Waktu Yang Sesuai Melawat Korea – Musim Sesuai Ke Korea

Waktu Yang Sesuai Melawat Korea – Musim Di Korea

Musim Bercuti di Korea

Okey aku bercadang nak ke Tahun ni Insyallah pada Hujung Oktober 2013 jadi aku ada buat research pasal musim yang sesuai untuk melawat ke Korea Selatan atau Seoul ni. bagi korang yang tercari-cari bila yang sesuai untuk melawat Korea meh sini tengok mana yang berkenan.. & Waktu yang sesuai Melawat Korea

Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk ( Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Fall)

Musim Sejuk di Korea  (Winter)

Musim Sejuk Di Korea  Musim Sejuk Di Korea

Masa Musim Sejuk di Korea : Lewat November hingga awal Mac

Kebiasaan Suhu Musim Sejuk di Korea :   0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara.

Musim Salji di Korea sering menjadi pilihan untuk merasai suasana salji. Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan.

Musim Sejuk Di Korea

Aktiviti musim salji di Korea ialah Ski dan bermain bola salji.

Salji juga tidak begitu tebal di Korea kecuali di bahagian Timur dan Utara Korea salji lebih tebal. Tempat untuk menikmati Salji di Korea ialah Supia Snow Sleeding Field di Gwangjin, Seoul,  Korean Folk Village Snow Sledding Field di Yongin, Gyeonggi-do, dan juga Songdo Amusement Park di Namgu, Incheon-si.

Songdo Amusement Park
Songdo Amusement Park

Terdapat festival musim sejuk iaitu Taebaeksan Snow Festival & Festival es. Selain itu ada juga festival main layang-layang.

Kelemahan musim salji ialah suhunya yang sejuk dan tidak begitu selesa bersiar-siar dan pemandangan di selaputi salji. Jadi untuk melawat Korea Pada Musim Salji silalah prepare pakaian yang sesuai. Selain itu, Januari adalah bulan yang paling sejuk di Korea.

Pakaian yang Sesuai :
Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.
info psal baju ni aku amik dari: http://jomlawatkorea.blogspot.com/2011/08/persiapan-sebelum-bertolak-ke-korea.html

 

Musim Bunga di Korea (Spring)

090319_p09_flower(1)

Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan  Mac hingga lewat Mei 

Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 5℃ – 20℃

Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa berjalan-jalan.

Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman  hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.

Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.

Gambar di bawah ni ialah Jinhae Cherry Blossom Tunnel.

Musim Bunga di Korea Jinhae Cherry Blossom Tunnel  16CUWCB

Pulau Jeju juga best untuk dilawati pada musim bunga di korea. Di Pulau Jeju ada Festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festival kerana musim bunga di Korea Pulau Jeju di penuhi kekuningan bunga Canola. Selain di Pulau Jeju, di Cheongpungho di adakan Cheongpungho Cherry Blossoms Festival. Festival ini menyajikan bseperti bunga Cherry Putih, Forsythias, Azaleas, dan lain-lain.

Ini pula pic di Pulau Jeju iaitu The Jeju Canola Flowers Festival

MuSim Bunga di Korea MuSim Bunga di Korea

Pic dibawah ni plak di Nami island

Musim Bunga di Korea Nami Island Korea

Selepas musim bunga datang pula Musim Panas di Korea.

Musim Bunga :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

Musim Panas di korea (Summer)

Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September

Suhu Musim Panas di Korea : 23~27°C

Bagi kita di Malaysia agak bosanlah kalau pergi musim panas sebab negara kita pun memang negara panas rugi lah kalau pergi di antara bulan Jun dan September ni ke Korea. Waktu kemuncak kepanasan di Korea pula antara pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos jadi elakkan melawat Korea waktu ni okey.. Walau bagaimanapun suhu di negara kita lebih panas berbanding musim panas di sana hihihihi..

walau bagaimanapun di Korea Musim Panas adalah musim untuk bersantai. Banyak acara pantai di adakan. Antara tempat yang menarik pada musim Panas di korea ialah Gyeongpo Beach di Kota Gangneung, Naksan Beach di Kota Yangyang dan Eurwangni Beach.

 

Haeundae beach - Busan
Haeundae beach – Busan

Haeundae beach - Busan

Beach on the South Coast of South Korea
Beach on the South Coast of South Korea

Antara aktiviti pantai yang di adakan ialah rafting, flyfish rides, bungee jumping dan Wind Surfing.

Masa Yang Sesuai Melawat Korea

Kelemahan musim panas ialah hujan turun tidak menentu jadi menyusahkan untuk merancang aktiviti.

Selepas musim Panas di Korea tibalah musim romatik iaitu musim luruh.

Pakaian Musim Panas :
Jacket – Tidak perlu!
Sweater – Dipakai sekadar fesyen.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.
Seluar – Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.
Sarung Tangan – Tidak Perlu
Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai. Selipar atau sandal pun sudah cukup.
Stoking – Nak bawak boleh, tak bawa pun tak mengapa.

 

Musim Luruh di Korea ( Autumn)

Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea

Masa Musim Luruh di Korea : Lewat September hingga Pertengahan November

Suhu Musim Luruh di Korea : 11~19°C (sejuk jugak kan)

Selain musim bunga, musim Luruh di Korea juga musim yang sesuai bersiar-siar kerana cuaca yang baik dan cerah juga tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Pemandangan juga cantik kekuningan dengan keindahan daun-daun gugur macam carpet di lantai. Festival Musim Luruh ialah Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Pada bulan Oktober banyak pula sambutan bertema Haloween di adakan. Selaian itu Chuseok atau Korea Thanksgiving Day juga di adakan iaitu pesta harvest.

Musim Luruh di Korea

Antara tempat menarik yang boleh dilawati pada musim luruh ialah Seoraksan National Park. Boleh dilakukan acara hiking sambil menikmati keindahan semula jadi yang sangat cantik .. terpegun aku tengok gambar-gambar di sini tak sabar betul nak ke sana…..

Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea

semua gambar di atas ni di Seoraksan National Park. Cantik sangat. Teruja aku tengok!!! hebatnya kuasa Allah. Subhanallah!

Seterusnya Nami Island. Ramai cakap di Nami Island paling cantik pada musim Luruh tau… cantik!

Musim Luruh di Korea Nami Island

Musim Luruh di Korea Nami Island

Pakaian Musim Luruh :
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.
Tips : Scarf dan mafla adalah berguna pada setiap musim kecuali musim panas. Scraf dan mafla yang dililit pada leher serta kepala membantu menghangatkan tubuh badan.

Inilah hasil research aku pasal musim di Korea dan Waktu yang sesuai untuk Melawat Korea. Dengan ini aku menetapkan untuk ke Korea pada musim Luruh tahun ini. ..Insyallah harap dapat menjejakkan kaki ke sana 😀

Kalau aku rajin nanti aku cari pulak tempat2 yang manarik spesifik pada musim luruh ok hehehe…

 

info psal baju ni aku copy sejibik dari :http://jomlawatkorea.blogspot.com/2011/08/persiapan-sebelum-bertolak-ke-korea.html

Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

97

44 Comment threads
53 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
55 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Azie

salam, kami sekeluarga jgk akn ke korea pd musim luruh iaitu bermula 24 oktober….jumpa di sana ye org msia…tq

Fahida

Thanks for info,sgt berguna utk sy sbb sy akan ke sana 30hb Oct nti..

excel842001

cantik… sy pun g sana 28okt-1nov ni….

amir

ape2 hal bleh emel sy.. [email protected]

excel842001

sy g trus ke seoul … tp g sorg2 je ni.. men redah je laa…. hehehe

Ziana

Jumpa di sana.sy juga akan ke sana pd 30

zaza

sy g hubby pom nk g gop ujung bulan nov nnt….main redah harap2 dpt pi semua tempat ..heeheheh

excel842001

Ooo trus g busan… dh ade kt busan bleh g jeju island… jmpe d seoul kalo tserempak…

excel842001

Ni yg susah ckit psl penginapan… xtempah lagi… mgkin akn tempah dlm mggu depan… nk tgk hostel or guesthouse mane yg convenient nk ke mana2…. hehehe

excel842001

Ok… dh dpt tempah dh hostel kt sana… booking kimchee guesthouse, mr banana guesthouse, seoul hostel… sume dkt dgn tmpt yg best2 n subway…. weeee!!!!

diana

kimchee n banana guesthouse ni blh sumbat 9 org x

excel842001

xbleh sumbat 9org…. cr senarai hotel kt agoda.com, hostelrooms.com., bookings.com…. or try je search ” hostel in korea”… nti jmpela hostel yg bleh sumbat 9org…

Wow. Ramai nya yg nak g kesana.. ziana, boleh tlg wassap saya x, disebab kan awk da byk research, sy nak tnye macam2 dkt awk.. ahaha…

Sesiapa yg sudi berkongsikan ilmu jugaaa, harap bleh membantu..

0132833213. Piejah..

Thanks..

nabila,ktx dr busan ke seoul mmg akn beroperasi eh even winter time? akn ke sana dlm bln 1 2014 insyaALLAH..as backpackers..blh email sy [email protected]..blh tukar2 pndangan 🙂

nabila,ktx dr busan ke seoul mmg akn beroperasi eh even winter time? akn ke sana dlm bln 1 2014 insyaALLAH..as backpackers..blh email sy [email protected]..blh tukar2 pndangan 🙂 maseh

q ri

sy pn akn ke korea 1 nov-4 nov…tp x thu nk pegi mane..haha…xresearch pn lgi….flight ke busan tp nak naek KTX ke seeoul…harap x sesat la.haha

Jamaliah

Sya dah ke sana Disember 2011….. brrr memang sejuk….. masa tu suhu terendah mencecah -15 darjah….. dan alhamdulillah dapat alami snow 2 kali…. sangat best. Tahun ni nak ke Beijing plak Disember ni…. enjoy kay…

Hjh Ramlah Hj Amin

Salam. Kami plan nak ke Korea pd 23/10/2014- 27/10/2014. InsyaAllah. Flight ticket x beli lagi pun. Boleh share apa saje info dr flight ticket yang murah, etc Kami nak ke sana style backpackers. Tqvm

nurul

sy plan nak ke negara2 ni… tp best musim salji di korea.. nakk p…. suggest tempat

Rusli

Nabila, saya akan ke Busan pada 12 Dis 2013… boleh tahu tempat2 yg menarik kat situ… ada salji turun tak waktu tu..?

aima

teringin sangat nak gi korea tahun depan tapi xde partner….nak gi sorang x berani…sape2 yg plan nak gi korea tahun 2014 tapi xde partner boleh la kita gi sama2…huhuhu…

zubaidah

salam aima…saya nak g korea tp xder geng jugak. insyaallah ikut pakej 24-30april 2014 musim bunga. agk ok pakej ni…15nov 2013 due ate daftar. klu u nk join saya, bole emel [email protected] or facebook zubaidah basir.

sarah

aima..saya plan nak ke korea april 2014..jom la join sekali..tapi saya ikut travel agency..sng ckit coz saya x berani nak explore korea sorang hehe

asfa

saya pun plan nak gi sane hujung bulan 5-awal bulan 6 thun 2014.. nak cari gak saper2 yg nak gi sekali. saya gi ngan suami..

Ekin

Aima..
Jom ! Sy pon teringin nak pegi tapi takde partner..
Boleh emel sy kalau still nak pegi .. [email protected] 🙂

ayu

Kak ekin jom la,..tp tahun depan :P…lom ckup duit lg,..nk main salji x)

sherry

assalamualaikum… sherry nak tanya.. u all pergi melancong ni, u all daftar dgn travel agensi atau u all pergi sendiri..? saya tak pernah pergi luar negara.. sebab tak mampu… insya-allah tahun 2014 baru boleh plan nak pergi.. nak simpan duit sikit2.. heheh..

minta kawan2 kat sini ajarkan pada sherry ye.. tq.

eida

sy cadangkan klo nk travel pergi sendiri lg jimat *tp kena byk search.. ambik ms berbulan2 jugak utk search satu2 tmpt tu.. 2009 g jepun sendiri sy xbyk cari info..sampai sana main redah je..9hari kt sana xbyk tmpt pon sy cover coz xsearch,,rugi masa.tp g rmh spupu dia la tlg bwk jln2 2hari kt niigata. 2011 ke london sendiri juga ada jugak search..smpat ke MU sb sejuk so mlm pon pjg..jd xbyk jln..kul 8 dh membuta..hahaha sb gelap nya mcm kul 11mlm.2012 ke korea by agen..mmg xbrape best tp ok la sb student malaysia kt sana yg bwk kitorang.. next… Read more »

sarah

sherry jom kita pegi sama..saya pn nak pegi tp ikut travel agency..insyallah next time bleh pegi sorang2..

excel842001

Hai… jmpe nti d korea… sok flight sy 8am n skrg ade dlm skybus ke lcct…. hepi holiday… 😀

kakTon

mcm best jer..mcm best jer..nk g korea 6-11/12/2013 ni. bole tlg share experience kt sne x?

waaaa…kak ton…musim salji tu..past seronak kan…nanti share gk la lau da p nanti ya…

ayu

kira2 q kesana tgl 2 nov pada saat musim gugur ya itu…apa sdh mulai dingin

aima

saya nak gi korea gak tapi xde partner….plan nk gi tahun depan…emm….nak gi sorang2 takut plak…

haslin

salam aima jom join saya 19-24 mei 2014 ..skrg air asia tgh murah ticket RM652 return seoul kl..bleh amik ESO dpt extra sit..sya pegi 2 org saja dgn kwn..email sya kalau berminat

Salam Nabila…amcm pengalaman kt korea…share la…hehehe….ni nak tany…agak2 utk 2orang berapa budget nak d bawa ke sana…utk tmbg kapal trbag & Hotel….dalm bulan feb’2014 ni….hehe…nak bulan madu kt sana…ble bantu bg info kan…:)
Tq…

zubaidah

aima..saya nk g korea inc seoul n jeju 24-30 1pril 2014. ikut pakej. agk ok la dgn harga. u nk join x? sbb i pun xder geng. 15nov ni due daftar. u bole emel [email protected] or facebook zubaidah basir. i pun blm daftr lg. nk cari geng.

wanie

nabila.. agak2 bajet 6hari at sne time autumn brpe ye?? sy dpt tiket pergi balik dlm RM610.00. skrg ni confuse nak backpkrs or pkai tour guide. sbb xpena g korea. insyaallah oct 2014 {^__^}.

suziesuparno

Plan nak bawa anak2 ke korea..semua teringin nak main salji, ice skating….apa lagi aktiviti yang sesuai ahh?

Rina

family sya planning nak g korea..tp hubby nak pi waktu salji…rasa2 time salji tu…kita masih boleh shopping2 x…sya just nak shopping tp hubby besar hati nak bawa anak2 main salji..huhu..
sapa tau hotel atau guesthouse yg dekat dgn tempat shopping….

nida

hi

faezah

Ada xsapa2 nak join trip ke korea…jln sndri je main redah 26hb Mei 2014… Nak g jeju sekali….if ada minat blh email ya…[email protected]

ayu

assalamualaikum. sy ayu. saya nk ke korea 25-31 may 2015. berminat x? sy srg je. tgh cari kawan. 012-9484586. siryes backpackers.

Blh bg opinion x,klu dr kl lbh snang trus ke busan or seoul yer?

faizura

salam…sya faizura,sya nk pergi ke korea bln 12 hjg thn n dgn ank2..mklumlh ank2 nk main salji hiii..tp sya xpernh pergi..jd blh x bg cadangan dan info tmpt2 yg menarik…dan jg tmpt tdr yg sesuai utk family 6 org klu blh tmpt yg mudh dgn transport…sbb sng nk pergi kemana2…

roxy

Teringin nak g korea. Tgh cari pakej yg harga berpatutan.. Ada suggestion x?

miss kookie

Hai..sy nk backpackers ke seoul korea.plan nk pegi pd 16 hingga 23 disember 2015. Pd ssiapa yg nk join vencture (bacpakers wanita) bole whatsp sy (0196141944-miss kookie) So boleh share sewa guesthouse together2 lebih jimat. Don’t worry i sorg yg cool,friendly n sporting.so i hope u jg begitu. Pd yg ada sifat cerewet,kerek,gedik n ngada2 tu minta maaf yerr i x larat nk layan karenah u.i nk sorg yg ala2 mcm i so hopefuly smuanya akn bjln dgn lancar sj. yg betul2 nk bacpackers bajet tu fhm2 la smua akan ala kadar sj yg penting enjoyyy

miss kookie

Pd yg plan nk cari geng backpackers ke korea tu jom join i winter season 16 to 23 disember 2015. boleh save bajet share byr guesthouse. Whatssp(0196141944-miss kookie) utk prtanyaan n kenal2,(women only). Don’t worry i’m friendly,sporting n cool person.

nuralia

Ingat nak gi nagan akak nabila lah.

Sur

Xda ya terbaru ke tahun. 11 to 15 April 2016.. ada yg sama2 tak..

Ebong

Hai email saya nak pergi korea april 16 [email protected]

Noor

Saya nak pergi ke korea 26 Mac hingga 1 April. Ok tak? Mcm mana cuaca waktu tu? Ada apa2 festival tak waktu tu? Tolong kpd yg dah berpengalaman. ????

Gambar ketika musim bunga tu memang sangat2 cantik…panduan yang bermanfaat untuk mereka yang merancang ke sana…

Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

Jika ada yang ingin ke Ulsan saya boleh bantu dari segi informasi.

mana lagi ok pergi musim autum atau winter? maksudnya kalau winter tu dari segi pengangkutan atau nk bjalan tu cmne ek?

Klu nk merasa main salji dan dlm ms sm nk jg mnikmati keindahn alm ciptaan Allah di Korea bw ank2 bln bpe y paling sesuai travel tnpa agen ye??kekMa lm dh teringin nk ke Korea…mohon kongsi info ye..tq

Liyana

Askum.. Hye .. saya liyana… nak tanke… kalau nak g ke Korea, better travel agency or g sendiri?kalau travel agency, yang mana satu yg bole dipercayai ek?
Thank you in advance

macam mana nk ke pulau jeju dari myeongdong..kalau bole tambang nk pergi-balik tu ade ke yg murah?

tahu x hotel murah dkt myeong-dong?

musim panas tiket murah sikt kan

salam, saya minta izin copy info ya..
Ini sebijik saya copy, harap halalkan ya miss
http://travelmurahmurahbyshahidazulkifli.blogspot.my/2018/04/waktu-yang-sesuai-melawat-korea-musim.html

Kiera

Hi nabila…musim luruh tu agak2 bpe arbln kalau nk pg yg mcm dlm gmbar tu…xnk la pg nti semua dh luruh tgal ranting je.hHhhahahha