Tips Untuk Ke Ewha Women University Korea

Tips Untuk ke Ewha Women University Korea dan Mouse And Rabbit Cafe

Bercuti Ke Korea Selatan (2nd Day) : Tips Untuk ke Ewha Women University Korea & Mouse And Rabbit Supper Junior Cafe

Hari ni hari ke dua we all kat Korea, kalau ikutkan pagi ni plan nak ke Itaewon untuk beli stok makanan mentah tapi lewat bangun jadi we all bersetuju untuk terus Ewha Women University. Jadi meh aku cerita cara untuk ke Ewha Women University Korea.

Tips Untuk Ke Ewha Women University Korea

Untuk ke Ewha Women University Korea korang kena naik Subway Line 2 pastu berenti kat Ewha Women University Station, pastu keluar ikut pintu Exit 2 atau 3 dan jalan terus jew sampai lah jumpa. Sementara tu kalau nak singgah membeli belah boleh jugak sebab memang sepanjang jalan tu macam2 kedai ada.

Tak susah nak ke sini tapi keluar pintu yang betul dan terus je sampai jumpa Universiti yang cantik ni… wah rasa cam nak study kat Korea plak hahaha. Diaorang cakap pemandangan kat kat sini cantik waktu malam gak kat pic bawah ni klau malam-malam lagi cantik senibina yang unik.

Cara untuk ke Ewha Women University Korea

 

Tips Bercuti Ke Korea Cara untuk ke Ewha Women University

Tips Bercuti Ke Korea Cara untuk ke Ewha Women Universiti

Tips Bercuti Ke Korea Cara untuk ke Ewha Women University

Ni plak pic kat tingkat bawah (Basement Level 6)masuk melalui pintu-pintu kat yang dari pic atas ni pastu naik lif ker kitaorang main teroka je ari tu mana yg rasa nk pegi huhu.. Dikatakan University ni merupakan adalah universiti underground yang terbesar.

Tips Bercuti Ke Korea Cara untuk ke Ewha Women University

Lepas posing posing we all pun je jalan lah kat kedai-kedai kat luar  sebelum destinasi seterusnya tapi tak shopping apa pun sebab akut budget tak cukup untuk hari hari mendatang jadi we all just window shopping jew la… T_T

Lepas ke Ewha Women University ni terasa nak minum kopi plak sebab sangat sejuk jadi we all bersetuju untuk ke Mouse & Rabbit Cafe iaitu hak milik Yesung Supper Junior tu.. xjumpe orang jumpe kedai pun cukup la..

Tips Untuk ke Mouse And Rabbit Cafe Supper Junior

Okey Tips Untuk ke Mouse And Rabbit Cafe Yesung Supper Junior. Tips Untuk ke Mouse And Rabbit Cafe Supper Junior ialah dengan menaiki Subway Line 2 jugak sama dengan nak datang ke Ewha Women University Korea ni jugak jadi senang la tak perlu tukar tukar train lagi. Jadi untuk ke Mouse And Rabbit Supper Junior Cafe ni perlulah naik Subway Line 2 dan berhenti di Konkuk University Station. Kalau naik Subway Line 7 pun boleh jugak, berhenti di Konkuk University Station cari pintu keluar no 2 jugak. Line-line subway diaorg akan bertemu dalam satu kompleks untuk pertukaran antara line jadi memang tak de masalah dan memang mudah untuk mengunakan subway kat Korea ni. Awal-awal sebelum pergi dlu memang risau jugak pasal nk tukar-tukar line ni tapi bila dah kat sini tak payah risau ianya sangat convenience. dan yang paling penting download lah app android/iphone korang search Korea Subway dan download app “Subway Navigation” untuk detail leh pergi ke artikel aku bertajuk ” Tips Untuk Bercuti Ke Korea Selatan – Senarai Keperluan Bercuti Ke Korea

Keluar dari Exit 2 Konkuk University Station jalan ke arah kiri lepas dalam 3 lorong kecil korang unshar-ushar la seblah kiri, sampai nampak banggunan The Girl cam pic kat bawah ni (belok ke kiri) nanti nampak la Mouse & Rabbit cafe tu bangunan warna putih ni kat bawah aku letak aku punya note masa nk ke sana hari tu.. alhamdulillah tak sesat hehe..

Tips Untuk Ke Mouse And Rabbit Yesung Supper Junior Cafe

Mouse Rabbit Yesung Supper Junior Cafe Mouse Rabbit Yesung Supper Junior Cafe Mouse Rabbit Yesung Supper Junior Cafe

Jom minum kopi… kat sini kitaorang makan kek sorang sepotong & kopi sorang secawan dengan harga keseluruhan lebih kurang 30,000 won atau +-RM90.00 kira murah la ni kat sana huhu.. Kedai Kopi yang selesa & sangat santai macam malas je plak nak bangun.

Tips Untuk Ke Mouse And Rabbit Yesung Supper Junior Cafe

Bercuti Ke Korea Selatan (2nd Day) : Tips Untuk ke Ewha Women University Korea dan Mouse And Rabbit Supper Junior Cafe, 63 Building, Yeuido Park dan Hanggang River Cruise

Namun kitaorang perlu meneruskan perjalanan seterusnya iaitu untuk ke 63 Building, Yeiodo Park dan Hangang River Cruise. Ke tiga- tiga tempat ni berada di suatu kawasan yang berdekatan jalan kaki je antara satu sama lain.. ok untuk ke 63 Building, Yeiodo Park & Hangang River Cruise akan aku cerita di next episode k.. Rujuk artikel ni–> Bercuti Ke Korea Selatan (2nd Day-2) : Tips Untuk ke 63 Building, Yeuido Park dan Hanggang River Cruise

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print
Nabila Fieza

Nabila Fieza

Nabila Fieza adalah pemilik dan penulis laman web Fieza.Net di mana beliau berkongsi pengalaman, petua-petua, resipi masakan dan tips-tips berguna untuk rakan-rakan netters.

Siri Popular

Bercuti di Korea Selatan

Bercuti di Bandung

Resipi Diet Atkins

Update Terbaru

Pau Goreng Cadbury

Resepi Pau Goreng Cadbury

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat sangat sangat simple.. dengan hanya guna 2 bahan tapi dapat hasilkan kuih yang sangat yummmy! 100% kanak-kanak

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute

Resepi Burger Ayam Cute Nape ade ‘cute’ sebab comel je kecik hehe sebenarnya aku potong 4 dari sebiji burger… hmmm kenapa aku tak buat burger

Ada Komen/Soalan/Mesej?

Tinggalkan komen, mesej atau tanya soalan di ruangan mesej kat bawah tu.

0 Comment

No Comment.