Airport Busan ke Busan Tower dan Jagalchi Fish Market Busan

Bercuti Ke Korea Selatan (First day) : Tips Untuk ke Jagalchi Fish Markat dan Busan Tower dari Gimhae International Airport Busan

First aku memohon maaf kat korang sebab sangat lambat mengupdatekan diri pasal ke Korea ni sebab aku amat sibuk sejak balik dari Korea aritu dah la tinggal keja pastu study aku plak berjela-jela dia punya Assignment dan baru-baru ni kena gi Intensif lak.. Sekarang ni baru sempat aku nk menulis pasal Korea ni.. semoga aku sempat menulis smuanya sebelum final menjelang bulan 6 ni eh … hehe klau tak tertunda lagi la artikel aku.

Busan International Airport atau namanya Gimhae International Airport.

Flight aku jam 1.00pagi dari LCCT & perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit untuk tiba di Busan. we all diumumkan time tu cuaca ialah 6 darjah celcius huhu… first time nak rasa sejuk camana kah itu?

punya excited lupa plak aku nak tengok jam bapa aku tiba kat Busan anyway benda yang aku amik ialah langkah pertama kaki aku menjejakkan kaki ke bumi korea hehehehe…

Bercuti Ke Korea Selatan : Gimhae Int Airport , Busan

turun je flight we all kena naik baik untuk ke aiport, tak la jauh sangat tapi bagus jugak ada bas plak tak payah menapak jauh2 .. sejuk lak tu.. huuu gigil gigil gak tapi sonok benau tau huhuhu…

setibanya di airport macam biasa kena ikut barisan masing-masing non citizen & korean citizen.

Bercuti Ke Korea Selatan : Gimhae Int Airport , Busan

Borang visa tu isi dalam flight, pastu datang sini just bagi borang tu & passport pastu kena scan ibu jari & snap gambar. pastu baru leh gi cari bagasi lak.. lepas amik bagasi terus we all cari toilet untuk tambah selapis baju. jam masa tu dah dekat kul 9 pagi.port

first we all ke information centre untuk amik map.Bercuti Ke Korea Selatan : Gimhae Int Airport , Busan

lepas tu terus cari exit.. senang je sebab Gimhae Airport ni kecik je.. lagi kecik dari LCCT.

Bercuti Ke Korea Selatan : Gimhae Int Airport , Busan nampak gate 3 terus we all keluar… huuu syejuknyeww..

Bercuti Ke Korea Selatan : Gimhae Int Airport , Busan
permandangan dari gate 3 busan air port.. sebijik macam dalam gambar dari google map.. rasa macam dah biasa datang lak hehe..

keluar je pintu 3, lintas jalan dan ke kanan untuk ke metro station (Gimhae) sebijik macam pic yang aku tengok dalam google maps… thank google!!

Bercuti Ke Korea Selatan : Gimhae Int Airport , Busan ha jalan sepanjang ni sampai nampak bangunan ada pintu masuk ke metro station seblah kiri.. tak jauh pun pastu beli tiket & naik ke train untuk ke Sasang (transfer to line 2) sebab tak de T-money jadi we all beli cash je la tiket. Dari Sasang Transfer ke Seomyeon dan baru lah boleh ke Jagalchi. Korang leh turun di Jagalchi Station or Nampo Station untuk melawat sekitar Yondusan Park di dan ke Jagalchi Fish Market memang kawasan sekitar tu dekat dekat je leh la pusing-pusing ke Gukje Market atau naik Busan Tower ni leh tgk map kat bawah untuk lebih pemahaman korang tgk Jagalchi Station ngan Nampo tu dekat je.

Airport Busan ke Busan Tower dan Jagalchi Fish Market Busan

 Untuk ke Yondusan Park, ia agak tersembunyi di balik-balik bangunan korang akan nampak suatu tangga berbumbung hijau dan kena naik eskulator sket untuk ke atas baru lah jumpa Yondusan Park & Busan Tower kat situ.. pemandangan yang cantik rugi plak rasanya sebab tak tido semalam kat Busan. We all agak terkejar-kejar untuk ke Keimyung University plak pas tu jadi kitaorang terpaksa start gerak ke Busan Station dalam kul 2 petang gitu.. tapi tidak terlepas ke Jagalchi Fish Market dan makan sashimi yang best kat situ… nyum nyum… first time makan kimchi putih yang sedap pastu ade cucoq udang versi pancake hehe.. set Sashimi untuk 3 orang KRW50,000 atau bersamaan +- RM150. Budget budget jugak tapi rugi klau tak cuba jadi kami pejam mata jap huhu.. tapi memang berbaloi baloi kenyang bangat..

Jagalchi Fish Market

Airport Busan ke Busan Tower dan Jagalchi Fish Market Busan

Jalan-jalan di sekitar..

Jagalchi Fish Market

ha pic kat bawah ni la Kompleks Jagalchi Fish Market tu… memang besar dan bermacam ikan.. bleh beli ikan or apa2 seafood kat bawah ni dan naik tingkat atas ada restoran-restoran leh suh diaorang masakkan.Jagalchi Fish MarketAirport Busan ke Busan Tower dan Jagalchi Fish Market Busan

Airport Busan ke Busan Tower dan Jagalchi Fish Market Busan

Yondusan park..Airport Busan ke Busan Tower dan Jagalchi Fish Market BusanSuasana agak panas di Busan sangat berbeza dengan Seoul.

lepas puas jejalan we all pun bergegas ke Nampo Station untuk Ke Busan Station dan naik KTX untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Keimyung University..  Keimyung Universiti ni antara Universiti yang tercantik di Korea banyak filem-filem di ambil di situ seperti Boys Over Flower dan Love Rain..

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

2 Comment
dorsett pink March 29, 2016
| |

saya baca story korea awak ni sampai habis.. well done! hehe

nurul February 3, 2015
| |

tumpang tanya,,,sashimi tu kedai die mmg byk kt sane? kedai yg awk makan ni nama apa?