Mangga Harum Manis

By  | 2 Comments

Mangga Harum Manis

Mangga Harum Manis sememangnya terkenal di Negeri Perlis, setibanya musim Harum Manis penduduk dari dalam dan luar perlis pastinya akan berebut-rebut mendapatkan buah Harum Manis ini. Walaupun harganya agak mahal iaitu diantara RM15-20 sekilo tetapi mangga Harum Manis semestinya menjadi rebutan setiap tahun.

Musim Mangga Harum Manis adalah diantara pertengahan bulan April hingga awal bulan Mei.

Di Perlis, tempat yang menjadi tumpuan adalah di sepanjang  Jalan ke Sungai Batu Pahat, terdapat gerai-gerai yang menjual harum manis. Tetapi untuk mendapatkan harga yang lebih murah bolehlah berkunjung terus ke Pejabat Pertanian Bukit Bintang, Batu Pahat Perlis.

Inilah dia Rupanya Harum Manis tu, jangan tertukar pulak, baunya pun memang sedap lain dari yang lain..

DSC_0436

Sepanjang musim Harum Manis ini, Pejabat Pertanian Bukit Bintang akan menyediakan Pulut Mangga Harum Manis dan Jus Harum Manis. Pengunjung bolehlah singgah dan menjamu selera di sana. Harganya pula amatlah berpatutan iaitu RM4 sepingan pulut Mangga Harum Manis dan RM2 bagi 1 gelas Jus Harum Manis.

Selalunya stok Harum Manis amatlah terhad, oleh itu pengunjung yang tidak dapat membeli bolehlah singgah makan je di Harumanis Cafe , Pusat Kecemerlangan Harumanis , Bukit Bintang Jalan Batu Pahat , Perlis

Selain itu bertempat di Kafeteria Bangunan Agro Pelancongan , Jabatan Pertanian Negeri Perlis juga pengunjung boleh menikmati Harum Manis ini.

Untuk lebih detail boleh tengok di website ni http://pertanian.perlis.gov.my/index.php/using-joomla/extensions/templates/beez-2/home-page-beez-2?view=featured&font-size=smaller

website pertanian Negeri Perlis , segala info terkini Harum Manis disitu.

Ini untuk mereka yang dapat berkungjung ke Perlis, bagi yang tak berkesempatan bolehlah order online, ada juga yang menjual secara online bolehlah googlekan ye… harga memang lebih mahal la

Pulut Harum Manis 

Disini saya nak kongsing resepi untuk pulut harum manis ni. untuk makluman resepi ni 100% di ceduk di 2 website ni

1) http://busuk.org/ping/view/212759

Resepinya adalah seperti berikut

Pulut Mangga / Mango Sticky Rice :.

beras pulut
1 mangkuk santan / 1kilo santan
garam
gula
daun pandan
 
.: cara buat :.
1. rendamkan semalaman beras pulut 
2. toskan, kemudian sediakan bekas kukus..
3. apabila tempat kukus dah panas, masukkan beras pulut yang telah ditos tadi… ~ aku lapikkan tempat pengukus dengan daun pisang dan kukus selama 25 – 30 minit, dan tambah daun pandan kat beras pulut itu.
4. angkat pulut tadi, dan masukkan ke dalam bekas yang besar…
5. campurkan setengah mangkuk santan, gula dan sedikit garam, kemudian gaulkan bersama pulut itu tadi… gaul rata.
6. kemudian, kukus semula pulut itu selama 15-20 minit.
7. keluarkan pulut itu, dan masukkan dalam bekas tadi… campurkan baki santan, tambah sedikit gula dan sedikit lagi garam…
8. setelah pulut sebati dengan santan, gula dan garam, kukus semula selama 15-20 minit.. 
9. siap untuk dihidangkan…
 
.: sos santan :.
semangkuk santan
gula
garam
daun pandan
 
.: cara buat :.
1. campurkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan atas api yang kecil.
2. gaul sebati sehingga santan pekat, dan gula larut…
3. untuk bagi santan lebih pekat, boleh ditambah 1sudu tepung jagung
4. sedia untuk dihidangkan bersama pulut dan mangga.

2)http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2013/04/resepi-pulut-mempelam-harum-manis.html

Yang ke 2 ni plak camni

BAHAN-BAHAN:
1/k kg beras pulut
1 cawan santan
 gula
1/2 sudu teh garam
buah mempelam harum manis
 
BAHAN UNTUK SANTAN @ KUAH:
2 cawan  santan
1 sudu teh garam
1/2 sudu tepung jagung
2 helai daun pandan-disimpul
 
 
 
 
CARA MEMBUAT:
Rendam beras pulut semalaman 
atau sekurang2nya 3 jam
- Kukus lebih kurang 30 minit.
 
- Dalam periukyang berlainan : masak gula,garam, santan hingga gula hancur.
gula jgn terlalu byk sangat
manis2 buah ja
 
-Masukkan santan yang telah masak dalam pulut yang dikukuskan tadi. 
Kacau sekejap.
kemudian kukus semula lbh kurang 20 minit
 
- Untuk masak santan@kuah:
 masukkan semua bahan untuk santan. 
Masak sehingga mendidih.
 
ha.. itulah 2 resepi yang aku ceduk dalam internet aku pun belum pernah try, tahu makan je tak pun beli pulut kasik mak yang masak huhuhu…
 
ok harap info aku dapat membantu korang serba sedikit pasal Mangga Harum Manis ni. Anyway Selamat Datang Ke Perlis & pandai la rancang masa korang kalau nak berkunjung ke Perlis supaya cantik boleh makan buah Mangga Harum Manis ni.
 
 

2 Comments

  1. Pingback: Mempelam Harum Manis | Nine's Live Blog

  2. Jamilah

    May 24, 2014 at 8:48 am

    Saya nk tau pakej mkn pulut mempelam utk 20 org pd ptg ahad 25 mei

Leave a Reply