh turun 1-2kg pun dah bersyukur. Kalau sebulan dah banyak tu leh turun saiz dah hehe…
Okey aku terus ke menu aku pagi ni
Menu SARAPAN Atkin
Pagi ni pelik sikit ye Resepi Diet Atkin aku.. iaitu AYAM GULUNG SALAD
simple je sebenarnya, potong bahagian dada jadi cam fillet pastu gulung salad & bakar, letak le perencah bakar sket aku pakai fish oil apa ntah beli kat cold storage. rsanya ok la lain sikit tapi x sedap sgt pun. Carb bagi Ayam Gulung ni hanya pada salag dalam 0.2g je.. ayam 0 carb
satu lagi aku makan Telur Mata. Telur mata ni 0 carb k.
Ok seterusnya menu LUNCH
Seperti yang dijanjikan semalam aku nak kongsi menu Nasi Goreng Atkin.. haha.. nasik kan haram atkin tapi ni bukan nasik tapi digantikan dgn cauliflower (kobis bunga) hihi ok
Bahan-Bahan:
3/4 cawan Cauliflower yang di hancurkan (3g carb)
1 sudu besar bawang (1g carb)
1 sudu kecil bawang putih (0.5g carb)
2 btg sawi (2g carb)
1 biji telur (0 carb)
1 biji cili padi (+-1g carb)
sedikit garam & serbuk black pepper
caranya…
Tumis bawang putih, bawang besar & cili. pastu masukkan batang sawi & Kobis Bunga.pastu letak daun sawi yang hijau lak & last skali letak telur & kacau sampai telur masak & siap..
Total carb bagi Menu ATkins aku untuk lunch ni ialah 7.5g Carb
menu DINNER atkin
okeh aku tambah menu diet bagi dinner Atkins lak ha.. menu ni aku suggest korang try coz ia sgt sedap… Skewer
ni aku kongsi resepinya…
Ayam 1 ketul bahagian dada – jadikan 24 potong
brocoli 1/2 cawan-jadikan 8 potong
daging 4×4 inci-jadikan 16 potong
tomato 1/4 biji (dlm 1sudu besar lebih sket) – jadikan 16 potong
Bell Pepper 1/8 biji (dlm 1/2 cwn)-jadikan 16 potong
cara-cara
1.Perap daging & ayam dengan garam, black pepper seed,parpika or serbuk chili & klau ada steak punya perasa pun boleh dalam 10-30 min
2.cucukkan berselang seli dengan sayur & boleh panggang dalam non stick pan or oven.
yesh sedap,,………..
Saya baru nak mula DA hari ni tolong doakan saya kuat semangat ya.