Menu Diet Atkin – Hari Ke 3

Sudah masuk hari ke-3 ok kita terus ke kongsian menu Diet Atkin & Resepi Diet Atkin

SARAPAN

Sarapan aku wat Scrambled Egg 2 biji, tu je.. aku bawak sekali coleslaw tapi tak  makan pun kenyang pulak..

Scrambled egg ni cara buatnya ialah pukul telur, campur sedikit butter, lada itam & sedikit garam pastu kacau atas pan yang dah diletak butter sedikit kacau jangan sampai kering k.. pastu terus angkat baru strukturnya tak keras

Total Carb bagi Scrambled Egg ialah = 0 Carb

Tapi bagi salad yang aku x makan pun ni = +- 0.4g carb

Menu Diet Atkin

 

LUNCH Menu Makan Tengah hari Diet Atkin aku pulak…

yang ni best.. aku sugest korang cuba walau korang tak mengamalkan diet atkin ni..

ni dia summary Resepinya..

Menu Diet Atkin Resepi Diet Atkin Cara Kurus Mudah

Bahan-bahan Menu Diet Atkin

2 biji Telur

2 Batang sawi (leh tukar sayur lain ikut kegemaran)-potong kecil

secubit daun sup

1 sudu kecil bawang merah potong dadu kecil

Cili kering 1 biji ( leh pakai cili hidup gak)-potong kecil

Daging Hancur Saudi (Minced Meat)

2 keping salad Ice Berg

sedikit mayo Kewpie (pek merah paling low carb)

 

Cara-cara caranya ialah

1.Goreng daging bersama bawang pastu masukkan batang sawi kemudian angkat.

2.Campur semua bahan kecuali salad & mayo pukul macam nak buat telur dadar & goreng dengan sedikit minyak kat atas Pan.

3.Setelah masak picit mayo sikit2 dan lapis dengan salad Iceberg & sekali lagi letak mayo

4. if telur tu nipis leh gulung, kalau tebal macam aku buat ni. just lipat 2 je pastu potong.. then siap..

Kenyang betul makan ni sebab ada telur dan daging.

 

DINNER

Menu Dinner Atkin aku amat simple, just Udang Lipan Goreng Kunyit pastu aku prepare sedikit Coleslaw.

Udang lipan ni 0 Carb pastu coleslaw yang aku buat ni agak tinggi sikit tapi masih ok dalam diet atkin ni iaitu 7.0g Carb

Coleslaw ni aku letak broccoli & kobis bunga yang di rebus seketika dahulu, salad, bell pepper & tomato bersama sedikit mayo kewpie.

Menu Diet AtkinOkeh.. tamat sudah hari ke 3

Total Carb of the day : 11.1g

Total Air Of the Day : 4.2L

okey la tu.. hehe esok aku nak try nasik goreng atkin lak.. Nasik Goreng??? haa nak tau camna…nak buat nasik ni…tunggu esok… nyum nyumm

 

Leave a Reply