Bercuti Ke Korea Selatan : Tips Untuk ke Keimyung University

Bercuti Ke Korea Selatan First Day – 2  : Keimyung University (cara nak ke Keimyung University atau dalam Boys Over Flower di kenalo sebagai Shinwa)

Okey kita sambung dari cerita aku kat Gimhae International Airport Busan ke dan aku stop masa dari Busan Station untuk naik KTX ke Keimyung University. Kali ni aku focuskan cara nak ke Keimyung Universiti.

Dari Yondusan Park & Jagalchi Fish Market, we all naik Subway Nampo Station (line 1) dan selang 2 stop je kot sampai la ke Busan Station. Dari Busan Station kena jalan keluar sket dan ke KTX station. Ruj map kat bawah ni exit 8 tu terus ke Busan Station , pastu kena keluar n jelan ke arah belakang yang bangunan warna biru tu lah station untuk ketapi biasa dan KTX

 

Bercuti ke Korea Selatan Busan Ke Keimyung Universiti

Ni pic kat bawah ni kitaorang kat KTX station.

Bercuti ke Korea Selatan Busan Ke Keimyung Universiti

Pastu beli tiket KTX atau kalau nak jimat beli tiket ketapi biasa harganya kurang hampir separuh dari harga KTX. Tapi sebab dah ini first time nk try naik KTX, we all beli lah KTX punya tiket harga aku sudah lupa tapi klau tak salah dlm KRW14,000 rasanya. Ambil masa dalam tak sampai 45 minit ja we all tiba di Dongdaegu Station. Kemudian keluar dari pintu utama Dongdaegu Station dan berjalan ke arah Kiri untuk ke Subway Station Line 1 (Dongdaegu Station) untuk ke Banwoldang dan tukar ke Subway Line 2 untuk ke Keimyung Universiti. Perjalanan dari station Banwoldang ke Keimyung Universiti ambil masa dalam 20 minit dan exit ikut EXIT 7 naik tangga je dah nampak sebleh kiri tu adalah Keimyung Universiti….. HOYEHHHH Boys Over Flower Filming Location…. menda yang we all sgt excited tapi aku sebenarnya malas nk upload pic hari first ni sebab tengok la muka seko seko tak mandi 1 hari hahaha bayangkan la last mandi masa kat LCCT semalam masa kat Keimyung Universiti ni dah kul 4  petang klau tak salah..

Bercuti ke Korea Selatan Busan Ke Keimyung Universiti

Bercuti ke Korea Selatan Busan Ke Keimyung Universiti

Boys Over Flowers Filming Location

Bercuti ke Korea Selatan Busan Ke Keimyung Universiti

Bercuti ke Korea Selatan Busan Ke Keimyung Universiti

 

 

Memang Universiti ni sangat luas dan cantik… bestnya klau universiti kat mesia cantik camni.. huhu membandingkan kembali dgn USM hahaha tapi USM pun cantik ape kan kan kan.. ;p

Okey aku Summary balik Perjalanan Dari Gimhae International Airport ke Busan Station dan untuk ke Keimyung University.

Setelah we all penat berjalan sekitar Keimyung University tu tanpa segan silu we all pun melangkah pulang dengan penat dan agak sedih untuk ke Subway station Keimyung Universiti dan ke Banwoldang kemudian transfer ke line 1 balik untuk ke Daegu Station. datang tadi dari Dongdaegu Station, tapi bila nak ke Seoul we all naik ketapi biasa just ke Daegu Station, klau nk naik KTX kena ke Dongdaegu Station. We all naik ketapi biasa untuk ke Seoul Station yang mengambil masa dalam 2 jam. Kalau naik KTX dalam Sejam lebih je. tapi ketapi biasa jauh lebih murah dan lebih selesa…. jadi better naik ketapi biasa je..

Setibanya di Seoul Station.. fuh terpegun sebentar dengan bangunan bangunan besar disitu sangat berbeza dengan di Daegu dan di Busan. Busan sangat tenang dan relax tapi Seoul suasana lebih crowded dan nampak suasana yang stress. dan yang paling tak tahan.. sejukkkkkkkk gigil gigil grrrr…

dari Seoul Station we all naik subway lagi untuk ke Dongdaemun dimana tempat kediaman kami buat 7 hari yang pertama ni… iaitu Able Hostel Dongdaemun.

Airport Busan —> Busan Station

Gimhae Line -> Transfer Line 2 (Sasang) ->Transfer Line 1 (Seomyeon)->Busan Station

Busan Station—> Keimyung University

KTX–>Dongdaegu Station (Line 1)–>Transfer Line 2 (Banwoldang)–>Keimyung Universiti

**dari hentian KTX di Dongdaegu Station kena jalan keluar sket pastu ke arah kanan hingga jumpa exit 3 or 4 untuk ke Subway station Dongdaegu Line 1 (Oren)

Keimyung University—>Seoul Station

Exit 7 Keimyung Universiti (line 2)–> Transfer Line 1 @ Banwoldang –>Daegu Station –> naik Ketapi biasa ke Seoul Station

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

5 Comment
Saiful izwan September 23, 2016
| |

Memang pergi ke mana-mana bawa luggage tu ke? Salam kenal dari Ulsan, korea

muslaimi mohd sharif June 5, 2014
| |

Ohh.ada jgk plan nk ke sana ngn kwn2.n we all sgt meminati cite boys over flower tu.itu yg teruja baca cita korg pg uni dia.ehehehe.igtkan leh tinggal kt mna2 luggage tu.nway,tq infonya.nnt bila ktorg dh knpem nk pg leh tny2 awk eh.. :)

muslaimi mohd sharif May 9, 2014
| |

Masa jln2 kat uni tu luggage korg bwk ke or tinggal kt memana?