Changdeokgung Palace Seoul

Tips Untuk Ke Changdeukgung Palace dan Huwon (Secret Garden)

Tips Untuk Ke Changdeukgung Palace. Baiklah seperti dijanjikan aku akan sambung balik cerita hari ke-3 aku selepas melawat ke Geongbokgung palace dan National Folk Museum, aku meneruskan perjalanan seterusnya ke Changdeokgung Palace.

Changdeokgung Palace ni merupakan Palace kedua selepas Gyeongbokgung Palace melakukan renovation pada 1405 dahulu. Dalam Changdeokgung Palace pula dibina Huwon atau Secret Garden dimana tempat rehat Raja ketika itu orang lain langsung tidak dibenarkan masuk sebab itulah dinamakan Secret Garden.

(p/s : ni artikel aku yang lepas 3.1 : Geongbokgung Palace)

Changdeukgung Palace Seoul

Bagi yang menaiki Subway korang leh naik Subway Line 3 stop kat Anguk Station dan keluar melalui Exit 3 (perlu jalan sikit dalam 5minit)

atau leh juga naik Subway line 1,3 atau 5 dan stop di Jogno 3(Sam)-ga Staion dan keluar melalui Exit 7 tapi perlu jalan lebih jauh iaitu dlm 10 minit.

Disebabkan we all dah dekat Gyeongbokgung Palace jadi we all jalan kaki je untuk ke Chagdeokgung Palace ni. Kalau waktu peak hour maybe kena booking untuk Tour Guide ke Secret Garden ni tapi we all bernasib baik hari tu masih ada kekosongan pada jam 3 petang.

Tips Untuk Ke Changdeokgung Palace Korea

Kalau ada masalah untuk ke sini sila mohon tunjuk ajar dari kaunter tiket Gyeongbokgung Palace nanti diaorg ajarkan cara nk ke Changdeokgung Palace ni. Itu lah yang we all buat hari tu hihi tapi tak susah pun juat keluar balik dari Gyeongbokgung tu dan jalan terus ke arah kiri sampai la korang nampak Changdeokgung Palace ni disebelah kiri , sebelum jumpa ni landmarknya bangunan yang penuh dengan daun-daun menjalar penuh.. (pic kat bawah ni..

Tips Untuk Ke Changdeokgung Palace Korea

klau dah nampak bangunan ni xjauh dah tu.. nanti akan nampak Changdeokgung Palace di seblah kiri..

Kat pintu masuk bleh beli tiket bagi yang tak beli lagi tapi bagi yang pakai combo palace Entry tu leh pakai ni cuma sila dapatkan tiket untuk Tour Guide Secret Garden dan Map untuk ke Secret Garden. Memang di sugestkan sesiapa yang datang Korea Pada musim luruh sila lah join Secret Garden Tour di Changdeukgung Palace ni.

Tips Untuk Ke Changdeokgung Palace Korea
Our Tour Guide tengah menceritakan sejarah Changdeokgung Palace

Sepanjang Tour akan diceritakanlah sejarah-sejarah Changdeukgung Palace Secret Garden ni dan jugak bangunan-bangunan dalam Changdeukgung Palace Secret Garden. Memang cantik tapi penat menapak sikit sebab kena naik turun bukit.. dah la seharian berjalan dah tadi memang agak penat.

Changdeukgung Palace Secret Garden
Pic Bersama Tour Guide di Changdeukgung Palace Secret Garden

Tips Untuk Ke Changdeokgung Palace KoreaTips Untuk Ke Changdeokgung Palace Korea

Setelah penat menapak di  Changdeukgung Palace yang mengambil masa lebih kurang 2 jam we all sudah tidak sanggup berjalan lebih jauh dan berhasrat untuk pulang je..  lepas minum air dan makan mummy monster dan juga chipsmore yang dibekalkan dari Malaysia we all agak bertenaga semula dan disebabkan masih awal iaitu dalam jam 5 petang jadi we all bersetuju untuk ke Namsan Tower pulak…

Tips Untuk Ke Changdeokgung Palace Korea
Pokok tertua.. ntah la bapa ratus tahun lupa plak.. tapi memang sgt uzur dah pokok ni..sian

Cerita pasal Namsan Tower akan aku cerita di next artikel 3.3 lak.. hokey Peach

 

 

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

4 Comment
Syima November 6, 2015
| |

As Salam Nabila Fieza, seronok baca artikel u tentang tempat2 menarik di Korea. I nak tau, masa ni u pergi bulan berapa ya? Nampak autumn maple leaves tengah peak keemasan-kemerahan sangat cantik! Terima kasih! (I dah letak ur blog into one of my favourite list of web reference)

jamilah August 19, 2015
| |

salam makcik dari sabah nak ty ni kamu tingal kat able guesthouse ok tak. bedroom ok tak. sama subway dekat ke. thanks Jamilah