Cara Beli Barang di Zalora

Step By Step Cara Beli Barang di Zalora

Step By Step Cara Beli Barang di Zalora

web site : www.zalora.com.my

mobile : www.zalora.com.my

Hari ni aku nak share ngan korang Step By Step Cara Beli Barang di Zalora.

Aku ni sebenarnya agak ketinggalan baru first time nak beli barang di Zalora ni semua sebab terlampau berkenan dengan Design baju raya Jovian Mandagie for Zalora tu lah… skali bukak Zalora ada sale plak tu.. harga asal RM 423.00 tapi ada potongan RM338.00 je… almaklum lah duduk ceruk dunia ni susah sikitlah nak menyoping… paling dekat pun nak kena gi Penang kalau nak cari barang branded tapi dengan adanya saluran seperti Zalora ni memang membantu walau pun tak la banyak pilihan sangat. Tapi dari tak de kan…

Ok meh nak cerita..

1. Ok first  Cara Beli barang di Zalora bukak laman webnya lah kan.. type je kat atas tu or klik kat link ni -> zalora.com.my

2. pilih Women Or Men .. bila klik Women atau Men tu bawah tu nanti ada menu untuk kategori  item & brand. Korang  boleh jugak search direct barang yang korang nak atau brand yang korang nak contoh : Mango, Zalora, Nine West, Aldo, Sephora dan sebagainya…

Step By Step Cara Beli Barang Di Zalora3. Lepas tu pilih lah barang apa yang korang nak, jangan lupa baca description kat bawah tu untuk mengelakkan kesilapan plak nanti ingat beli kain chiffon skali polyblend plak kan.. jadi baca detail dulu dan kalau dah betul-betul berkenan maka klik la ” Add to Bag ” atau kalau dah register akaun bleh masukkan ke “wishlist” dulu item yang bekenan nanti pilih mana yang nak baru “Add to Bag”. Jadi baik korang register akaun hihi nanti senang nak trace item bila dalam proses pos dan sebangainya.

Ok ni contoh aku nak beli barang ni.. jenis kain bleh tgk tepi tu ‘polyblend’ harga RM63.00 kalau harga below RM75 kena kos pos plak RM10 semenanjung & RM15 Sabah Sarawak. kalau over RM75 free je ok 😀

Cara Beli Barang di Zalora

lepas “Add To Bag” Korang leh terus shopping lagi dan item yang korang Add ni semua tersimpan dalam “My Bag” kat atas tu. bila dah abis memilih klik plak kat atas tu “My Bag” maka akan terpapat semua barang yang korang “Add to Bag” sebelum ni. check amaun semua dan klik “Secure Checkout” untuk proses seterusnya..

Cara Beli Barang di Zalora

Lepas tu korang kena masukkan detail korang atau Log in.. bleh jugak log in pakai fb korang lagi senang kan. tapi aku register pakai email je sebab senang nak urusan smua melalui email.

Cara Beli Barang di Zalora

kalau korang first time beli, download App ke android atau ke Iphone pastu nanti masukkan kod “ZALAPP” nanti dapat diskaun RM20

Kemudian masukkanlah detail korang alamat dsb.. kemudian kaedah bayaran nak bayar pakai Maybank2u pun boleh, kredit kad pun boleh, debit kad pun boleh, cash deposit pun boleh.. dan bila payment success maka tunggu lah barang sampai. kalau nak Express Shipping tambah kos RM15 korang akan terima pada hari yang sama jika bayaran selesai pada sebelum jam 2.30 petang hari tersebut.

Cara Beli Barang di Zalora

Kalau korang buat Cash Deposit, korang ada masa 24 untuk pergi bank dan buat bayaran ke CIMB akaun zalora  korang akan terima email untuk buat bayaran seperti berikut :

Cara Beli Barang di Zalora

snap pic resit trasaksi dan poskan kepada link di ” Confirm Payment ” di atas yang diberikan dalam email korang tu.nanti  isikan maklumat transaksi bersama gambar resit CDM tu. dan korang akan terima email feedback diaorang dah terima bayaran dalam 1-2 hari bekerja. jadi better buat online transaksi sebab lebih mudah dan cepat kalau pakai CDM lambat pulak prosesnya.

Ok sementara tu korang leh check korang punya status order dengan meng log in kan diri di web zalora. Pilih “Account” kemudian “Order Tracking”. dan leh tgk apa status item korang tu kalau dah tulis “In Transit” tu maknanya diaorang dah pos la tu. tracking no diaorang hantar ke email dan boleh check di web Gdex.

Cara Beli Barang di Zalora

 

 

 

Ok maka selesailah pembelian aku di Zalora.. sangat senang

 

dan cepat juga penghantarannya. Sangat Berpuas hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

antara produk yang best zalora ialah Zalia zalia ni produk dari zalora dengan latest fashion dan harga yang berpatutan barang pun berkualiti dan yang best bila ada sale…

kalau raya ni melinda looi punya produk pun aku sugest beli kat zalora sebab selalunya ada extra less jangan lupa tengok kod kod yang available dengan penjimatan yang penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

9 Comment
ana September 14, 2017
| |

hurm.. nak try beli kat zalora tapi takot... kita boleh guna cash deposit ke?

emysarina June 28, 2016
| |

sis...lepas tekan confirm payment kan tak ade pun tempat nak kena isi maklumat bank tu xpeke. huhuu... saya buat online banking jugak tp da letak no order sekali kt reference masa transfer. cuma bila nk isi maklumat bank tu kat link yg confirm payment tu xde. die just tulis Bank Transfer Confirmation Thank you for shopping at ZALORA! When you have successfully made your Bank Transfer, please provide your payment confirmation details here so that we can process your order immediately. ruang nak tulis detail semua tu xde puas saya geledah situ, just keluar ayat ini shaja. lagi satu nak tanya email selepas payment tu cane ye bentuknya,?boleh bagi contoh x? tq

Balqis June 24, 2016
| |

Sis saya dah terdelete email order number macam mana ya??

Syuhadah June 20, 2016
| |

Sis, tadi sy order barang zalora n lepas dah settle payment pakai cimb clicks, sy check balik status kt zalora dia tulis "payment pending".. Nape ye?