Waktu Yang Sesuai Melawat Korea – Musim Sesuai Ke Korea

By  | 71 Comments

Waktu Yang Sesuai Melawat Korea – Musim Di Korea

Musim Bercuti di Korea

Okey aku bercadang nak ke Tahun ni Insyallah pada Hujung Oktober 2013 jadi aku ada buat research pasal musim yang sesuai untuk melawat ke Korea Selatan atau Seoul ni. bagi korang yang tercari-cari bila yang sesuai untuk melawat Korea meh sini tengok mana yang berkenan.. & Waktu yang sesuai Melawat Korea

Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk ( Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Fall)

Musim Sejuk di Korea  (Winter)

Musim Sejuk Di Korea  Musim Sejuk Di Korea

Masa Musim Sejuk di Korea : Lewat November hingga awal Mac

Kebiasaan Suhu Musim Sejuk di Korea :   0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara.

Musim Salji di Korea sering menjadi pilihan untuk merasai suasana salji. Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan.

Musim Sejuk Di Korea

Aktiviti musim salji di Korea ialah Ski dan bermain bola salji.

Salji juga tidak begitu tebal di Korea kecuali di bahagian Timur dan Utara Korea salji lebih tebal. Tempat untuk menikmati Salji di Korea ialah Supia Snow Sleeding Field di Gwangjin, Seoul,  Korean Folk Village Snow Sledding Field di Yongin, Gyeonggi-do, dan juga Songdo Amusement Park di Namgu, Incheon-si.

Songdo Amusement Park

Songdo Amusement Park

Terdapat festival musim sejuk iaitu Taebaeksan Snow Festival & Festival es. Selain itu ada juga festival main layang-layang.

Kelemahan musim salji ialah suhunya yang sejuk dan tidak begitu selesa bersiar-siar dan pemandangan di selaputi salji. Jadi untuk melawat Korea Pada Musim Salji silalah prepare pakaian yang sesuai. Selain itu, Januari adalah bulan yang paling sejuk di Korea.

Pakaian yang Sesuai :
Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.
info psal baju ni aku amik dari: http://jomlawatkorea.blogspot.com/2011/08/persiapan-sebelum-bertolak-ke-korea.html

 

Musim Bunga di Korea (Spring)

090319_p09_flower(1)

Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan  Mac hingga lewat Mei 

Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 5℃ – 20℃

Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa berjalan-jalan.

Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman  hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.

Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.

Gambar di bawah ni ialah Jinhae Cherry Blossom Tunnel.

Musim Bunga di Korea Jinhae Cherry Blossom Tunnel  16CUWCB

Pulau Jeju juga best untuk dilawati pada musim bunga di korea. Di Pulau Jeju ada Festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festival kerana musim bunga di Korea Pulau Jeju di penuhi kekuningan bunga Canola. Selain di Pulau Jeju, di Cheongpungho di adakan Cheongpungho Cherry Blossoms Festival. Festival ini menyajikan bseperti bunga Cherry Putih, Forsythias, Azaleas, dan lain-lain.

Ini pula pic di Pulau Jeju iaitu The Jeju Canola Flowers Festival

MuSim Bunga di Korea MuSim Bunga di Korea

Pic dibawah ni plak di Nami island

Musim Bunga di Korea Nami Island Korea

Selepas musim bunga datang pula Musim Panas di Korea.

Musim Bunga :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

Musim Panas di korea (Summer)

Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September

Suhu Musim Panas di Korea : 23~27°C

Bagi kita di Malaysia agak bosanlah kalau pergi musim panas sebab negara kita pun memang negara panas rugi lah kalau pergi di antara bulan Jun dan September ni ke Korea. Waktu kemuncak kepanasan di Korea pula antara pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos jadi elakkan melawat Korea waktu ni okey.. Walau bagaimanapun suhu di negara kita lebih panas berbanding musim panas di sana hihihihi..

walau bagaimanapun di Korea Musim Panas adalah musim untuk bersantai. Banyak acara pantai di adakan. Antara tempat yang menarik pada musim Panas di korea ialah Gyeongpo Beach di Kota Gangneung, Naksan Beach di Kota Yangyang dan Eurwangni Beach.

 

Haeundae beach - Busan

Haeundae beach – Busan

Haeundae beach - Busan

Beach on the South Coast of South Korea

Beach on the South Coast of South Korea

Antara aktiviti pantai yang di adakan ialah rafting, flyfish rides, bungee jumping dan Wind Surfing.

Masa Yang Sesuai Melawat Korea

Kelemahan musim panas ialah hujan turun tidak menentu jadi menyusahkan untuk merancang aktiviti.

Selepas musim Panas di Korea tibalah musim romatik iaitu musim luruh.

Pakaian Musim Panas :
Jacket – Tidak perlu!
Sweater – Dipakai sekadar fesyen.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.
Seluar – Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.
Sarung Tangan – Tidak Perlu
Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai. Selipar atau sandal pun sudah cukup.
Stoking – Nak bawak boleh, tak bawa pun tak mengapa.

 

Musim Luruh di Korea ( Autumn)

Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea

Masa Musim Luruh di Korea : Lewat September hingga Pertengahan November

Suhu Musim Luruh di Korea : 11~19°C (sejuk jugak kan)

Selain musim bunga, musim Luruh di Korea juga musim yang sesuai bersiar-siar kerana cuaca yang baik dan cerah juga tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Pemandangan juga cantik kekuningan dengan keindahan daun-daun gugur macam carpet di lantai. Festival Musim Luruh ialah Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Pada bulan Oktober banyak pula sambutan bertema Haloween di adakan. Selaian itu Chuseok atau Korea Thanksgiving Day juga di adakan iaitu pesta harvest.

Musim Luruh di Korea

Antara tempat menarik yang boleh dilawati pada musim luruh ialah Seoraksan National Park. Boleh dilakukan acara hiking sambil menikmati keindahan semula jadi yang sangat cantik .. terpegun aku tengok gambar-gambar di sini tak sabar betul nak ke sana…..

Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea

semua gambar di atas ni di Seoraksan National Park. Cantik sangat. Teruja aku tengok!!! hebatnya kuasa Allah. Subhanallah!

Seterusnya Nami Island. Ramai cakap di Nami Island paling cantik pada musim Luruh tau… cantik!

Musim Luruh di Korea Nami Island

Musim Luruh di Korea Nami Island

Pakaian Musim Luruh :
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.
Tips : Scarf dan mafla adalah berguna pada setiap musim kecuali musim panas. Scraf dan mafla yang dililit pada leher serta kepala membantu menghangatkan tubuh badan.

Inilah hasil research aku pasal musim di Korea dan Waktu yang sesuai untuk Melawat Korea. Dengan ini aku menetapkan untuk ke Korea pada musim Luruh tahun ini. ..Insyallah harap dapat menjejakkan kaki ke sana :D

Kalau aku rajin nanti aku cari pulak tempat2 yang manarik spesifik pada musim luruh ok hehehe…

 

info psal baju ni aku copy sejibik dari :http://jomlawatkorea.blogspot.com/2011/08/persiapan-sebelum-bertolak-ke-korea.html

71 Comments

  1. Azie

    April 22, 2013 at 1:56 pm

    salam, kami sekeluarga jgk akn ke korea pd musim luruh iaitu bermula 24 oktober….jumpa di sana ye org msia…tq

    • nabila

      April 22, 2013 at 2:03 pm

      Insyallah hehe sy pegi lewat sket la 28hb :D

      • rina

        April 25, 2013 at 4:20 pm

        Nabila bila dh blik dr korea nanti upload la gambar..sy nk pergi tapi thn depan..nabila pergi sendiri ke or ade org tunjukkn jalan kat cna..

        • nabila

          April 25, 2013 at 5:20 pm

          Insyallah msti sy upload + tips2nya.. sy pergi sdr tp kena byk buat research la.. skrg pun sy dh start cari mklumat dh kat blog ni byk membantu. http://budgettravel2korea.blogspot.com/

          • nora

            June 16, 2013 at 6:35 pm

            joint our trip bersama kaki jalan asia, tidak perlu membuat paperwork trip sehara backpackers….dan santai

        • ayu

          November 27, 2014 at 10:40 am

          assalamualaikum. sy ayu. saya nk ke korea 25-31 may 2015. berminat x? sy srg je. tgh cari kawan.012-9484586/013-3119028

      • qiem

        September 18, 2013 at 3:16 am

        salam…tumpang tny, kalo kita pegi korea tmpt mana yg best n memudahkan kita berjalan n …seoul or busan?or ada tmpt lain

        • nabila

          September 19, 2013 at 9:01 am

          Seoul bandar besar diaorg, busan 2nd…klau ikut yg sy tgk area myeongdong & dongdaemun di seoul mmg senang nk kemana-mana guna subway n kawsan yg dekat dekat leh jalan kaki je

  2. Fahida

    July 3, 2013 at 1:15 pm

    Thanks for info,sgt berguna utk sy sbb sy akan ke sana 30hb Oct nti..

    • nabila

      July 10, 2013 at 10:48 am

      Ramai juga nk ke korea oktober ni, leh jumpa kat sana la mana tau sesat2 hihi

  3. excel842001

    July 8, 2013 at 5:37 pm

    cantik… sy pun g sana 28okt-1nov ni….

    • nabila

      July 10, 2013 at 10:47 am

      Nice. Flight Busan Ke Seoul?

  4. amir

    July 8, 2013 at 5:38 pm

    ape2 hal bleh emel sy.. excel842001@yahoo.com

  5. excel842001

    July 10, 2013 at 11:20 pm

    sy g trus ke seoul … tp g sorg2 je ni.. men redah je laa…. hehehe

    • nabila

      July 10, 2013 at 11:31 pm

      Owh sy gi busan dulu, pastu baru amik ktx gi seoul

    • Ziana

      August 9, 2013 at 8:06 pm

      Jumpa di sana.sy juga akan ke sana pd 30

      • nabila

        August 12, 2013 at 2:02 pm

        wah ramai juga nk kesana 30hb ye.. ziana gi dgn travel agent ke sindiri2?

  6. excel842001

    July 12, 2013 at 4:56 am

    Ooo trus g busan… dh ade kt busan bleh g jeju island… jmpe d seoul kalo tserempak…

    • nabila

      July 12, 2013 at 12:30 pm

      First pun Igt nk gi jeju tapi masa suntuk sgt n kos agak tinggi nk ke jeju, we all jalan kat busan siang tu then malam terus pergi seoul. U stay kat mana? Kitaorg kat Able hostel dongdaemun.

  7. excel842001

    July 14, 2013 at 3:44 am

    Ni yg susah ckit psl penginapan… xtempah lagi… mgkin akn tempah dlm mggu depan… nk tgk hostel or guesthouse mane yg convenient nk ke mana2…. hehehe

    • nabila

      July 17, 2013 at 2:19 pm

      survey btul2 la tgk map location kat google map then tgk jln nk ke subway.. sy pun reseach jugak first dh book namsan guest house ok gak situ tpi lepas cari2 lagi macam able hostel lagi ok sebab murah, & sgt dekat dgn 3 line subway (line 2,4 & 5)

      • Kayyy

        October 2, 2013 at 9:31 am

        waaa..ramainyaa! sya g 2nov..manatau ada jodoh mungkin tserempak hahha

      • Yusteroy

        October 21, 2013 at 1:38 am

        Try tgk ‘Uncle Residence Guesthouse’ kat Hongdae, subway station: Hongik Univ. Saya book 5 mlm = RM1,250 utk blk 3 org. Akan ke seoul dgn famili 23/10, 6H5M :) misi memburu autumn fooliage ;)

  8. excel842001

    July 20, 2013 at 12:23 am

    Ok… dh dpt tempah dh hostel kt sana… booking kimchee guesthouse, mr banana guesthouse, seoul hostel… sume dkt dgn tmpt yg best2 n subway…. weeee!!!!

    • nabila

      July 21, 2013 at 3:50 pm

      Amboi sampai 3 GH huhu

  9. diana

    July 21, 2013 at 2:52 pm

    kimchee n banana guesthouse ni blh sumbat 9 org x

  10. excel842001

    July 26, 2013 at 3:21 pm

    xbleh sumbat 9org…. cr senarai hotel kt agoda.com, hostelrooms.com., bookings.com…. or try je search ” hostel in korea”… nti jmpela hostel yg bleh sumbat 9org…

  11. PopOwink

    August 24, 2013 at 9:51 am

    Wow. Ramai nya yg nak g kesana.. ziana, boleh tlg wassap saya x, disebab kan awk da byk research, sy nak tnye macam2 dkt awk.. ahaha…

    Sesiapa yg sudi berkongsikan ilmu jugaaa, harap bleh membantu..

    0132833213. Piejah..

    Thanks..

  12. Fyda

    September 15, 2013 at 7:59 am

    nabila,ktx dr busan ke seoul mmg akn beroperasi eh even winter time? akn ke sana dlm bln 1 2014 insyaALLAH..as backpackers..blh email sy fyda_d@yahoo.com..blh tukar2 pndangan :)

    • nabila

      September 16, 2013 at 9:18 pm

      8ok no prob nnt sy kongsi

  13. Fyda

    September 15, 2013 at 8:00 am

    nabila,ktx dr busan ke seoul mmg akn beroperasi eh even winter time? akn ke sana dlm bln 1 2014 insyaALLAH..as backpackers..blh email sy fyda_d@yahoo.com..blh tukar2 pndangan :) maseh

  14. q ri

    September 23, 2013 at 3:18 am

    sy pn akn ke korea 1 nov-4 nov…tp x thu nk pegi mane..haha…xresearch pn lgi….flight ke busan tp nak naek KTX ke seeoul…harap x sesat la.haha

    • nabila

      September 23, 2013 at 9:43 am

      Harapnya semua ok la ya.. gud luck ;P xsabaranya.. tggal lgi sebulan ja

  15. Jamaliah

    September 23, 2013 at 3:47 pm

    Sya dah ke sana Disember 2011….. brrr memang sejuk….. masa tu suhu terendah mencecah -15 darjah….. dan alhamdulillah dapat alami snow 2 kali…. sangat best. Tahun ni nak ke Beijing plak Disember ni…. enjoy kay…

    • nabila

      October 1, 2013 at 5:35 pm

      Thank… :D

  16. Hjh Ramlah Hj Amin

    October 1, 2013 at 9:47 pm

    Salam. Kami plan nak ke Korea pd 23/10/2014- 27/10/2014. InsyaAllah. Flight ticket x beli lagi pun. Boleh share apa saje info dr flight ticket yang murah, etc Kami nak ke sana style backpackers. Tqvm

    • nurul

      October 10, 2013 at 12:39 pm

      sy plan nak ke negara2 ni… tp best musim salji di korea.. nakk p…. suggest tempat

      • Rusli

        October 13, 2013 at 6:14 pm

        Nabila, saya akan ke Busan pada 12 Dis 2013… boleh tahu tempat2 yg menarik kat situ… ada salji turun tak waktu tu..?

    • aima

      November 8, 2013 at 10:53 am

      teringin sangat nak gi korea tahun depan tapi xde partner….nak gi sorang x berani…sape2 yg plan nak gi korea tahun 2014 tapi xde partner boleh la kita gi sama2…huhuhu…

      • nabila

        November 9, 2013 at 4:16 pm

        pegi la aima memang best korea.. xpakai travel guide pun xde masalah sumer naik train je patu banyak giler information centre & orang korea sgat sangat baik & senang membantu.. dan sesuatu yang membuatkan sy nak menitiskan air mata dekat org korea ialah ada kat satu subway station tu sy tertinggal tablet samsung note 10.1 kat dalam toilet setelah 10 minit baru teringat & bila masuk balik tak terusik langsung tablet tu… memang sangat kagum dengan keikhlasan hati orang korea, time sy kuar sebelum tu toilet tu memang penuh orang tgh Q nak msuk tau… macam tak caya je.. klau kat mesia hset nokia 3210 pun mesti dah lenyap kot

      • zubaidah

        November 11, 2013 at 10:16 pm

        salam aima…saya nak g korea tp xder geng jugak. insyaallah ikut pakej 24-30april 2014 musim bunga. agk ok pakej ni…15nov 2013 due ate daftar. klu u nk join saya, bole emel love.zueda@gmail.com or facebook zubaidah basir.

      • sarah

        November 15, 2013 at 1:09 am

        aima..saya plan nak ke korea april 2014..jom la join sekali..tapi saya ikut travel agency..sng ckit coz saya x berani nak explore korea sorang hehe

      • asfa

        November 28, 2013 at 11:18 am

        saya pun plan nak gi sane hujung bulan 5-awal bulan 6 thun 2014.. nak cari gak saper2 yg nak gi sekali. saya gi ngan suami..

      • Ekin

        March 16, 2014 at 12:26 am

        Aima..
        Jom ! Sy pon teringin nak pegi tapi takde partner..
        Boleh emel sy kalau still nak pegi .. ekinacden@yahoo.com :)

        • ayu

          April 14, 2014 at 10:52 am

          Kak ekin jom la,..tp tahun depan :P…lom ckup duit lg,..nk main salji x)

  17. sherry

    October 25, 2013 at 11:45 am

    assalamualaikum… sherry nak tanya.. u all pergi melancong ni, u all daftar dgn travel agensi atau u all pergi sendiri..? saya tak pernah pergi luar negara.. sebab tak mampu… insya-allah tahun 2014 baru boleh plan nak pergi.. nak simpan duit sikit2.. heheh..

    minta kawan2 kat sini ajarkan pada sherry ye.. tq.

    • nabila

      October 25, 2013 at 5:37 pm

      Sy pegi sdri je sheri, xpandai jugak byk search kat google je tips2 sumer.. duit pun memang setahun kumpul ni huhu… sgt xsabar nk jejak bumi korea isnin ni

    • eida

      October 28, 2013 at 11:14 pm

      sy cadangkan klo nk travel pergi sendiri lg jimat *tp kena byk search.. ambik ms berbulan2 jugak utk search satu2 tmpt tu.. 2009 g jepun sendiri sy xbyk cari info..sampai sana main redah je..9hari kt sana xbyk tmpt pon sy cover coz xsearch,,rugi masa.tp g rmh spupu dia la tlg bwk jln2 2hari kt niigata. 2011 ke london sendiri juga ada jugak search..smpat ke MU sb sejuk so mlm pon pjg..jd xbyk jln..kul 8 dh membuta..hahaha sb gelap nya mcm kul 11mlm.2012 ke korea by agen..mmg xbrape best tp ok la sb student malaysia kt sana yg bwk kitorang.. next year korea again…hahaha..nk cover sndiri nk cuba beza antara kos kami dgn kos byr kt agen rm1800 1kepala. jgn lupa klo bwk bdk2 cover Lotte theme park. mcm best je

    • sarah

      November 15, 2013 at 1:11 am

      sherry jom kita pegi sama..saya pn nak pegi tp ikut travel agency..insyallah next time bleh pegi sorang2..

  18. excel842001

    October 27, 2013 at 9:54 pm

    Hai… jmpe nti d korea… sok flight sy 8am n skrg ade dlm skybus ke lcct…. hepi holiday… :-D

    • kakTon

      November 6, 2013 at 12:09 pm

      mcm best jer..mcm best jer..nk g korea 6-11/12/2013 ni. bole tlg share experience kt sne x?

      • Lia

        November 9, 2013 at 2:07 pm

        waaaa…kak ton…musim salji tu..past seronak kan…nanti share gk la lau da p nanti ya…

      • nabila

        November 9, 2013 at 4:18 pm

        insyallah kak ton.. dalam proses mengumpul gambar2 nanti sy share .. xsabar gak nak share ni hehe..

  19. ayu

    October 28, 2013 at 12:36 pm

    kira2 q kesana tgl 2 nov pada saat musim gugur ya itu…apa sdh mulai dingin

  20. aima

    November 8, 2013 at 11:03 am

    saya nak gi korea gak tapi xde partner….plan nk gi tahun depan…emm….nak gi sorang2 takut plak…

    • haslin

      November 26, 2013 at 3:40 pm

      salam aima jom join saya 19-24 mei 2014 ..skrg air asia tgh murah ticket RM652 return seoul kl..bleh amik ESO dpt extra sit..sya pegi 2 org saja dgn kwn..email sya kalau berminat

  21. Lia

    November 9, 2013 at 2:05 pm

    Salam Nabila…amcm pengalaman kt korea…share la…hehehe….ni nak tany…agak2 utk 2orang berapa budget nak d bawa ke sana…utk tmbg kapal trbag & Hotel….dalm bulan feb’2014 ni….hehe…nak bulan madu kt sana…ble bantu bg info kan…:)
    Tq…

    • nabila

      November 9, 2013 at 4:10 pm

      alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar… nanti sy kongsi sumernya

    • nabila

      November 15, 2013 at 3:31 pm

      Budget ikut bpa ari nk pegi tiket lak kena pandai cari time murah. Try dptkan below rm1000 utk tiket pegi balik, duk guest house leh dpt semalam dlm rm150-200. Kena buat budget btol2 la.. klau makan msk sdri mgkin leh save lgi sana makan mahal 3 kali ganda.. skali makan kat luar walau makan ringan2 sorang budget rm 30, pastu tiket subway budget sehari rm15
      Pastu jgn lupa kira tiket2 masuk tempat yg korg nk melawat

  22. zubaidah

    November 11, 2013 at 10:22 pm

    aima..saya nk g korea inc seoul n jeju 24-30 1pril 2014. ikut pakej. agk ok la dgn harga. u nk join x? sbb i pun xder geng. 15nov ni due daftar. u bole emel love.zueda@gmail.com or facebook zubaidah basir. i pun blm daftr lg. nk cari geng.

  23. wanie

    November 25, 2013 at 7:39 pm

    nabila.. agak2 bajet 6hari at sne time autumn brpe ye?? sy dpt tiket pergi balik dlm RM610.00. skrg ni confuse nak backpkrs or pkai tour guide. sbb xpena g korea. insyaallah oct 2014 {^__^}.

    • nabila

      November 26, 2013 at 3:55 pm

      Bestnya sgt murah tiket awak. Saya cadangkan backpack je.. leh jimat byk tapi buat research betul2 la spya xrugi msa. Budget bgntung pda pda harga guesthouse ngan tempat yg nk pegi,…sebab kat sana leh kata sumer tempat yg kita pegi ada enterance fee. list down sumer tu pastu buat anggaran.

  24. suziesuparno

    December 19, 2013 at 1:49 pm

    Plan nak bawa anak2 ke korea..semua teringin nak main salji, ice skating….apa lagi aktiviti yang sesuai ahh?

    • nabila

      December 19, 2013 at 2:09 pm

      bawak kanak-kanak jangan lupa gi everland or lotte world..

  25. Rina

    December 23, 2013 at 4:35 pm

    family sya planning nak g korea..tp hubby nak pi waktu salji…rasa2 time salji tu…kita masih boleh shopping2 x…sya just nak shopping tp hubby besar hati nak bawa anak2 main salji..huhu..
    sapa tau hotel atau guesthouse yg dekat dgn tempat shopping….

    • nabila

      December 23, 2013 at 5:32 pm

      Shopping duk kat dongdaemun leh shopping sampai pagi. Myeongdong pun syurga shopping gak byk branded item tpi tutup awal. Leh naik subway no prob klau nk yg high end kat apgujeong. Namdaemun tempat makcik2 hihi

  26. nida

    February 9, 2014 at 4:31 pm

    hi

  27. faezah

    March 24, 2014 at 6:08 pm

    Ada xsapa2 nak join trip ke korea…jln sndri je main redah 26hb Mei 2014… Nak g jeju sekali….if ada minat blh email ya…faezah_ayu@yahoo.com

  28. ayu

    November 27, 2014 at 10:45 am

    assalamualaikum. sy ayu. saya nk ke korea 25-31 may 2015. berminat x? sy srg je. tgh cari kawan. 012-9484586. siryes backpackers.

Leave a Reply