Bercuti Ke Korea Selatan : Kangar ke LCCT dan Tips ke LCCT

Tips Ke Korea Selatan : Cara ke LCCT

Bercuti Ke Korea Selatan : Kangar ke LCCT dan Tips ke LCCT

Yea.. 27hb Oktober 2013 telah tiba hati kami sangat berbunga-bunga… kul 9 pagi we all naik bas dari Kangar ke Pudu Raya pastu amik teksi ke KL Sentral walau kena sampai RM 25 kita orang tak cakap banyak bayar je sebab memang tak sanggup nak angkut beg naik train.. oh ya perjalanan dengan bas transnasional terasa sangat selamat sebab driver bas tu tak bawak laju sangat walau bas tak la secantik bas-bas lain macam sani ekspress  dsb . perjalanan dari Perlis ke KL mengambil masa lebih kurang 8jam setengah huhu.. lama xnaik bas lama2 cengini

Sebenarnya plan we all nak naik train lebih selesa kalau amik kelas 2 tempat tido harga ngan tiket bas beza rm4 je baik naik train .. tapi tiket abis plak walau 2 minggu awal we all tanya ari tu jadi terpaksalah naik bas.

Simpan beg kat KL sentral hangus plak RM15, sebijik rm5 X 3 = RM15. pastu we all gi Mid Valley shopping-shopping keperluan yang tak cukup then balik ke KL Sentral & naik ERL ke LCCT.

OKeh Tips Naik ke LCCT

korang leh pilih 3 cara mengunakan pengangkutan awam untuk ke LCCT

1) Skybus

cara nak beli tiket Skybus ada 3 cara

1-beli online : RM8.50

2-beli masa beli tiket Air Asia : Rm7.50

3-walk in : RM9.00

Skybus adalah paling murah & hanya sekali transfer je lebih jimat beli time beli tiket, tapi klau walk in pun kosnya still paling murah berbanding ERL & Teksi.

Boleh naik dari KL Sentral or One Utama to LCCT & sebaliknya. Masa perjalanan ialah 30minit sekali mengambil masa dalam 1jam 15 minit untuk tiba ke LCCT.

2)KLIA TRANSIT (ERL)

ERL ialah pilihan kedua ke LCCT dari KL Sentral menelan kos RM12.50. Beli tiket ke LCCT nanti diaorg akan bagi 2 tiket iaitu tiket ERL & tiket shuttle Bus to LCCT dari Salak Tinggi. Jangan cakap nak ke Salak Tinggi tau, cakap nak ke LCCT kalau tak tak dapat tiket bus Shuttle tu..

ERL ambil masa dalam 45 minit untuk tiba ke LCCT.

Jangan lupa turun di station Salak Tinggi iaitu satu station sebelum KLIA. turun train pastu exit & kat luar nanti ada bus shuttle untuk ke LCCT, tujuk tiket & korang akan dibawa terus ke pindu masuk LCCT Airport. kelemahannya ialah kena transfer 2 kali la. klau perli KLIA senang je naik KLIA Ekpress tak payah transfer, lugage pun leh check in siap2 dekat KL Sentral.. huhu takpe la tiket murah punya pasal.

3)Teksi

Haa langkah ke-tiga ni bagi korang yang rasa duit banyak sangat dah tak tahu nak wat ape or malas nak payah2 naik itu ini leh le naik teksi sebab tak payah pikir, cakap je nak ke LCCT & korang akan di cas antaran RM 80-rm90 & mengambil masa lebih kurang je rasanya sejam jugak. silap-silap lagi lambat sebab jem.. jadi rasanya lebih selesa naik ERL sebab ia lebih cepat.

Leave a Reply