You are here: Home » My Stories » Trip Tips Bercuti Ke Langkawi

Trip Tips Bercuti Ke Langkawi

Trip Bercuti ke Langkawi

Di sini saya ingin kongsikan tips-tips untuk Trip Bercuti ke Langkawi melalui pengalaman saya..

1)Booking Tiket Hotel/Resort

Dalam Trip Bercuti ke Langkawi saya telah memilih Malibest Resort, apa yang best tentang Malibest Resort ini adalah kerana ia terletak betul-betul tepi pantai & terdapat bilik yang terletak di atas pokok. Memang sangat cantik Permandangan laut dari atas pokok.. walau bagaimana pun hanya terdapat 5 bilik resort yang terletak di atas pokok ini jadi, siapa cepat dia dapat lah jawabnya.. saya telah menempah 3 bulan sebelum tarikh Trip Bercuti Ke Langkawi saya dan alhamdullillah saya berjaya mendapatkan bilik di atas pokok ini dengan harga RM180.00. Turun tangga je terus bleh terjun laut, air pun cantik & Pantai yang bersih.

Trip Ke Langkawi

Trip Ke Langkawi

kalau nk bermain permainan air dan sebangainya menapak je ke hadapan pantai tu boleh bermain Banana Boat & Jet Ski Perkhidmatan Island Drop & Island Hoping juga, harga pun lebih kurang saja.

ini website baron group ,Malibest termasuk di dalam Baron Group ni jugak

http://barongrouphotels.com/

Bagi yang nak tgk review bagus ketak leh ke

http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g298283-d648765-Reviews-Malibest_Resort-Langkawi_Langkawi_District_Kedah.html#REVIEWS

kat tripadvisor ni ada dekat 300 review pasal Malibest resort ni, ada yang baik ada yang buruk dan ada yang average.. jangan lupa research dulu k..

2)Dapatkan Maklumat tempat- tempat menarik di Langkawi untuk di lawati

Info Tempat- tempat di Langkawi menarik search saja dekat Uncle Google.com, macam2 yang keluar xde masalah cuma kekadang tu maklumat yang didapati tak sama dengan keadaan sebenar, dalam Trip bercuti  Ke Langkawi saya yang lalu saya telah tersalah pilih satu tempat iaitu ke Crocodile Farm, menyesal betul ke situ, dah lah kena  bayar tiket masuk, dalam tu x best langsung, lokasi pun agak jauh dari Malibest Resort.

Trip Ke Langkawi

Antara tempat Lain yang tak best ialah Muzium Padi, hidup segan mati tau mahu orang cakap hurmm JANGAN PERGI tau! kalo pergi memang spoilkan Trip Ke Langkawi je

Anyway tempat yang Best ialah

  • Oriental Village Langkawi – ada mini zoo & yang paling best Cable Car ler hehe (WAJIB PERGI) sini kena banyak bersabar sikitlah, sebab memang beratur panjang utk cable car.. tapi bila dah dapat naik best! Permandangan yg cantik, pastu kat atas skali ada sikit kena jalan lah utk ke tempat yg view cantik tu.
  • Makam Mahsuri Langkawi- Best jugak, sebab ada rumah mahsuri ( kena bayar RM3), rumah-rumah kampung yang cantik, selain tu ada satu tempat tu ada orang yang boleh lukis potret dengan harga yang sangat berpatutan. (WAJIB PERGI)
Trip Ke Langkawi

Makam Mahsuri Langkawi

 

Trip Ke Langkawi

Trip Ke Langkawi

  • Under Water World Langkawi- Rasanya semua orang tahu tempat ni, berdekatan Pantai Chenang je. (WAJIb PERGI)
    Trip Ke Langkawi

    Under Water World Langkawi

  • Telaga Air Hangat Langkawi - best jugak, cuma hari tu ada renovation diaorang nk siapkan tempat Jakuzzi, rasanya sedikit masa lagi mesti lagi best.
    Trip Ke Langkawi

    Telaga Air Hangat Langkawi

  • Galeria Perdana Langkawi - Bahan-bahan sejarah & hadiah-hadiah Tun Dr Mahathir Mohamad. ( kalau rombongan sekolah selalu orang ke sini)
  • Komplek Budaya Kraf Langkawi – barang-barang kraf tangan langkawi & hadiah-hadiah cendera mata boleh lah di beli di sini. Selain itu boleh jugak blajar lukis batik.
  • Taman Legenda Langkawi- terletak dekat dengan Jetty Langkawi, rasanya sesuai di lawati ketika mula-mula tiba di langkawi kerana di sini complete tempat-tempat menarik di Langkawi di kecilkan menjadi monumen yang comel-comel.
  • Telaga Tujuh Langkawi – Air Terjun yang best & tinggi tapi kena menapak naik tangga kecil jadi sesapa yang sakit lutut tidak di galakkan hehe.. tapi memang best bermandi manda di sini dengan water fall

3)Aktiviti

  • Island Hoping ke Pulau Dayang Bunting, Beras Basah & eagle Feeding
  • Pulau Payar – Coral la semestinya di samping pantai yang sangat bersih & clear
  • Sungai Kilim Langkawi – menikmati pemandangan alam semula jadi yang nyaman

Ok saya cerita sedikit mengenai Island Hoping iaitu aktiviti wajib bagi mereka  yang pergi bercuti ke langkawi Trip ke langkawi. Trip ini boleh di booking awal melalui hotel atau di jetty pun ramai yang menawarkan service ini dengan harga yang ok cuma kekadang kalau melalui orang tengah ni harga mahal sedikit. Tapi harga adalah lebih kurang dibawah:

Harga Bot Persendirian = RM250-RM280 (max 8 orang)

Harga Kongsi = RM30 per Person

Keuntungan sewa bot persendirian adalah tidak terhad pada masa, free nak lepak kat mana lebih lama. dalam masa keseluruhan 4 jam.

Tiket ni kena lekat kat baju baru leh naik bot tau naik dekat Awana Port

Trip Ke Langkawi

Trip ke Langkawi

First Pulau Dayang Bunting – Disini kena berjalan sedikit untuk ke tasik Dayang Bunting tapi suasana sangat nyaman. Di Tasik Dayang Bunting bolehlah berkayak atau naik bot kayuh ni..

Trip Ke Langkawi

Lepas Pulau Dayang Bunting, kita akan ke Pulau Beras Basah pula lebih baik stay lama sket di sini ikutkan diaorang kasi 1 jam tapi kalo bot private minta diaorang datang dalam 1 setangah jam atau 2 jam sebab Eagle Feeding tu kejap pun dah cukup.

Pulau beras basah tempat untuk mandi-mandi & main permainan air tetapi harga agak mahal sedikit berbanding di Pantai Chenang almaklumlah dah dekat Pulau.

 

Trip Ke Langkawi

Trip Ke Langkawi

Pulau Beras Basah Langkawi

Kemudian ke Eagle Feeding – Bagi Helang Makan

Trip Ke Langkawi

dan balik ke jeti awana tetiba je ade orang print gambar candid kita dekat plate & jual 1 RM10.. ok gak buat kenangan Trip ke Langkawi hehe

Trip Ke Langkawi

4) Booking Kereta Sewa

kalau musim cuti memang harga naik 2-3 kali ganda & susah nak dapatkan kereta yang di idamkan jadi baiklah booking awal tambahan pula kalau pergi ramai-ramai silap2 dapat van buruk pulak hehe.

berkenaan harga keta sewa lak, kalau bukan musim cuti viva leh dpt dlm rm40 satu hari n rm50 utk satria or iswara or wira, manakala rm60-70 utk vios, sentra.

musim cuti  biasanya lebih mahal lah viva pun leh cecah rm70 & time lima sampai rm100+.

5) Last skali adalah pergi ke Jetty Kuala Perlis & Beli Tiket dengan Harga RM12.00 seorang & mulakan percutian anda..

~Selamat Bercuti~

 

13 comments

  1. bakap bercuti ke lgkawi dgn kwn2 bln 4 ni…thank info….syok bace…

  2. Thank you for the sharing, u booking hotel tu terus pegi website dia and book or under agent? Please advice..

  3. Saya pn akan bercuti ke Melaka hujung minggu ni.. tp belum booking apa2 lg hotel.. hee..
    Tp kalau nak ke Melaka, jgn lupa ukt booking Homestay hamba .. :)
    http://www.homestayDimelaka.blogsopt.com

  4. norafifahrohaizad

    hai awk, tmpt ni mmg dkt ngn sume tmpt jalan tu ke? atau kene sewa kereta?

    • klo dari resort tu yang dekat Underwater World je yang lain memang kena naik transport. Langkawi memang selalunya org akan sewa kereta untuk melawat tempat2 menarik dalam satu hari tu leh pegi banyak2 tempat. Nak shopping lagi… klau nak Shopping kena ke Pekan Kuah, memang syurga pingan mangkuk n coklat :D

      • norafifahrohaizad

        klu amek tour utk satu hari berjalan tmpt2 menarik tu pun ok la eh? so kene sewa kereta la ye? pekan kuah jauh ke dari malibest ni?

  5. Kita Holidays Travel & Tour Indonesia

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : [email protected] / [email protected] / [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top