Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis

Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis.. Lama betul tak update blog.. tu lah asyik main game ja sampai blog ter abai šŸ™
Ok hobi baru telah menggantikan ketagihan terhadap online gaming haha harap-harap bertahan lebih lama sebab hobi baru ni menyihatkan badan dan otak!

ye ke hobi baru? tak jugak sebenarnya aku memang suka buat aktiviti aktiviti lasak camni sejak sekolah menengah lagi.. zaman pengakap.. kelab rekreasi & masa join kelana siswa di USM dulu… dan sekarang macam membuak-buak pulak nak lakukan aktiviti-aktiviti camtu alang-alang dah ada gang kat opis yang suka aktiviti-aktiviti camnni..

Last month kitaorang join Pertandingan Merempuh Halangan Antara Jabatan merupakan permulaan segala-galanya haha cewah..

Okey tak nak cerita panjang.. lastweek aku & gang opis telah menyertai aktiviti Team Building anjuran Kelab Pejabat aku seramai 16 orang di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian. Disitu aktiviti utamanya ialah Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis.

Program Team Building ini selama 3 hari 2 malam dan kami bermalam di Taman Negeri Perlis.. UntukĀ Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis korang bolehlah berhubung denganĀ Taman Negeri Perlis untuk maklumat lanjut tentang program yang di anjur, penginapan dan aktiviti-aktiviti lain di situ.. kalau nak berkhemah pun boleh.. laman webnya klik sini

Ok kita teruskan dengan cerita aku pasalĀ Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis.

First day.. Jumaat, 20 April 2018 bertolak dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pelis jam 3.30pm bertolak ke Taman Negeri Perlis mengambil masa lebih kurang 30 minit dari kangar. First Aid Kid jangan lupa takut ada kecederaan..

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Setibanya kita orang lepak-lepak di cafe dulu sambil menggu ketibaan yang lain dan minum petang… best sangat suasana di sana sangat nyaman dan tenang..

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Lepas taklimat kita orang dipecahkan kepada 4 kumpulan & setiap kumpulan ada 4 orang..

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Aktiviti pertama malam tu ialah Night walk.. berjalan dalam kumpulan di iringi 2 orang fasilitator. Tujuan jalan malam ni untuk mencari kelibat binatang-binatang di dalam hutan seperti pelanduk, rusa dsb tetapi kumpulan aku gagal mememuinya hanya ada 1 group yang nampak mata pelanduk bewarna kuning kehijauan.. Ada juga group yang terserempak dengan ular sawa.. Namun begitu kita orang masih enjoy dengan menikmati keindahan suasana malam di dalam hutan. Laluan nightwalk ini mengikut laluan Denai Putera Denmark… ada la sejarah pasal putera denmark yang datang ke situ dan membina laluan tersebut.

Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis

Habis aktiviti nightwalk ini kitaorang pun pulang ke tempat penginapan.. kitaorang tido di rumah yang ada 2 bilik seramai 7 orang haha semua ladies duk dalam rumah tu walaupun asalnya 1 rumah tu untuk 4 orang tapi kitaorang mintak tambah lagi 1 tilam queen & 1 tilam single untuk memuatkan 7 orang haha.. dan namanya team building kan best bila duduk ramai-ramai dlm tu..

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Seawal paginya bermulalah aktiviti yang dinantikan.. iaituĀ MenerokaGua WangĀ  Burma, Wang Kelian Perlis.

Ini dia gang kasut DIY kasut getah berharga RM5.90 di beli dari Mr.DIY.. menurut mereka yang rajin panjat memanjat bukit mensugestkan kita orang beli kasut getah ni… kasut getah ni berbanding kasut sport sebab lebih grip & mudah apabila melalui laluan yang ber air.. stokin yang panjang pulak untuk elak pacat gigit.. sebelum tu kitaorang dah sapu insect repellent seluruh kaki & tangan.

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Selesai taklimat pendek & pantang larang memasuki hutan di beri maka bermulalah penerokaan Gua Wang Burma Perlis. Posing dulu kat pintu masuk jangan lupa šŸ˜›

Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Mendaki sedikit tetapi tidaklah terlalu curam.. okey lah walau kita orang tak fit pun haha

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Separuh perjalanan kita nampak track untuk mendaki Gunung Perlis. Maybe next aktiviti bolehlah try panjat Gunung Perlis pulak. Sebenarnya bukan kategori gunung pun sebab hanya 3km.. tapi yang menariknya disitu terletaknya titik terUtara di Malaysia. Jadi kena masuk dalam waiting list lah rasnya Gunung Perlis ni..

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Baiklah kita teruskan cerita pasal Gua Wang Burma.. melepasi laluan ke Gunung Perlis kita orang meneruskan perjalanan lagi menuju ke destinasi utama Gua Wang Burma. Perjalanan ni sejauh 700meter dari pintu masuk tadi.. xjauh pun kan?

Ini dia pic kat bawah ni dekat pintu masuk Gua Wang Burma Perlis.

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Syarat-syaratnya.. jangan lupa baca k! batu yang tak boleh sentuh jangan sentuh sebab kalau disentuh akan membantutkan tumbesaran batu tu yang berabad lamanya.. jadi kena hati hati sikitlah k.. sayang tau hasil pembentukan yang dianggarkan 500 juta tahun ni…

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Marilah mula meneroka Gua Wang Burma…

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Gambar dibawah menunjukkan keindahan didalam Gua Wang Burma..

Ada tempat yang perlu merangkak , melalui tali air dan juga lubang-lubang yang sempit.. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kitaorang tak snap pun gambar yang kawasan ada air tu sebab semua phone disimpan dalam beg kalis air.. xde sapa yang bawak go pro lau x leh gak rakamkan suasana kat situ..

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Gambar ikhsan google

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Gambar ikhsan google

Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Terjumpa tok Janggut sedang bertapa… šŸ˜€

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Meneroka Gua Wang Burma Perlis Ā Meneroka Gua Wang Burma Perlis Ā Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis

setelah selesai meneroka gua kitaorang berjalan keluar dan seterusnya memasak dan makan tengah hari di dalam hutan (sebenarnya x jauh pun dari tempat penginapan) tapi nak merasa jugak kan masak-masak dalam hutan.. bolehlah tahap beginner kalau nak di bandingkan dengan zaman pengakap kelana siswa dulu 1/20 ja tahap kesukarannya so jangan kutuk kami k.. šŸ˜€

Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Okey itulah sahaja cerita pasalĀ Meneroka Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis..

Petang tu kitaorang buat aktiviti orienteering iaitu treasure hunt yang mengunakan kompas.. malam tu ada pembentangan kumpulan & tido lagi satu malam & keesokanya gotong royong susun batu sungai & pulang setelah penyam[

Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis Meneroka Gua Wang Burma Perlis

Leave a Reply