Tips Untuk ke 63 Building dan Hangang River Cruise

Tips Untuk ke 63 Building, Yeuido Park dan Hangang River Cruise

Bercuti Ke Korea Selatan (2nd Day-2) : Tips Untuk ke 63 BuildingYeouido Park dan Hanggang River Cruise Artikel ni adalah sambungan hari ke 2 aku di Korea hari tu. ni artikel sebelum ni : Tips Untuk ke Ewha Women University Korea dan Mouse And Rabbit Supper Junior Cafe

Artikel kat atas aku stop lepas aku ke Mouse And Rabbit Yesung Supper Junior Cafe now kali ni aku akan sambung Tips untuk ke 63 Building, Tips Untuk ke Yeouido Park  dan tips Untuk naik Hangang River Cruise atau juga di kenali sebagai Han River.

Dari Konkuk University Station line 2 yang aku turun untuk ke Mouse & Rabbit Supper Junior Cafe tu now naik balik subway line 2 jugak dan pilih station seterusnya ke Euljiro4ga sebab perlu tukar ke Subway Line 5 untuk ke 3 destinasi tu iaitu Yeouinaru Station.

Kalau korang dari tempat lain hendak ke 63 Building/Hangang River Cruise sila lah naik train untuk transfer ke line no 5 (purple) pastu stop dekat Yeounaru Station. Pastu ambil Exit 3.

Tips Untuk ke 63 Building dan Hangang River Cruise

Keluar je seblah kiri korang akan nampak Hangang River & Taman yang luas dan cantik mana kala di hadapan tu terpampang Bangunan yang tinggi iaitu 63 Building. Untuk ke 63 Building tu kena menapak sikit la dalam 10 minit tapi bleh poya-poya di area Yeouido Park  yang cantik tu sambil bergambar. Yeouido Park  ni sebenarnya luas, korang leh sewa beskal untuk ronda-ronda sekeling tapi we all tak buat pun sebab nak habiskan masa di 63 building & Hangang River Cruise.

Tips Untuk Ke Hangang River Cruise Seoul Korea

 

Tips Untuk Ke Hangang River Cruise Seoul Korea

First lepas keluar dari Exit 3 subway line 5 Yeounaru Station kita orang teruja dengan pemandangan yang cantik dan mula lah bergambar kemudian we all ke kaunter tiket Hangang River Cruise untuk beli tiket dahulu

berikut ialah senarai harga tiket Hangang River Cruise di Yeouido

Ferry Fares
Regular: Adults 11,000 won / Children 5,500 won
Magic show cruise: Adults 14,000 won / Children 7,000 won
Live concert cruise: Adults 15,000 won / Children 7,500 won
Dinner buffet cruise:
Weekends: Adults 65,000 won / Children 33,000 won
Weekdays: Adults 60,000 won / Children 30,000 won

Routes & Schedule
Yeouido-Yeouido
Regular: 11:00, 13:00, 14:00, 16:10, 17:20, 22:00
Magic show: 15:00, 18:10
Live concert: 19:30, 20:40
Dinner buffet: 19:30

Sebab we all nk menikmati suasana malam di Hangang River Cruise jadi we all ambil yang jam 8.40pm dengan harga 15,000 won seorang.

untuk detail boleh klik sini :  Hangang River Cruise

sebenarnya weall tersangkut sebab hujan jadi kerugian 30 minit masa bergambar dah la hari semakin gelap kat sana kul 6 pun dan gelap xsempat nak posing lebih lama kat area Yeouido Park tu & we all terus ke 63 Building nanti nk kejar untuk naik Cruise lak.

Dari kaunter tiket Hangang River Cruise jalan terus sampai berdekatan dengan bangunan paling tinggi kat situ iaitu 63 building pastu kena lintas jalan dan ikut laluan kaki lima tepi jalan raya tu sikit dan masuk ke entrance 63 Building klau nak tahu komen pasal 63 Building Seoul ni aku sugest ke Trip Advisor . (p/s:Jangan ikut laluan kereta yg naik bukit ada guard tu ye jalan depan sket lagi ada pintu hotel cam dlm citer2 cina tu yang pusing2 tu huhu)

Korang leh pilih untuk ke 63 Wax Museum, 63 Sky Deck , 63 Sea World, 63 IMAX theater atau leh jugak masuk ke semuanya ni tapi harganya agak mahal la, disebabkan kekangan masa jadi we all just gi 63 Wax museum. 63 Sky Deck tu time malam cam tak best sangat better pergi waktu siang sebab tu we all skip je.

Kalau aku berpeluang skali lagi ke Korea aku nak gi jugak Sky Deck ni sebab korang akan duduk 264m above the sea level, and 249m above the ground level huhu bestttt… sea world n imax tu x berminat plak aku.. ntah la kalau ada duit lebih bleh la masuk jugak.

Beli tiket kat bawah ye cari kaunter tiket & pastu naik lift untuk ke 63 wax museum ni… kita orang memang budget untuk lawatan just 30 minit sebab perlu kejar nak naik Hangang River Cruise plak time kita orang kat situ pun dah 7.30pm.. ok la dlm ni untuk amik bergambar-gambar tapi klau korang kekangan masa dan budget tak pegi pun xpe

Tips Untuk ke 63 Building dan Hangang River Cruise
63 Wax Museum Seoul

Sebab 29/10/2013 jadi masa ni ialah musim haloween dan awal-awal lagi kena jumpa ngan hantu hantu ni haha..

Tips Untuk Ke 63 Wax Museum Seoul Korea

Tips Untuk Ke 63 Wax Museum Seoul Korea

haha yang bawah ni katogeri hantu tak? huhu

Tips Untuk ke 63 Building dan Hangang River Cruise

Tips Untuk Ke 63 Wax Museum Seoul Korea
Tayo The Little Bus

Tips Untuk Ke 63 Wax Museum Seoul Korea

posing punya posing… memang banyak la wax person & item ni kat sini tak larat aku nak upload banyak-banyak jadi korang pergi tgk sendiri la eh…

bila jam dah 8.00pm we all pun bergegas la meningalkan wax museum ni dan menapak untuk ke port nak naik cruise lak..  lalu ikut Eland Cruise retaurant ni dan ke area belakang restoran ni & kena Q untuk naik… hmm banyaknya couple…  xpe la kitaorg triple hahaha

Tips Untuk naik Hangang River Cruise Seoul Korea

Memang best naik cruise ni jadi kalau korang ke Korea jangan lepaskan peluang ini k.. harga tiket pun tak la mahal sangat.. tapi memang ramai couple yang naik siap ada yang wat proposal kat atas tu.. romantiknyaa..

Tips Untuk naik Hangang River Cruise Seoul Korea
Tengah Tunggu nak naik Hangang River Cruise tu yang kat belakang tu…

Tips Untuk naik Hangang River Cruise Seoul Korea

Sepanjang perjalanan diaorg akan citer la sejarah-sejarah Hangang River ni dan pembinaan jambatan-jambatan disekeliling tu.. lepas satu satu jambatan akan dilalui dan yang paling cantik diaorg buat pertunjukan pancutan air bewarna… leh lepak kat dalam ferry tu atau lepak kat luar menikmati angin laut dan pemandangan yang romatik kat situ.. yang paling hapening bila sampai laluan kat bawah jambatan yang buat pancutan air tu la abis basah sape yang lepak kat luar.. masing-masing jerit-jerit & lari untuk berlindung haha..

Tips Untuk naik Hangang River Cruise Seoul Korea

Tips Untuk naik Hangang River Cruise Seoul Korea
Posing kat atas Hangang River Cruise

Walaupun penat berjalan memang berbaloi baloi sepanjang hari dah 2 hari kami di sini… best sangat…

Balik dari sini we all jejalan je kat area Hostel we all iaitu Able Hostel Dongdaemun. Dongdaemun ni memang shopping heaven btul dari shopping mall yang besar sampai la gerai gerai kecil kat tepi jalan. Gerai gerai tepi jalan ni kul 10pm baru diaorang start setup gerai lagi lewat lagi lah banyak cam cendawan tumbuh. Yang Shopping Mall pulak sampai kul 3-4 pagi masih ada yang bukak jadi memang area yang sesuai untuk menginap ialah Dongdaemun. Kalau takde keja tengah malam pun leh lagi keluar shopping huhu… tapi kitaorg xde masa nak kuar lagi lewat lewat malam.. yang aku tahu balik je  kaki ni dah macam nak tercabut memang masa untuk atas katil je..

Okey abis dah citer aku untuk hari ke-2 next artikel aku akan citer hari ke-3 pulak.. hari ke-3 we all ke Gwanghwamun Plaza, Geokbukgung Palace, National Folk Museum dan Changdeokgung Palace plak

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

1 Comment
Izzuddin June 3, 2015
| |

Tumpang tanya hangang river cruise tu sme ke dgn eland cruise?lg satu nk mkn apa kt sana.tq