Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

1

Minggu lepas aku ke KL sebab ada kenduri akikah anak buah jadi alang-alang dh kat sana dan cuti sekolah aku pun bercadang untuk Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers. Jarang orang ke sini, kebanyakannya orang luar je.. takpe jom kita try pergi tengok best tak berada di tingkat 86 KLCC…  😛

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Okey sebelum ni mari kita cerita dari mula.. lokasi untuk ke skybridge ni senang kalau dari pintu dewan filharmonik petronas tower.. tapi kalau korang dari LRT KLCC ikut je ke KLCC dan bila dah sampai dalam KLCC korang jalan terus dan ke arah kanan hingga jumpa Store Gucci sebelah tu ada eskelator turun ke bawah dan follow je untuk ke concourse pastu ke kanan dan korang akan nampak macam pic bawah ni.. escalator turun ke bawah untuk skybridge visit

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge PetronastwintowersMelawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Turun je escalator ke arah kiri untuk beli tiket dulu… harga tiket bagi Mycard holder RM 30 dewasa dan RM 20 kanak-kanak… untuk detail boleh rujuk laman web ni http://www.petronastwintowers.com.my/tickets

Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga jam 9.00 malam tapi tiket boleh mula dibeli mulai jam 8.30pagi. Beroperasi setiap hari kecuali hari isnin tau! ok jangan pegi hari isnin ok 🙂

Masa beli tiket ni korang akan diberitahu korang akan masuk melawat pada jam berapa.. gap antara team ialah dalam 15 minit, aku diberitahu aku punya trip kul 3.15 petang tapi beratur mulai jam 3.00 petang.

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

masa aku beli tiket tu baru jam 12.30 petang jadi aku keluar dulu je jalan dan datang balik jam 3 untuk beratur menunggu trip kul 3.15. Setiap trip akan ada tag yang berbeza warna so nanti korang akan ikut team ikut warna tag korang lah.. Tak lama pun tunggu ni.. jangan risau hehe!

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Ini dia tag yang diberikan untuk kanak-kanak dapat sticker.. yang dewasa dapat yang tali nya bewarna yang berbeza ikut team tu..

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Ini yang dilarang sepanjang trip korang.. kalau ada bawak monopod or tripod or makanan minuman dan sebagainya boleh disimpan dikaunter diaorang nanti bila dah nak balik boleh ambik.

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

kemudian kena tunggu turn untuk naik ikut team warna pada korang punya tag nama.. kitaorang punya warna green jadi kena tunggu diaorang panggil green tag baru pegi dengar taklimat pasal keselamatan kat screen dalam pic bawah ni… pastu baru di panggil untuk naik lift…

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Ketingkat 41.. 170m

Ok ni suasana dalam lift tu.. sebenarnya gambar dalam lift tu bukan gambar sebenar hanya ada screen je haha! ok first korang akan dibawa naik ke tingkat 41 iaitu dimana skybride berada.

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Bila dah tiba di tingkat 41 bolehlah korang berjalan-jalan dan bergambar disepanjang jambatan yang  menghubungkan dua tower ni,, brader yang bagi taklimat tu cakap sebenarnya bridge ni tak kekal tau.. ia boleh bergerak-gerak ikut kelajuan angin.. korang di beri 10 minit kat sini jadi sempatlah berposing dan menikmati suasana di atas jambatan yang tingginya 170m ni.

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Lepas 10 minit korang akan di panggil untuk naik lagi lift untuk ke destinasi kita seterusnya iaitu menuju ke observation deck di tingkat 86. Untuk pengetahuan korang KLCC mempunyai 88 tingkat.. jadi we all akan ke tingkat 86 berketinggian 365m hokey… huhu sangat tinggi !

dari tingkat 41 korang akan naik lift ke ke tingkat 83 kemudian tukar lift lain pulak ke tingkat 86

Ketingkat 86.. 365m

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

lift untuk ke tingkat 86 ni lebih kecil hehe… dan tibalah ke tingkat 86 KLCC

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Okey korang bolehlah tengok teropong.. dan menikmati pemandangan yang cun kat atas ni selama 20 minit.. memang puas ati la naik sini! cantik sangat permandangannya.. korang nampak KL tower macam rendah je haha!

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

ade jugak miniatur KL kat sini boleh la tgk & bandingkan dengan yang real sebab kat atas ni leh tgk KL in 360 hehe!

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pegang kad korang kat tv ni akan terpapar gambar 3d KLCC

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

ni pic lagi sebelah Twin tower ni 😛 kecik je bangunan lain haha!

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

setelah habis 20 minit korang akan dibawa turun ke tingkat 83.. kat sini ada gambar ukuran ketingian menara-menara seluruh dunia.. dan bolehlah berjalan-jalan sekitar tingkat 83 sebelum team anda di panggil untuk turun semula ke level concourse.

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

sebelum pulang boleh lah kalau nak beli gift ke apa-apa.

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Permandangan dari tingkat 41 dengan ketinggian 170m dari paras laut..Melawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

Pemandangan dari tingkat 86 dengan ketinggian 365m dari paras lautMelawat Skybridge KLCC atau Skybridge Petronastwintowers

itulah cerita aku melawat ke Skybridge Petronas twin tower…

okey aku ulangi maklumat untuk pembelian tiket kesini korang boleh lah ke web ni http://www.petronastwintowers.com.my/tickets

harga tiket ialah RM 30 dewasa dan RM20 kanak-kanak masa yang diambil adalah lebih kurang 1 jam…

masa lawatan pada setiap hari kecuali hari isnin bermula 9.00pagi hingga 9.00malam

ok tu je hehe 😛

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply